AMIRUL KAIRA | 47

5.8K 181 2
                                    

"Jangan kacau aku!" Thaqif mengeluh kuat apabila telinga nya menangkap bunyi jeritan nyaring dari Nathalia.

Dia yang tadi duduk di biliknya mula bangun sebelum menapak untuk ke bilik yang digunakan untuk mengurung Nathalia.

"Woi betina kau boleh diam tak?!" Thaqif menjerit kuat.

Matanya merenung tajam Nathalia yang bersandar di hujung bilik itu. Mukanya pula sudah ditekup pada lutut. Bunyi tangisan halus gadis itu mula memenuhi ruangan bilik itu.

"Bising lah!"

BAM

Pintu bilik itu disepak kasar oleh Thaqif. Sejak dua tiga hari ini dia langsung tidak boleh bertenang dek kerana Nathalia yang selalu sahaja menjerit.

Sudah lah mengganggu ketenteraman dia. Tambahan pula gadis itu juga sudah tiada beza dengan orang gila.

"Thaqif tolong aku. Su-suara ni. Aku sakit."

Thaqif yang mendengar itu lantas sahaja tergelak kuat. Langkah dibuka mendekati Nathalia sebelum dia duduk mencangkung dihadapan gadis itu.

Nathalia ditatap dari atas hingga bawah. Keadaan gadis itu sungguh kusut. Wajahnya juga sudah comot dengan darah.

Thaqif kembali menatap Nathalia dengan senyuman sinis. Pipi gadis itu dicengkam kasar sebelum ditarik merapati wajahnya.

"Tolong kau?"

"Kenapa? Senjata dah makan tuan?" Soal Thaqif sinis.

"Kau sendiri cakap yang kau hebat sangat kan. Jadi pandai-pandai lah kau fikir macam mana nak selamatkan diri kau sendiri."

Thaqif menolak kasar kepala Nathalia. Dia mula bangun sebelum bergerak keluar dari bilik itu.

Jeritan Nathalia yang memanggil namanya langsung diabaikan. Dia bergerak mendekati dua orang anak buahnya yang tegak berdiri di hadapan bilik itu.

"Aku taknak cemarkan tangan aku untuk sundal tu. Aku lepaskan dia untuk kau orang. Suka hati lah nak buat apa pun."

"Nak bunuh terus pun aku tak kisah. Bingit je telinga aku dengar perempuan gila tu jerit." Max dan Zane mengangguk sahaja.

Mereka hanya memandang belakang tubuh Thaqif yang sudah berjalan keluar. Perlahan-lahan senyuman senget dari bibir Zane terlakar.

"Finally. Ayat yang aku tunggu dari Tuan Thaqif." Max menggelengkan sahaja kepala.

Bukan dia tidak tahu yang Zane sudah lama bersabar dengan Nathalia. Biarlah dia. Yang pasti tangan dia takkan tercemar dengan darah gadis itu.

°•❁•°

"Menyampah betul aku dengan orang tua bongkak tu. Kubur dan memanggil pun still nak kejar dunia."

Hud menyumbat kasar nasi kedalam mulutnya. Wajahnya langsung tidak tersenyum. Mengingatkan kejadian di dalam bilik mesyuarat tadi membuatkan darahnya naik mendadak.

"Sabar lah Hud. Macam kau tak kenal dato' miang tu." Rais memujuk. Hud kalau dah benci, memang sampai kesudah lah dia akan kutuk orang tu.

"Yang penting kita dapat tender tu kan." Aizat pula bersuara.

Amirul hanya mengangguk sahaja. Malas ingin berbahas berkaitan dato' Jamal yang memang dikenali sebagai dato' tua paling miang.

Dari zaman Encik Fatih memegang syarikat itu lagi dia sudah kenal dengan lelaki itu. Pantang melihat wanita cantik, pasti ada sahaja yang dia akan cuba.

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now