AMIRUL KAIRA | 40

11.8K 299 6
                                        

"Bukan ke kau cuti, Mirul?" Hud menyoal sebaik sahaja melihat Amirul yang baru sampai ke pejabat. Aizat dan Rais turut memandang lelaki itu menunggu jawapan.

"Aku nak siapkan kerja aku dulu. Nanti baru aku nak ambil cuti panjang jaga Kaira."

"Kaira dengan siapa sekarang?" Soal Rais pula. Mereka berempat mula melangkah masuk ke dalam lift. Butang bernombor 15 ditekan oleh Hud.

"Papa dengan umi nak tolong tengokkan dia." Amirul hanya menjawab tenang. Namun jauh disudut hati lelaki itu, dia risau akan keadaan isterinya.

Kalau boleh sesaat pun dia tidak mahu meninggalkan Kaira. Risau dengan keadaan isterinya yang semakin teruk.

Namun kerana kerja, dia terpaksa meninggalkan gadis itu kepada ibu bapanya.

"Jangan risau lah. Aku yakin Kaira kuat." Rais menepuk lembut bahu Amirul. Faham dengan keadaan rakannya itu.

"Tuan Amirul."

Langkah Amirul terhenti di hadapan meja milik pembantu peribadinya. Sebelah kening diangkat seaakan menyoal wanita itu.

"Tuan ada tetamu."

"Siapa?" Soal Aizat apabila dia perasan perubahan wajah wanita itu. Kepala ditolehkan kearah pejabat Amirul.

"Cik Nathalia."

"Saya dah halang dia dari masuk, tapi dia degil." Wanita itu cuba membela dirinya. Takut apabila melihat wajah empat lelaki dihadapannya itu.

"Hm takpe. Nanti aku uruskan."

Wanita itu mengangguk perlahan. Dia hanya memerhati sahaja langkah empat lelaki itu masuk ke dalam pejabat milik Amirul.

"Hai sayang." Gedik suara Nathalia menyapa Amirul sebaik sahaja melihat lelaki itu melangkah masuk. Dia bangun dari duduknya sebelum bergerak mendekati Amirul yang hanya memandangnya dengan pandangan kosong.

"What are you doing here, Nathalia?" Soal Hud. Tangan Nathalia yang ingin memeluk lengan Amirul ditolak kasar olehnya.

"I nak jumpa boyfriend I lah."

"Ex boyfriend." Tekan Hud. Dia kalau bab bergaduh ni nombor satu. Kalau nak harapkan tiga rakannya itu, nanti kesian pula Nathalia sebab macam bercakap dengan dinding.

"Whatever."

"So how's Kaira? Dia okay ke? Ke tengah terseksa sekarang?" Soal Nathalia sinis. Mata tepat menikam mata Amirul.

"What do you mean?"

"You know me right, Amirul. I akan dapatkan apa sahaja yang I nak. Termasuk you." Nathalia berjalan mendekati Amirul. Sampai sahaja dihadapan lelaki itu, dia mendongak sedikit bagi melihat wajah kemerahan lelaki itu.

"Tapi you ni susah sangat untuk I dapatkan. So I terpaksa lah gunakan cara lain."

"Dengan buat isteri kesayangan you terseksa-"

"Jadi kau lah yang hantar sihir tu?!" Amirul menengking kuat. Rambut Nathalia ditarik kasar olehnya.

Aizat, Hud dan Rais hanya membiarkan sahaja Amirul yang menggila itu. Dapat mereka lihat urat hijau yang timbul pada dahi dan tangan lelaki itu. Tahulah mereka yang Amirul betul-betul marah.

"I buat semua ni untuk dapatkan you, sayang!"

"Dalam mimpi pun jangan harap lah kau akan dapatkan aku perempuan!" Amirul menolak kasar badan Nathalia. Dada lelaki itu turun naik bersama nafas yang laju.

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang