AMIRUL KAIRA | 26

7.5K 261 10
                                    

"Pandai erh kau Mirul, senyap-senyap couple dengan Kaira. Tahu-tahu dah nak kahwin dah lepasni." Ujar Hud mengusik.

Bahu rakannya itu ditepuk kuat bersama sengihan. Patutlah sebelum ni asyik berkepit je, rupanya tengah kemaruk cinta.

"Kau dulu ke Kaira dulu yang confess?" Soal Rais pula. Teruja apabila mereka dapat tahu yang Amirul dan Kaira bakal disatukan sebentar sahaja lagi.

"Aku confess, tapi dia ajak couple dulu."

"Pergh untung sia kau. Crush ajak couple. Aku ni mampu tengok je crush bahagia dengan orang lain." Ujar Hud sedikit sayu.

"Kumbang bukan sekuntum, bunga bukan seekor. Move on je lah kawan." Rais menepuk lembut bahu Hud yang berada disebelahnya.

Diantara mereka berempat, Rais lah paling awal kahwin. Dan sekarang diikuti pula dengan Amirul.

Hud dan Aizat?

Kedua-duanya terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sempat untuk mencari teman hidup. Namun bagi Aizat, perempuan itu hanya membuang masa dan hanya untuk mempermainkan hati mereka.

"Macam pelik je ayat kau."

"Buat-buat tak pelik je lah." Aizat hanya diam memerhati dua rakannya itu sebelum mengalihkan pandangan ke arah Amirul yang sudah siap dengan busana pengantin.

"Kau dah sedia?" Soal Aizat mendatar. Wajah Amirul ditatap dengan pandangan kosong.

Amirul hanya sekadar mengangguk. Aizat tersenyum nipis sebelum dia, Hud dan Rais berjalan mendekati Amirul. Baju Amirul yang sedikit berkedut dirapikan.

"Lepasni kau nak jadi suami orang dah. Tanggungjawab kau pun dah bertambah." Ujar Aizat perlahan. Amirul hanya diam mendengar kata-kata dari rakannya itu.

"Lupakan masa lalu kau, buka buku baru dengan Kaira. Aku tahu benda tu susah untuk kau lupakan tapi aku yakin kawan aku ni boleh jalankan tanggungjawab dia dengan baik."

"Jaga Kaira baik-baik Mirul. Dia dah macam adik aku tau. Jangan sakitkan dia. Buat dia rasa dia perempuan paling bertuah dalam hidup. Aku tahu kau boleh."

Amirul tersenyum mendengar pesanan dari rakan-rakannya itu. Kepala diangguk perlahan.

"Thank you korang. Kalau bukan sebab korang aku rasa sampai sekarang aku tak berani nak terus-terang dekat Kaira."

"Aww Amirul kita dah besar. Dah nak jadi suami orang." Ujar Hud kedengaran gedik. Terus terletus tawa mereka berempat disitu sebelum mereka membuat pelukan.

°•❁•°

"Cantiknya anak papa." Tidak pudar senyuman Encik Fatih melihat wajah Kaira dari pantulan cermin. Sangat cantik anak gadisnya.

"Sama macam arwah mama dulu."

"Masa kahwin dulu mama cantik macam Kaira ke, papa?" Soal Kaira teruja. Melebar terus senyuman gadis itu apabila menerima anggukan dari Encik Fatih.

"Kalau arwah mama ada mesti best kan?" Ujar Kaira sedikit sayu. Encik Fatih terus mendekati anak gadisnya itu sebelum mengusap lembut bahu Kaira.

"Harini kan hari bahagia Kaira. Taknak lah sedih macam ni."

"Papa yakin mama mesti tengok Kaira dari atas sana. Mama mesti bahagia tengok anak manja dia ni dah nak kahwin." Kaira mengangguk bersama senyuman nipis.

Encik Fatih tersenyum. Pipi kemerahan Kaira ditekup dengan tangannya sebelum diusap lembut.

"Baby girl papa dah besar. Dah nak jadi isteri orang. Papa rasa macam baru semalam papa iqamahkan anak papa ni." Perlahan sahaja suara Encik Fatih menerpa masuk ke dalam gegendang telinga Kaira. Wajah sayu ayahnya itu ditatap.

"Kaira kena janji dengan papa. Kaira akan dengar dan patuh arahan Amirul. Lepasni Kaira dah bukan tanggungjawab papa dah. Syurga Kaira pada Amirul. Papa yakin Amirul boleh jaga anak papa ni dengan baik. Dari cara dia papa tahu dia sayang sangat dekat Kaira."

Kaira angguk. Badan Encik Fatih yang berada dihadapannya itu dipeluk.

"Walaupun Kaira dah kahwin, tapi papa tetap lelaki pertama yang Kaira sayang. Papa ingat tau." Encik Fatih ketawa perlahan sebelum mengangguk.

"Sayang anak papa."

°•❁•°

"Kedua-dua pihak dah sedia ke?" Soal imam yang berada di situ.

Hari ini merupakan hari penting buat Amirul dan Kaira. Hari dimana mereka akan disatukan sebagai suami isteri.

Amirul menoleh memandang Kaira yang berada di belakangnya. Senyuman terpancar pada raut wajahnya melihat Kaira yang cantik dalam busana pengantin itu.

Amirul juga tidak kurang segaknya. Berpakaian baju melayu putih serta bersampinm keemasan. Sangat kacak di mata Kaira. Bukan hanya Kaira, malah gadis-gadis yang turut ada disitu tidak henti merenung dirinya.

"Sabar ya, dah tak lama tu nak jadi hak milik. Lepasni tenung lah puas-puas." Ujar imam itu membuatkan Amirul tertunduk malu.

Dia berdehem perlahan sebelum mengangguk.

"Boleh kita mulakan?" Soal imam itu sekali lagi dan mendapat anggukkan dari Amirul dan Encik Fatih. Terus tangan kedua mereka bersatu.

"Amirul Hafrez bin Abd Razi."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Kaira Farhanim binti Mohd Fatih dengan mas kahwinnya seribu ringgit dan senaskah al Quran dibayar tunai."

"Aku terima nikahnya Kaira Farhanim binti Mohd Fatih dengan mas kahwinnya seribu ringgit dan senaskah al Quran dibayar tunai."

"Sah?"

"Sah."

Dengan sekali lafaz sahaja, Kaira Farhanim sah bergelar isteri kepada Amirul Hafrez. Kaira mengelap air mata yang sudah mengalir dipipinya. Dapat dia lihat Amirul juga melakukan perkara yang sama.

Usai membaca doa, Amirul terus bangun dan bergerak mendekati Kaira yang berada di atas pelamin bersama Puan Yasmin. Wajah manis gadis itu ditatap dengan senyuman.

"Assalamualaikum isteriku."

"Waalaikumussalam suamiku." Jawab Kaira perlahan. Senyuman manis diberikan kepada lelaki yang sudah sah bergelar suaminya itu.

"Terima kasih sebab sudi terima aku sebagai suami kau. Aku janji yang aku akan jalankan tanggungjawab aku dengan baik. Dan aku janji yang aku akan jaga dan sayang kau macam nyawa aku sendiri."

Kaira mengangguk perlahan dengan mata yang berkaca. Terharu dengan kata-kata dari suaminya itu.

Amirul senyum nipis sebelum memegang dagu Kaira. Wajah dirapatkan dengan wajah isterinya sebelum bibir lelaki itu ditekap pada dahi bersih Kaira.

"I love you, Kaira Farhanim."

TAMAT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAMAT











































Tak tak, gurau je huehue. Masih panjang perjalanan cerita ni HAHAHA

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now