Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya.
Amiru...
Tuala yang tersangkut pada bahu diambil sebelum digunakan untuk mengelap rambutnya yang basah.
Usai mengeringkan rambut, terus matanya tertacap pada susuk tubuh milik isterinya yang masih lena di atas katil. Senyuman nipis terukir di bibir merahnya sebelum dia bergerak ke mendekati gadis itu.
Punggung dilabuhkan pada birai katil. Wajah polos itu ditatap penuh sayang.
"I'm lucky to have you as a wife, sayang." Ujar Amirul perlahan. Rambut Kaira yang serabai menutupi wajah itu dialih ketepi.
"Umh." Kaira menggumam perlahan sebelum badannya dipusingkan menghadap Amirul. Tangan lelaki itu yang berada di pipinya tadi diambil sebelum digenggam kemas.
"Are you awake?"
"Hm. Lima minit please. Kaira penat." Ujar Kaira dengan suara seraknya.
Amirul hanya membiarkan sahaja Kaira memeluk pinggangnya. Belakang tubuh gadis itu diusap lembut, seakan mendodoi gadis itu supaya tidur kembali.
"Penat sangat kau ni. Aku rasa kita tak buat apa-apa pun semalam kan?" Terus tercelik mata Kaira apabila mendengar kenyataan dari suaminya itu. Tajam matanya menatap wajah yang terpapar senyuman nakal di hadapannya itu.
"Apa? Betul lah kan aku cakap."
"Gatal lah dia ni." Kaira menjeling Amirul sebelum memejam kembali matanya.
"Gatal dengan isteri aku je, bukan orang lain." Ujar Amirul tanpa riak. Jari hanya bermain dengan rambut lurus Kaira manakala sebelah lagi tangannya menepuk lembut belakang badan isterinya.
"Nak tidur lagi ke?"
"Hm." Kaira menatap mata Amirul seakan meminta simpati. Bibir dicebik bersama anggukan kecil.
Amirul tergelak perlahan melihat perlakuan isterinya. Bibir Kaira yang memuncung itu ditarik lembut.
"Tidur lah dulu. Aku nak turun bawah. Nanti kalau sarapan dah siap aku kejut kau."
"Ocey." Tutur Kaira manja bersama sengihan.
"Love you." Amirul menundukkan sedikit badannya sebelum bertindak mencium dahi serta pipi gebu Kaira.
"Love you too, abang Mirul sayang."
°•❁•°
"Korang dah bincang ke nak pergi honeymoon dekat mana?" Soal Encik Mahdi. Kaira yang tadi hanya memandang makanannya mengangkat kepala memandang wajah paklongnya. Gelengan kecil diberikan buat lelaki itu.
"Belum lagi paklong."
"Kamu berdua bincang dulu mana nak pergi. Nanti bagitau je paklong. Paklong boleh sedia kan tiket."
"Tak payah lah susah-susah paklong. Mirul boleh je settle kan sendiri." Ujar Amirul. Segan pula apabila semua mata menuju kearahnya.
"Alah takpe lah. Anggap je tu hadiah perkahwinan korang dari paklong sekeluarga." Kaira sengih sebelum angguk.
"Ok paklong sponsor semua." Kaira berkata dengan nada bergurau menyebabkan lelaki berpangkat bapa saudaranya itu tergelak.
"Boleh je kalau nak."
"Kita kena cari tempat yang mahal ni abang, bukan selalu ada orang nak belanja." Kaira menaikkan keningnya beberapa kali.
Amirul yang melihat perlakuan isterinya itu menggeleng perlahan. Ada-ada sahaja perangai gadis kesayangannya itu.
"Bagi betis nak peha budak ni." Kaira hanya mengabaikan kata-kata dari Muiz. Malas layan. Tahu sangat abangnya yang seorang itu jealous. Tulah suruh kahwin taknak.
°•❁•°
"Kau nak pergi mana?"
"Abang nak pergi mana?" Soal Kaira kembali membuatkan Amirul menggulingkan bebola matanya.
"Kaira tak kisah pun nak pergi mana. Yang Kaira tahu Kaira pergi dengan suami Kaira." Ujar Kaira. Kening dijongketkan berkali-kali bersama sengihan nakal di bibir.
"Uuuu fikir aku cair lah tu." Usik Amirul bersama tawanya. Namun untuk beberapa saat sebelum dia berhenti ketawa dan menarik tubuh kecil Kaira sehingga gadis itu terduduk di atas ribanya.
"Alolo aku bergurau je lah sayang. Jangan lah merajuk." Ucap Amirul lembut. Pinggang ramping Kaira diusap perlahan, menenangkan gadis itu.
Kaira hanya memasang wajah cemberut. Malas melayan lelaki itu. Kita cakap elok-elok dia boleh buat bergurau.
"Sayang.."
"Baru sehari kahwin dah abaikan suami. Berdosa tau. Nak masuk neraka ke?" Ujar Amirul apabila tiada respons dari isterinya.
"Ish mentang-mentang dah jadi suami, guna kuasa veto dia tu." Kaira mencebik.
"Siapa suruh kau taknak layan aku."
"Ye lah. Serious." Amirul tersenyum melihat wajah serious yang tidak seberapa serious dari isterinya itu. Pipi gadis itu dicium geram.
"Okay okay. Kau nak pergi mana?"
"Kita pergi Cappadocia nak? Kaira dah lama teringin nak ke sana." Ujar Kaira teruja.
Sudah lama dia bercadang ingin ke Cappadocia atau lebih dikenali sebagai land of fairy tale. Namun pasti ada sahaja halangan.
"Cappadocia?" Kaira angguk laju. Wajah penuh berharap diberikan kepada suaminya.
"Boleh tak abang?" Ujar Kaira dengan mata dikelipkan berkali-kali.
"Untuk isteri aku semua boleh." Laju sahaja Kaira memeluk badan tegap suaminya itu. Pipi Amirul dicium bertubi-tubi olehnya.
"Sayang abang!"
"I love you more, sayang." Amirul menarik badan kecil Kaira merapatinya sehingga tiada ruang di antara mereka.
Pinggang gadis itu dirangkul erat sebelum dia menyembamkan mukanya pada ceruk leher putih gadis itu.
"Aku sayang kau hingga akhir nafas aku."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.