AMIRUL KAIRA | 15

9.5K 329 1
                                    

Amirul meletakkan tangannya di atas meja kerjanya sebelum dagu ditongkatkan di situ. Wajah Kaira yang fokus melukis entah apa-apa itu ditatap penuh minat.

Sejak Kaira berani datang ke pejabatnya bulan lalu, dia membuat keputusan agar gadis itu mengikuti dan menemaninya membuat kerja setiap hari. Kaira apa lagi, ikutkan jelah. Lagipun dia tak tahu nak buat apa juga di rumah.

"Abang kenapa tengok Kaira macam tu?" Soal Kaira membuatkan kening Amirul ternaik. Bukan dia tidak perasan yang Amirul dari tadi merenungnya.

"Saja."

"Ye ke?" Amirul berdehem perlahan sebelum bangun dari duduk. Kaki melangkah mendekati Kaira yang berada di sofa.

"Kau ni tak nak kerja ke? Dah sebulan lebih kau asyik ikut aku datang pejabat, takkan sikit pun takde rasa minat nak kerja?" Soal Amirul dan mendapat gelengan dari Kaira.

"Kaira nak enjoy dulu lah. Penat belajar pun tak habis lagi. Lagipun Kaira tak tahu Kaira nak kerja apa."

"Kerja je lah kat sini dengan papa. Lagipun kat sana kau belajar pasal business kan?" Kaira mengeluh perlahan. Pen yang berada di tangan diletakkan di atas meja sebelum pandangannya beralih kepada Amirul.

"Terpaksa."

"Maksud kau?"

"Kaira ambil course business sebab papa yang paksa. Papa bercadang nak bagi jawatan CEO dekat Kaira walaupun papa tahu yang Kaira langsung tak ada minat dengan semua ni."

"Tapi alhamdulillah, abang ada. Jadi abang lah ambil alih jawatan tu. So..Kaira selamat!" Kaira berkata riang membuatkan Amirul tertawa perlahan. Namun untuk seketika sebelum dia berdehem. Wajah Kaira ditatap dalam.

"Kalau aku takde, kau akan ambil alih lah?"

"Maybe yes maybe no. Kalau Kaira berkeras juga taknak jawatan ni maybe papa akan bagi dekat abang Muiz. Tapi abang Muiz tu pun sama je dengan Kaira. Bukannya hadap sangat business ni. Mahunya lingkup syarikat papa kalau kitorang pegang." Kaira tergelak.

Memang dia dan abang sepupunya, Muiz benci kan business. Cukup tengok orang lain stress dan sibuk buat kerja sahaja. Diorang taknak hadap semua tu. Maklumlah orang muda. Tahu nak enjoy je.

"Apa-apa jelah Kaira. Asal kau bahagia. Dah lah jom keluar makan. Aku lapar."

"Eh tunggu!" Kaira cepat-cepat mencapai handbagnya sebelum bangun dan mengejar langkah Amirul yang sudah keluar dari pejabat miliknya.

"Kalau ya pun lapar, jangan lah jalan laju sangat. Tak lari pun makanan tu."

"Suka hati lah."

"Ish!!"

°•❁•°

"Hi Kaira." Sapa seorang lelaki yang baru sahaja melabuhkan duduk berhadapan Kaira dan Amirul. Senyuman manis dihadiahkan kepada gadis itu.

"Hi abang Hud."

"Kau sorang je ke?" Hud menggeleng.

"Aizat dengan Rais pergi order." Amirul mengangguk. Kentang yang berada dalam pinggan Kaira diambil sebelum disuap ke dalam mulutnya.

"Ish suka sangat ambik orang punya." Amirul hanya buat tidak endah membuatkan Kaira menjelingnya tanda tidak puas hati.

"Macam pasangan bercinta je aku tengok korang dua ni."

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now