Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya.
Amiru...
"Papa." Encik Fatih menggumam perlahan. Matanya terus menatap wajah cantik anak gadisnya itu.
Mereka sekarang berada diruang tamu. Baru sahaja selesai makan tengah hari bersama. Amirul yang turut berada disitu menoleh memandang wajah adik tirinya itu.
"Kaira nak minta maaf. Kaira biadab dengan papa. Kaira tak sepatutnya cakap macam tu dekat papa."
Encik Fatih tersenyum nipis melihat Kaira yang sudah teresak kecil. Alahai cakap dah besar, tapi perangai masih tak berubah. Manja dan cengeng.
"Papa dah maafkan dah. Papa faham kenapa Kaira marah. Salah papa juga sebab tak terus terang dengan Kaira. Papa pun minta maaf ya, sayang?"
Kaira angguk laju. Terus dia memeluk tubuh milik ayahnya. Encik Fatih tergelak perlahan. Tangannya naik mengusap badan milik Kaira.
"Tapi kenapa papa rahsiakan benda ni dari Kaira?"
"Papa taknak ganggu waktu Kaira belajar. Lagi satu papa takut Kaira tak boleh terima semua ni."
Kaira menampar lembut lengan milik Encik Fatih. Matanya tajam menikam mata milik bapanya itu. Puan Yasmin yang baru sahaja turun hanya memandang agenda dua beranak itu sebelum mengambil tempat disebelah Amirul.
"Mana boleh Kaira tak terima. Papa pun berhak juga bahagia. Papa tu sejak arwah mama meninggal asyik sibuk je. Ingat Kaira tak tahu ke hah?"
"Lagipun Kaira pun nak rasa juga rasa kasih sayang seorang ibu." Kaira berkata perlahan namun masih dapat didengari oleh semua yang berada disitu.
Encik Fatih tersenyum nipis mendengar kata-kata dari Kaira itu. Matanya terus memandang ke arah Puan Yasmin yang juga turut tersenyum itu.
"Sekarang Kaira dah ada umi kan? Pangkat umi pun sama je tau dengan pangkat arwah mama." Kaira angguk perlahan. Wajah milik Puan Yasmin ditatapnya dengan senyuman.
"Papa sayang Kaira tak?" Soal Kaira manja. Encik Fatih tergelak perlahan sebelum membuka mulut.
"Mesti lah papa sayang baby papa ni."
"Umi?" Kaira memandang Puan Yasmin.
"Umi pun sayang Kaira."
"Lebih dari abang Mirul?" Soal Kaira bernada mengejek. Sengaja dia ingin mencari gaduh dengan abang poyo nya itu.
"Eh kau. Melebih nampak. Nak aku ikat dekat pokok kelapa ke?!"
"Abang Mirul tengok muka Kaira ni macam kisah ke dengan ugutan abang tu." Encik Fatih dan Puan Yasmin hanya tergelak melihat pergaduhan Kaira dan Amirul. Haih bila lah nak berbaik diorang ni.
"Sabar Mirul sabar. Budak ni memang nak kena dengan aku ni." Amirul berkata perlahan. Siap lah kau budak. Ada masa nanti memang aku balas.
°•❁•°
"Kenapa abang Mirul panggil Kaira ni?" Soal Kaira. Punggung dilabuhkan di kerusi yang terdapat di sebelah kolam renang.
Wajah Amirul ditatap kejap sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah kolam. Seram lah muka abang Mirul ni.
"Apa yang kau rancang?" Soal Amirul serious.
"Hah?"
"Aku tahu kau mesti rancang something kan. Takkan semudah tu je kau boleh terima umi, aku dengan Maira." Ujar Amirul. Tajam matanya menikam mata milik Kaira.
"Abang merepek apa pula ni?" Ujar Kaira. Pelik betul abang tirinya itu.
"Jawab aku Kaira. Kau baik bersebab kan."
"Eh abang ni nyanyuk ke? Ke bodoh? Bukan abang ke nak Kaira berbaik dengan papa. Dah kalau Kaira berbaik dengan papa, baik Kaira terima umi dengan abang sekali. Pasal Humaira pula, dia kan adik Kaira juga." Ujar Kaira panjang lebar. Wajah Amirul dijeling.
"Orang dah baik ni boleh pula dia tuduh kita ada muslihat. Abang nak Kaira jadi macam haritu ke?" Soal Kaira geram.
"Takde lah. Aku cuma pelik. Senang gila kau nak terima umi dengan aku."
"Macam yang Kaira cakap tadi. Kaira pun nak juga merasa kasih sayang dari seorang ibu. Kaira cemburu. Orang lain dapat rasa kasih seorang ibu, sedangkan Kaira. Kaira tak dapat rasa semua tu. Ada ayah pun, tak duduk sekali."
Kaira senyum nipis, mata dikelipkan beberapa kali bagi mengelakkan dari air matanya jatuh ke pipi.
"Kaira cuma tumpang kasih dari maklong dengan aunty Fira je selama ni. Tapi tulah kasih sayang yang diorang bagi takkan sama dengan sayang dari seorang ibu. Betul tak abang?"
Amirul sedikit tersentak apabila namanya diseru. Pantas dia mengangguk.
"Dah. Tak payah sedih. Kalau betul kau ikhlas terima umi dan aku, alhamdulillah. Kau jangan risau lah, umi sayang kau. Dia dah anggap kau macam anak kandung dia sendiri." Ujar Amirul dan menyebabkan Kaira tergelak perlahan.
"Tahu. Umi cakap yang umi sayang Kaira lebih dari abang." Terletus tawa milik Kaira apabila melihat wajah tidak puas hati abang tirinya itu.
"Kau-" Amirul menutup matanya. Sabar Mirul sabar.
Sunyi mula menemani mereka berdua. Kaira menundukkan kepalanya, kaki menguis rumput kecil yang tumbuh di bawah kerusi itu.