Amirul mengusap lembut rambut lurus Kaira. Gadis itu sudah pun terlena. Raut wajah sembab gadis itu ditatapnya. Susah juga nak pujuk budak ni bila menangis.
Tapak tangan serta lutut Kaira yang luka sudah dicuci serta diletakkan ubat. Amirul mengeluh perlahan. Nasib luka ringan je, kalau tak naya dia kena marah dengan Encik Fatih nanti.
"Sleep tight, little girl." Amirul bangun dari duduknya. Selimut tebal ditarik menutupi badan gadis kecil itu sebelum dia bergerak untuk keluar dari bilik hotel yang dihuni Kaira.
"Ehem." Amirul menoleh memandang Rayyan dan Hariz yang elok bersandar di dinding tepi bilik Kaira. Berkerut dahinya melihat senyuman senget kedua lelaki itu.
"Korang buat apa dekat sini?" Soal Amirul pelik. Pintu bilik Kaira ditutup perlahan-lahan.
"Kau tu buat apa dalam bilik adik tiri kau hm? Kau jangan macam-macam Mirul. Ingat sikit korang tu bukan mahram tau."
"Kau jangan nak fikir pelik-pelik erh. Aku hempuk kepala tu karang." Amirul menjeling Rayyan dan Hariz yang sudah tersengih. Terus ketiga-tiga mereka berjalan menuju ke arah lift.
"Sikit-sikit nak marah. Sama je perangai dengan budak Haider tu." Rayyan menggulingkan matanya. Menyampah betul bila bercakap dengan lelaki itu.
"Dah korang yang selalu cakap benda mengarut."
"Asal kau dukung adik kau tadi?" Soal Hariz.
"Aku bawa dia pergi Taman Tasik tadi. Lepastu boleh pula dia jatuh kat situ. Biasalah budak nakal kan."
Amirul mengangkat bahunya. Eh taknak mengaku pula salah dia.
"Umur adik kau tu berapa?" Soal Rayyan pula.
"22."
"Beza 5 tahun. Eh tapi tak apa, cinta tak kenang usia, betul tak Rayyan?" Ujar Hariz mengejek. Terus dia mendapat jelingan maut dari lelaki itu.
"Banyak lah kau cinta."
"Come on lah Mirul. Dari cara kau tengok dia, layan dia, jaga dia. Dari situ kitorang nampak lah kau macam suka dia." Tebak Rayyan. Mereka kini sudah berada di cafe yang terdapat dalam hotel itu.
"Mengarut." Nafi Amirul.
"Kita ni sama-sama lelaki Mirul. Kitorang pun dah ada pengalaman. So kitorang tahu lah cara seorang lelaki tu bila dah jatuh cinta." Hariz hanya angguk aje. Point yang hebat.
"Tapi dia tu adik aku-"
"Adik tiri." Ujar Hariz membetulkan ayat Amirul.
"Adik beradik tiri tiada ikatan darah tau. Dan korang juga bukan mahram. Jadi tidak haram untuk korang berdua berkahwin." Amirul termenung sejenak. Ada betul juga dua ketul ni cakap.
"Entah lah. Aku takut kalau papa dia tak restu." Amirul berkata tanpa berfikir menyebabkan Rayyan dan Hariz tersenyum senget.
"Jadi betul lah kau suka Kaira tu." Amirul tersentak. Alamak kantoi pula ke.
"Mirul..." Panggil Rayyan meleret.
"Ish ya ya. Aku suka dia. Korang ni memang tak boleh berahsia langsung." Amirul mendengus kasar. Air oren yang baru sahaja sampai tadi dihirup sehingga separuh. Menyampah lah hadap orang tua depan dia ni.
"Mengaku pun." Ujar Hariz diselangi tawa miliknya dan Rayyan. Amirul Amirul.
°•❁•°
"Auch." Kaira mengaduh perlahan apabila lututnya kirinya tiba-tiba rasa berdenyut. Selimut yang menutupi kakinya diselak. Mata hanya memandang tampalan pada lututnya.
YOU ARE READING
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...