Amirul mencium lembut dahi anak lelakinya itu selepas selesai mengazankan bayi itu. Senyuman langsung tidak lekang dari bibir seorang Amirul.
Lelaki yang baru sahaja bergelar seorang ayah.
"Assalamualaikum anak baba." Bisik Amirul perlahan.
Tidak berhenti dia mengucapkan syukur tatkala isteri serta anaknya dalam keadaan selamat. Kaira yang berada di katilnya didekati.
"Sayang." Panggil Amirul lembut. Bayi yang berada didalam dukungannya bertukar tangan. Dia terus mengambil tempat di sebelah Kaira. Bahu isterinya dipeluk erat.
"Sayang mama." Ucap Kaira perlahan. Mata yang tadinya hanya berkaca akhirnya menurunkan permata jernih miliknya.
"Terima kasih sebab lahir dengan selamat, sayang." Kaira berkata perlahan.
Doktor pernah mengatakan bahawa anak mereka mungkin tidak selamat dek kerana rahim Kaira terlalu lemah.
Namun kuasa Allah. Anak mereka lahir dalam keadaan sihat dan sempurna walaupun terdapat banyak masalah pada kandungan Kaira.
"Aisy Kaiser." Amirul mengguman kecil. Pipi bayi itu diusap perlahan dengan jari telunjuknnya.
"Aisy Kaiser bin Amirul Hafrez. Putera sulung baba dan mama."
"Terima kasih sayang. Untuk hadiah terindah ni." Kaira memandang Amirul dengan senyuman.
Pipinya yang basah dek kerana air mata dilap oleh Amirul. Mata menikam sesama sendiri.
"Harini adalah hari paling bermakna untuk abang. Hari yang abang akan ingat sampai bila-bila."
"Hari lahirnya hero kecil kita. Bukti cinta kita." Kaira mengangguk perlahan. Tangan Amirul digenggam erat.
Dua pasang mata itu langsung tidak kalih dari melihat wajah putera kecil mereka itu.
"Kalau lah Kaira tak gugur dulu, mesti anak kita dah dua orang kan abang." Kaira berkata perlahan. Mata masih setia melihat Aisy yang lena dalam dakapannya.
Sesekali bibirnya naik mencium ubun-ubun bayi kecil itu. Hero kecil nya.
"Kenapa Kaira lemah sangat waktu tu." Perlahan sahaja suara gadis itu namun masih jelas kedengaran di telinga Amirul.
"Sayang, tak baik cakap macam tu." Amirul berkata lembut. Badan Kaira ditarik agar bersandar pada bahunya. Pipi gadis itu dicium sekilas.
"Allah ambil Muhammad, dan sekarang dia gantikan pula dengan Aisy."
"Sayang jangan risau. Muhammad tengah bermain-main dekat taman syurga sana. Mesti dia tengah tunggu kita kat sana."
Mata berkaca Kaira menatap dalam mata Amirul. Kepala diangguk perlahan.
Muhammad. Nama yang dia dan Amirul berikan untuk anak mereka yang keguguran. Kata Encik Wazim, walaupun anak itu sempat lahir, sekurang-kurangnya kita memberi nama panggilan untuknya.
Bayi itu juga berhak untuk diberi nama.
"Perancangan Allah tu lebih baik, sayang."
°•❁•°
"Kakak tengok baby Aisy ni gigit tangan Maira." Humaira mengadu manja. Tangan yang berbekas air liur milik Aisy ditunjukkan kepada kakaknya.
"Tangan baby kakak ni sedap sangat kut, sebab tu Aisy gigit." Pipi tembam Humaira dicubit geram. Makin lama makin pau pipi gadis kecil itu.
Humaira kini sudah berusia 7 tahun, namun perangainya tetap sama. Manja tidak bertempat.
"Assalamualaikum."
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...
![[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister](https://img.wattpad.com/cover/306540479-64-k298003.jpg)