AMIRUL KAIRA | 27

13.5K 393 4
                                        

"Congrats bro." Amirul dan Hariz berpelukan untuk seketika sebelum pandangan Amirul beralih pula pada Rayyan.

"Bukan kau patutnya dekat Terengganu ke?" Soal Amirul. Pelik apabila melihat rakannya itu juga turut disitu. Haritu cakap sibuk.

"Lepas majlis kau aku gerak lah. Aku tak boleh lepaskan peluang tengok mamat beku ni kahwin." Jawab Rayyan menerima jelingan maut dari Amirul.

"Mirul dah, kau bila lagi, Haider?" Hariz menepuk kuat bahu milik Syed Eijaz Haider. Senyuman mengejek turut diberikan buat lelaki itu.

"Sibuk lah kau."

"Cepat sikit cari pasangan tu. Jangan nak membujang sampai ke tua." Sampuk Hud yang berada tidak jauh dari mereka. Dia menyuap kasar kek yang diambil oleh Rais ke dalam mulutnya. Dasar tak sedar diri, dia pun bujang juga.

"Kek anak aku tu bongok!"

"Eh sorry, tak perasan pula tadi." Rais menjeling tajam wajah rakannya itu. Banyak lah kau punya tak perasan.

"At least aku laku." Ujar Haider perlahan namun masih dapat didengari oleh Amirul, Rayyan dan Hariz.

"Kak Sara, Kak Ardell!" Jerit Kaira menarik perhatian semua yang berada di situ. Dia mula mendekati kedua wanita yang dipanggilnya tadi.

"Hi Kaira. Cantiknya adik akak ni." Ardell memeluk erat tubuh kecil Kaira.

"Seri pengantin."

"Thank you akak sebab sudi datang." Ujar Kaira bersama senyuman. Mata dikalihkan pula pada empat orang kanak-kanak yang turut berada disitu. 

"Aku rasa kau kena bagi dia anak cepat sikit." Ujar Hariz. Mata memandang Kaira yang sibuk bermain dengan anak-anaknya serta Rayyan.

"Meriah majlis korang." Sapa satu suara membuatkan kesemua mereka mengalihkan pandangan ke arah gerangan itu.

Senyuman yang tadi lebar di bibir Kaira terus mati apabila melihat seorang gadis dan seorang lelaki yang dibencinya berada di situ.

"Siapa yang jemput kau ni, Nathalia?" Soal Hud yang sudah memandang tajam wajah gadis seksi itu. Tak malu, datang majlis orang tapi pakaian macam nak pergi club.

"No one. Saja datang nak tengok boyfriend aku kahwin."

"Ex boyfriend." Tekan Rais.

"Kau pula buat apa kat sini?" Soal Amirul dingin apabila melihat wajah lelaki yang berada disebelah Nathalia. Tajam sahaja matanya merenung wajah tenang lelaki itu.

"Kaira yang jemput aku." Kesemua yang berada disitu terus memandang wajah tegang Kaira. Gadis itu jelas tampak tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Thaqif tadi.

"Congrats on your wedding, my lady." Ujar Thaqif. Sempat dia mengenyitkan mata kepada Kaira. Langsung tidak menghiraukan pandangan dari yang lain.

"Thank you. And tahniah juga sebab dah couple dengan si Nate ni. You guys looks great together. Macam gagak dua sejoli." Ujar Kaira bersama senyuman palsunya.

"Abang Mirul layan lah tetamu abang ni. Kaira minta diri dulu." Kaira menjeling tajam wajah Nathalia sebelum dia bergerak pergi dari situ.

"Best kena panggil nate?" Soal Hud. Dari tadi dia tahan ketawa kerana mendengar kata-kata dari Kaira.

"Gagak dua sejoli erh. Lawak juga bini kau ni Mirul." Hariz menepuk kuat bahu milik Amirul.

"Sial."

°•❁•°

"Kaira." Panggil Amirul lembut. Mata melilar ke seluruh ruangan biliknya dan Kaira sebelum dia melabuhkan punggung di atas katil.

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang