Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya.
Amiru...
"Banyak lagi ke barang yang kau nak beli ni?" Soal Amirul. Dari tadi menemani Kaira membeli barang. Dia sudah penat berjalan di seluruh pasaraya itu. Entah apa lagi yang gadis itu nak pun tak tahu.
"Kejap lah. Sikit lagi ni."
"Dari tadi kau ulang ayat sama. Tapi tetap tak siap." Kaira mencerlung tajam wajah Amirul.
"Diam boleh tak. Bising lah abang ni. Membebel macam perempuan." Ujar Kaira. Dia menjeling Amirul sebelum bertindak meninggalkan lelaki itu.
"Macam-macam lah minah ni." Amirul menggeleng perlahan sebelum bergerak mengikuti Kaira yang sudah jauh dengannya.
"Abang tunggu sini lah kalau penat. Kaira nak pergi depan sana jap. Nanti Kaira cari abang kat sini."
"Betul ni?" Kaira angguk laju. Mendapat sahaja izin dari Amirul, terus dia bergerak ke rak yang menempatkan biskut. Dilihat satu-persatu biskut yang berada di rak itu.
"Mana erh-"
"Searching for this, my lady?" Soal satu suara garau menyebabkan Kaira pantas menoleh ke tepi. Kaira yang tadi hanya menayangkan wajah tenang terus berubah kepada riak menyampah sebelum dia bergerak meninggalkan ruangan itu.
"Hey Kaira, tunggu." Lelaki tadi menarik kuat tangan Kaira sehingga gadis itu berpusing menghadapnya.
"Sakit lah!"
"Hm?" Kaira menatap tajam wajah lelaki itu sebelum dia meronta-ronta minta dilepaskan.
"Did you follow me?!" Soal Kaira bengang. Lelaki itu hanya tersenyum nakal.
Lengan Kaira dicengkam lembut sebelum menarik gadis itu mendekati dirinya. Jarak diantara mereka kini tersangatlah dekat sehingga mereka dapat merasai nafas hangat masing-masing.
"Buat apa saya nak cari awak." Kata lelaki itu cukup lembut. Seluruh wajah Kaira diteliti olehnya.
"Melainkan ia takdir." Sambung lelaki itu.
"Let me go." Keras suara Kaira. Wajahnya tika itu sudah merah akibat menahan diri dari meletus. Lelaki di hadapannya ini memang menempah maut dengannya.
"Saya dah lama cari awak, Kaira. Buat apa saya kena lepaskan awak?"
"Pergi mati." Ujar Kaira sebelum menggigit kuat tangan lelaki itu.
Terlepas sahaja dirinya dari cengkaman lelaki itu, terus dia berlari ke arah tempat Amirul tadi
Lengan Amirul dipeluk erat oleh Kaira menyebabkan lelaki itu memandangnya pelik.
"Kenapa ni." Soal Amirul. Baru sahaja Kaira menjawab, namun suara seseorang sudah memintasnya dahulu.
"Kaira."
"Kau siapa?" Soal Amirul. Dingin sahaja nada yang digunakan lelaki itu.
"Thaqif, Kaira's boyfriend." Ujar Thaqif selamba membuatkan Amirul pantas memandang Kaira yang sudah menayangkan wajah yang tegang.
"Did you mean Kaira's ex-boyfriend?" Soal Amirul tenang.
"What do you mean?" Soal Thaqif kembali. Soalan Amirul tadi dibiarkan sahaja tanpa dijawab.
Amirul tersenyum sinis sebelum menggenggam tangan kecil milik Kaira. Tangan itu diangkat separas bahu mereka.
"Amirul, Kaira's fiance. And kitorang akan kahwin tak lama lagi."
"Kaira awak-"
"Abang, jom lah balik. Kaira tak selesa kat sini." Ujar Kaira, tangan Amirul ditarik kuat. Terus mereka berdua berjalan meninggalkan Thaqif berseorangan di situ.
"Future husband, huh?"
°•❁•°
"Jadi kau fikir dia ikut kau datang balik Malaysia?" Soal Amirul pada Kaira. Pipi gadis itu yang sudah basah kerana air mata dilap dengan ibu jarinya.
Selepas sahaja menceritakan segalanya kepada Amirul, terus dia menangis. Sampai kalut Amirul dibuatnya.
Thaqif merupakan rakan sekolah Kaira sewaktu berada di Amerika. Lelaki itu memang sudah lama memendam perasaan terhadap Kaira.
Namun apabila dia sudah berani untuk berterus-terang berkaitan dengan perasaannya, Kaira pula yang menolak atas dasar belum bersedia untuk bercinta.
Pernah sekali lelaki itu cuba untuk merogol Kaira, tapi nasib baiklah waktu itu Encik Zayn ada untuk selamatkannya.
"Papa tahu ke pasal ni?" Kaira menggeleng perlahan. Hingus disedut kuat membuatkan Amirul tersenyum nipis. Comel.
"Kaira tak bagi uncle bagitau papa. Kaira takut papa risau." Ujar Kaira tersedu-sedan.
"Dah dah. Benda dah lepas. Aku tahu kau takut tapi kau kena lupakan okay?" Pipi kemerahan Kaira diusap lembut. Senyuman diberikan kepada gadis itu.
"Kau kan dah ada aku sekarang. Aku pun dah janji nak jaga kau, ingat tak?" Soal Amirul. Rambut Kaira yang sedikit serabai dibetulkan.
Kaira mendongak memandang Amirul. Mata terkebil-kebil melihat lelaki itu.
"Abang serious ke dengan Kaira? Abang cintakan Kaira? Abang sayang Kaira?" Soal Kaira bertubi-tubi membuatkan Amirul tergelak. Kepala diangguk perlahan.
"Ya sayang. Aku serious dengan kau. Aku cintakan kau dan aku sayang sangat dekat kau, budak cengeng." Ujar Amirul sebelum bertindak mencubit kuat pipi milik Kaira.
"Abang, sakitlah!"
"Siapa suruh comel sangat." Kaira mencebik. Sejak bila abangnya macam ni? Risau betul.
"Abang." Panggil Kaira perlahan, namun langsung tidak memandang Amirul disebelahnya.
"Hm?"
"Jom kahwin."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.