AMIRUL KAIRA | 49

12.2K 311 1
                                        

"Assalamualaikum."

Kaira sedikit tersentak apabila suara garau itu tiba-tiba menegurnya. Pantas sahaja kepala dipusingkan ke arah kanan apabila terasa bahunya sedikit memberat.

"Waalaikumussalam. Awal abang balik." Amirul senyum. Pipi Kaira dicium sekilas sebelum dia bergerak untuk duduk disebelah gadis itu.

"Kerja siap awal. Baik abang balik hadap isteri abang dari buang masa dekat office."

Kaira mencebik. Ceh ayat, nak bagi kita cair lah tu.

"Isteri abang tengah fikirkan apa tu? Jauh termenung." Kaira menoleh memandang Amirul yang turut merenung dirinya. Senyuman nipis diberikan kepada lelaki itu.

"Takde apa lah abang." Tajam mata Amirul merenung Kaira. Pipi gadis itu dicengkam lembut.

"I know there's something on your mind, sayang. Mind to share with your handsome hubby?"

Berkerut dahi Kaira mendengar pujian dan panggilan Amirul itu. Melihatkan wajah bangga suaminya itu, terus sahaja tawa gadis itu terlepas.

"Perasannya 'hubby' Kaira ni." Ujar Kaira. Sengaja ditekan perkataan 'hubby', ingin mengejek Amirul.

"Nakal kan." Kuat Kaira tergelak apabila Amirul bertindak untuk mencuit hidungnya.

Badan kecil itu ditarik merapatinya. Rambut panjang Kaira dielus lembut.

"Tell me." Kaira mencebik mendengar suara mendatar Amirul. Ingat cool lah tu.

"Takde apa. Kaira cuma nak ambil angin. Badan ni dari semalam rasa penat je." Adu Kaira manja.

Kepalanya yang bersandar pada dada Amirul diselesakan. Kaki menendang-nendang air kolam yang jernih itu.

"Hm penat? Kaira buat apa sampai penat ni?" Soal Amirul. Pandangan risau diberikan buat gadis itu.

Risau?

Ya, sangat risau. Takut sekiranya perkara yang dulu berulang kembali.

"Tak tahu." Kaira berkata manja. Bibir dimuncungkan. Meminta simpati suaminya.

Amirul yang melihatkan perlakuan isterinya itu tersengih menampakkan gigi. Dahi gadis itu dicium lembut.

"Dah jom masuk. Rehat kat dalam. Sini panas." Kaira angguk. Dibiarkan sahaja tangan Amirul menarik tangan kecilnya untuk bangun.

Baru sahaja dia ingin membuka langkah, namun Amirul lagi pantas mencempung badan kecil itu. Ciuman dilabuhkan pada dahi putih gadis itu.

"Abang ni buat Kaira terkejut je." Kaira memuncungkan mulutnya. Tangan erat memeluk leher suaminya, risau kalau-kalau jatuh. Sudah lah dia gayat.

"Lambat sangat." Omel Amirul. Dia terus bergerak masuk ke dalam dengan Kaira yang berada didukunggannya.

Lagi pula dia tahu isterinya itu penat, lihat saja pada wajah lesu gadis itu. Tampak lemah dan tidak bermaya sahaja.

"Take a rest okay. Nak asar nanti abang kejut, kita solat sama-sama." Kaira angguk. Kepala diselesakan sebelum mata ditutup.

Tidak sampai beberapa saat, dengkuran halus mula kedengaran dari gadis itu.

Amirul sekadar tersenyum nipis melihat wajah polos itu. Rambut Kaira diusap sebelum dia melabuhkan ciuman pada dahi serta kedua belah pipi kemerahan gadis itu.

"Love you."

°•❁•°

Amirul mengeluh perlahan melihat Kaira yang termenung di atas katil itu.

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang