AMIRUL KAIRA | 14

15.5K 494 10
                                        

"Kau buat apa dekat sini, Nathalia?" Soal Amirul dingin. Gadis seksi dihadapannya dipandang malas. Menyampah.

"I datang cari you lah, sayang."

"For what? Bukan kau ke yang buang aku dulu? Sekarang kenapa terhegeh-hegeh nak cari aku balik?" Sinis sahaja nada yang dilontarkan oleh Amirul.

"I know I salah Amirul. I tinggalkan you macam tu je. I minta maaf and I nak kita macam dulu balik." Kata-kata dari Nathalia itu mengundang tawa sinis dari lelaki itu.

Namun untuk seketika sebelum pandangan tajam diberikan. Cukup untuk mematikan senyuman gadis itu. Menggerunkan.

"Senangnya kau minta maaf. Kau tak jijik ke jilat ludah kau balik?"

"I nak you balik, sayang. Please maafkan I. Kita bina balik hubungan kita macam dulu, okay?" Nathalia cuba untuk menyentuh tangan milik Amirul, namun lelaki itu lebih pantas mengelak.

"Kau ikhlas ke nak balik dengan aku? Ke sebab harta dan kejayaan yang aku ada sekarang?" Soal Amirul dingin. Wajah gadis itu ditatap dengan pandangan kosong.

"Tapi Amirul-"

"Kau dengar dan selit benda ni elok-elok dalam otak kau. Aku takkan sesekali maafkan kau ataupun terima kau balik dalam hidup aku. Cukup lah dengan apa yang kau dah buat dekat aku 8 tahun dulu. Benda tu dah cukup untuk aku benci kan kau."

"Blah. Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi." Ujar Amirul sebelum dia melangkah meninggalkan gadis itu.

"I akan pastikan you sendiri datang melutut untuk balik dengan I, Amirul!" Jerit Nathalia membuatkan langkah Amirul mati. Badan dipusingkan menghadap gadis itu.

"Try me, Nathalia." Amirul tersenyum sinis. Badan dipusingkan kembali untuk meneruskan perjalanan.

"Jangan kau pula yang menyesal nanti." Gumam lelaki itu perlahan.

"Urghh!" Nathalia menghentak kuat kakinya ke lantai. Tangan dikepal membentuk penumbuk dengan mata tajam memandang kelibat Amirul yang semakin menghilang dari pandangnya.

"Kau cabar aku, Amirul?"

°•❁•°

"Bah!" Amirul yang sibuk memeriksa fail yang bersepah di atas meja mengangkat kepala. Berkerut dahinya selepas melihat Kaira yang berada di pintu bilik pejabatnya.

"Hai abang." Kaira berjalan masuk ke dalam pejabat milik Amirul. Lelaki itu jelas nampak terkejut dengan kewujudannya secara tiba-tiba disitu.

"Kau buat apa dekat sini? Datang dengan siapa?"

"Papa cakap nak ambil dokumen. So Kaira ikut lah. Alang-alang tu Kaira nak bagi ni dekat abang." Kaira menghulurkan beg kertas kepada Amirul.

"Apa ni?" Amirul menyambut huluran Kaira sebelum dia melihat isi dalam beg kertas itu.

"Bekal. Nanti abang makan tau. Kaira masak dengan umi tadi. Sedap!" Ibu jari diangkat bersama sengihan yang ditayangkan di wajah.

"Duduk lah."

"Kaira memang nak duduk pun. Tak perlu tunggu abang suruh." Ujar Kaira selamba sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan abangnya itu.

Mata Kaira melilar ke segenap ruang dalam pejabat Amirul. Hitam. Semua hitam. Takde taste langsung abangnya itu. Sudahlah bilik tidur lelaki itu juga hitam. Takde warna lain ke?

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang