AMIRUL KAIRA | 09

16.5K 510 1
                                        

"Kaira." Terhenti suapan Kaira apabila mendengar seseorang memanggilnya. Terus dia menoleh memandang Amirul yang berjalan mendekatinya. Senyuman manis diberikan buat jejaka itu.

"Nanti kemas baju untuk tiga hari. Esok ikut aku pergi KL." Ujar Amirul mendatar. Wajah Kaira yang manis dengan senyuman ditatap lama. Comel juga budak ni.

"KL? Buat apa?"

"Aku ada kerja dekat sana. Kau ikut sebab aku taknak tinggalkan kau seorang diri dekat rumah. Bahaya. Aku dah bagitau papa dah pasal ni."

Kaira mengangguk perlahan kepalanya. Senyuman senget terpancar diwajahnya sebelum dia bangun dari duduk. Gadis itu perlahan-lahan merapatkan dirinya dengan Amirul.

"Caring juga abang ni. Tak sangka abang risaukan Kaira."

"Tak ada maknanya aku caring. Aku cuma risau malam nanti kau menangis sebab takut bila duduk rumah sorang-sorang." Ujar Amirul selamba membuatkan gadis di hadapannya itu mencebik.

"Cakap je lah risau. Tak susah pun." Ujar Kaira dengan bibir yang masih dicebikkan.

Amirul memusingkan bebola matanya tanda menyampah. Badan kecil Kaira ditolak perlahan ketepi sebelum dia beredar dari situ. Tidak mahu berlama-lama dengan gadis itu.

"Mesti takut rindu tu."

"Aku dengar tu Kaira!" Terlepas tawa Kaira mendengar jeritan dari Amirul. Dia kembali melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Bila lah abang Mirul nak mengaku dia sayang aku." Bisik Kaira perlahan. Sudu yang berada di pinggannya diambil kembali sebelum menyambung aktiviti makannya yang tergendala sebentar tadi.

"Dapat pergi jalan-jalan dengan abang Mirul."

°•❁•°

"Sorry abang lambat." Ujar Kaira yang baru sahaja turun. Luggage nya dari awal sudah berada di bawah kerana dia meminta pertolongan abangnya itu untuk dibawa turun.

"Kau ni bersiap ke jahit baju kat atas tu. Berjanggut aku tunggu tahu." Tajam mata Amirul menjeling wajah manis adiknya itu.

Kaira hanya mengendahkan kata-kata abangnya itu. Dia menyengetkan kepalanya sebelum seluruh wajah milik Amirul menjadi tumpuannya. Sebelah kening dijongketkan tanda pelik.

"Kau tengok apa? Tahu lah muka aku terlalu handsome, tak payah nak tenung sangat."

"Tak. Kaira tengah cari janggut yang abang cakap tu. Tak ada pun. Cepatnya abang cukur." Amirul mengeluh kasar selepas mendengar kata-kata polos dari adiknya itu. Budak ni menguji kesabaran betul.

"Kau pernah rasa makan kaki tak Kaira Farhanim? Kalau tak pernah aku nak bagi." Laju sahaja Kaira menggeleng sebelum tergelak.

"Taknak taknak. Hehe sorry lah abang. Tadi Kaira tengah pilih baju yang sesuai nak pakai. Baju Kaira kan banyak yang erm."

"Siapa suruh kau beli baju tak cukup kain macam tu. Mentang-mentang duduk negara barat. Sampai pemakaian pun nak tiru negara sana. Ingat hebat sangat lah tu." Bebel Amirul panjang lebar sebelum bertindak meninggalkan Kaira yang sudah memuncung di ruang tamu.

"Macam orang tua lah dia ni. Asyik membebel je kerja. Papa dengan umi pun tak macam tu."

"Kaira Farhanim! Aku kira sampai tiga kalau kau tak keluar juga aku tinggal!"

"Ya nak keluar lah ni!" Kaira menggulingkan bebola matanya. Macam lah berani tinggalkan kita. Nanti bukan aku yang meroyan, tapi dia juga sebab rindu. Ee puk kang.

°•❁•°

"Nah." Kaira mengangkat kepala sebelum menyambut huluran Amirul. Air mineral itu dibuka sebelum diteguk.

"Kita kena check in hotel pukul 3. Setengah jam lagi ni. Makan dulu erh."

"Kita bilik lain-lain kan abang?" Soal Kaira polos membuatkan lelaki dihadapannya itu tersenyum senget.

"Tak lah. Sebilik. Asal?" Soal Amirul dengan senyuman sinis yang terpancar pada wajahnya.

"A-abang serious lah? K-kalau macam t-tu K-Kaira tidur dalam kereta jelah." Ujar Kaira tergagap-gagap.

Mata hanya merenung botol air di tangannya. Tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

"Kau fikir aku gila ke? Aku pun tahu hukum lah. Tak selera aku nak tidur dengan kau." Selamba Amirul berkata.

"Tak selera konon. Karang ayat tu makan diri sendiri baru tahu." Perlahan sahaja suara Kaira membuatkan dahi Amirul berkerut.

"Kau cakap apa?"

"Tak Kaira cakap betul ke abang tak gila? Risau abang ada masalah mental tapi tak pergi buat rawatan. Bahaya tau." Ujar Kaira dengan wajah yang acah risau.

"Kau ni macam dah tak sabar sangat nak masuk kubur kan?" Tajam mata Amirul merenung Kaira. Gadis kecil itu hanya tersengih sebelum jari 'peace' diangkat.

"Dah lah. Daripada layan kau baik aku pergi order makanan." Amirul bangun dari duduknya sebelum bergerak ke gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan di tempat itu.

"Eee menyampah. Dia yang beria nak bawa aku datang sini, dia pula yang malas layan aku! Dasar lelaki poyo." Kaira mengetap kuat giginya. Menyakitkan hati betul.

"Kau ni tak lapar ke?"

Kaira mengangkat kepala memandang Amirul yang sudah duduk di hadapannya. Wajah lelaki itu dijeling sebelum dia bangun dan bergerak ke gerai makanan.

"Macam budak-budak. Nasib comel je." Amirul menggeleng. Telefon yang berada di dalam kocek seluar dikeluarkan. Aplikasi WhatsApp dibuka sebelum mesej-mesej yang diterimanya dibaca. Kalau terus hadap budak tu apa je dia dapat kan.

 Kalau terus hadap budak tu apa je dia dapat kan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang