"Aik papa kerja ke? Bukan ke papa cakap papa ambil cuti haritu?" Kaira mengecilkan matanya memandang Encik Fatih yang baru sahaja duduk di kerusi meja makan.
"Memang papa ambil cuti. Tapi bulan depan lah. Bulan ni papa punya jadual penuh. Terpaksa tunda bulan depan."
"Oo okay!"
"Dah dah lah tu sapu jem dekat roti, mari sini sarapan." Puan Yasmin memanggil lembut Kaira. Gadis itu terus berjalan mendekati meja makan itu. Punggung dilabuhkan di kerusi bersebelahan Amirul.
"Ah papa. Kaira nak minta izin nak keluar boleh tak lepasni? Nak pergi mall."
Kaira memandang Encik Fatih dengan penuh harapan.
"Nak pergi dengan siapa?"
"Pergi sorang jelah. Mel sibuk dengan suami dia, Wafaa pula dekat kampung." Ujar Kaira dengan bibir mencebik.
"Kalau macam tu pergi lain kali jelah. Papa risau kalau Kaira pergi sorang." Ujar Encik Fatih. Terus memuncung bibir anak gadisnya itu.
"Tapi Kaira nk pergi beli baju. Papa juga yang complain suruh Kaira pakai baju tertutup." Encik Fatih menghelas nafas perlahan sebelum mengangguk.
"Iyalah. Mirul nanti kamu teman Kaira, boleh?" Amirul sekadar mengangguk sahaja. Dia menoleh ke arah Kaira sebelum memberikan senyuman mengejek ke arah gadis itu.
"Buruk lah abang buat muka macam tu."
"Eleh kau nak puji aku handsome kan tapi malu?" Amirul senyum senget. Kening diangkat berkali-kali kearah Kaira.
"Euw." Kaira memasang riak jijik. Perasan tho dia ni. Tapak kaki aku lagi handsome dari kau.
"Gaduh aje kamu berdua ni kan."
"Abang Mirul ni pa." Ujar Kaira manja.
"Ni Kaira, adik dah bangun ke?" Pandangan Puan Yasmin beralih pada Kaira.
"Belum umi. Syok lagi dia tidur tu."
"Kalau kitorang bawa Humaira sekali lepasni boleh tak papa, umi? Boleh beli baju baru sekali untuk budak kecil tu. Baju dia pun dah banyak tak muat tu."
"Suka hati kamu lah Mirul. Papa dengan umi tak kisah pun." Amirul terus senyum mendengar jawapan dari Encik Fatih. Yes boleh lah dia ajak Humaira kenakan kakak kesayangan dia ni.
°•❁•°
"Ish mana pula dua beradik ni. Tadi kata nak tunggu dekat sini." Kaira melilar mata ke seluruh tingkat mall itu. Mencari kelibat Amirul dan Humaira.
"Aduh menyesal bagi abang Mirul pegang beg aku. Macam mana nak call ni."
Kaira berjalan kehulur kehilir di kawasan tingkat itu. Mencari keberadaan Amirul serta adiknya. Kutya pun nak pergi mana-mana cakap lah dulu. At least senang lah nak cari.
"Hi pretty. Sorang ke?" Kaira pantas menoleh apabila ada satu tangan memeluk bahunya. Terus sahaja badan lelaki yang tidak dikenalinya itu ditolak dengan kasar.
Kaira berundur ke belakang sedikit apabila tiga lelaki di hadapannya itu berjalan mendekatinya. Mata mereka meliar melihat keseluruh badan milik Kaira. Senyuman sinis mula terpancar pada riak wajah mereka bertiga.
"Hei kenapa jauh sangat tu? Alah rilek lah takde orang pun dekat sini." Salah seorang lelaki itu mula mencapai tangan kecil milik Kaira. Terus sahaja gadis itu ditarik mendekati mereka bertiga.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
عاطفيّةSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...
![[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister](https://img.wattpad.com/cover/306540479-64-k298003.jpg)