"Abang!"
"Allahuakbar." Amirul mengusap lembut dadanya. Terkejut dengan sergahan dari Kaira tadi.
Dia terus memusingkan kepada menghadap gadis itu sebelum memberikan jelingan tajam buat Kaira yang sudah tersengih.
"Kau ni tak reti bagi salam ke? Terpekik terlolong macam orang tak betul. Kalau aku ada sakit jantung tadi macam mana hah?!" Soal Amirul tidak puas hati. Sempat dia mengetuk perlahan kepala Kaira.
"Sorry arh. Tu pun nak marah." Kaira mencebik. Tangan disilangkan di dada tanda merajuk.
"Ha merajuk merajuk. Dia yang salah, dia pula nak merajuk."
"Ish abang ni!" Amirul memandang kosong wajah gadis di sebelahnya.
"Kau nak apa?" Soal Amirul. Dia mengalihkan pandangan pada telefon yang berada di tangannya.
"Abang tak kerja ke harini?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Malas." Kaira mengerutkan kening. Aik. Macam tu pun boleh ke?
"Papa tak marah ke?" Amirul menghela nafas perlahan. Sabar je lah layan budak ni.
Amirul memusingkan badannya menghadap Kaira. Mata tajam merenung ke dalam anak mata hitam gadis kecil itu.
Kaira yang terasa kurang selesa dengan renungan Amirul terus mengalihkan pandangan. Seram matt. Mata dia tu macam pisau je. Tajam.
"Cik Kaira Farhanim, hari ni Sabtu. Cuti. Tahu lah awak tu menganggur je dekat rumah tapi jangan lah sampai lupa hari."
Berkerut dahi Amirul tatkala Kaira dengan tiba-tiba meletakkan tangan kecilnya di dahi lelaki itu. Pehal pula budak ni?
"Aik tak demam."
"Kau ni kenapa?"
"Takde apa. Cuma terkejut sebab abang tiba-tiba cakap lembut dengan Kaira." Kaira sengih.
"Malas aku layan kau."
"Eh alah jangan macam tu. Kaira nak ajak abang keluar ni..." Kaira merengek. Lengan Amirul digoncang perlahan selepas melihat abangnya itu seperti tidak mahu melayan dirinya.
"Malas." Kaira mencebik. Lengan sasa lelaki itu dilepaskan.
"Kaira nak pergi kubur arwah mama. Lama dah Kaira tak lawat kubur arwah. Nak ajak papa tapi papa ada kerja. Kawan Kaira pun semua ada hal. Abang je harapan Kaira sekarang." Kaira berkata sayu membuatkan Amirul menoleh memandangnya.
"Tapi takpe lah kalau abang taknak teman. Kaira pergi sorang je." Ujar Kaira. Dia mula bangun dari duduknya.
Baru sahaja dia ingin bergerak meninggalkan ruangan itu, namun Amirul dengan pantas menarik lengan gadis itu sehingga Kaira terduduk kembali di sofa.
"Nak pergi kubur arwah mama?" Kaira angguk perlahan. Amirul senyum nipis sebelum mengusap lembut kepala Kaira.
"Okay aku teman. Dah, senyum, taknak monyok macam ni. Nanti arwah mama kau sedih tengok muka anak dia macam ni." Amirul berkata lembut membuatkan Kaira senyum.
"Betul ni abang nak teman?" Amirul sekadar mengangguk membuatkan senyuman Kaira semakin melebar. Terus tubuh lelaki itu dipeluk.
"Yeay! Thank you abang. Sayang abang!" Terkaku Amirul buat seketika sebelum perlahan-lahan bibirnya melebar mengukir senyuman. Rambut gadis itu diusap lembut.
"Ya ya. Dah pergi siap. Aku tunggu dekat bawah."
"Okay. Love you, abang Mirul." Kaira terus berlari naik ke biliknya, meninggalkan Amirul yang sudah tersengih itu.
"Love you too, little girl."
°•❁•°
"Kenapa tak turun."
"Teman lah." Kaira mengerdipkan matanya beberapa kali. Berharap lelaki itu cair.
"Lah takkan siang hari pun takut." Soal Amirul pelik.
"Sunyi lah kat sini abang." Kaira merengek. Tangan Amirul diambil sebelum digoncang perlahan.
"Pergi je lah. Aku boleh nampak kau dari sini, Kaira." Kaira mencebik. Tangan Amirul masih lagi berada dalam pelukannya.
"Taknak. Nak abang teman juga. Jom lah. Abang tak sayang Kaira ke?" Kaira memuncungkan bibirnya di hadapan Amirul. Mata dikelipkan beberapa kali.
Amirul hanya merenung wajah comel Kaira di hadapannya. Liur ditelan kesat menyebabkan halkumnya bergerak. Terus dia menoleh memandang ke arah lain.
"Ish ya ya aku teman. Dah stop buat macam tu."
"Kenapa?" Amirul kembali memandang Kaira. Wajahnya dirapatkan dengan wajah gadis itu.
"Aku ni lelaki normal, Kaira. Kau buat macam tu kau fikir aku boleh tahan ke?" Kaira terkebil-kebil melihat wajah Amirul yang begitu dekat dengannya. Dapat dia rasa deruan nafas lelaki itu menampar wajahnya.
"Kalau nak buat lagi macam tu, tunggu kita kahwin. Okay, little girl?" Soal Amirul dengan senyuman senget. Dia terus menjarakkan wajah mereka kembali sebelum bertindak keluar dari kereta.
"Cepat, aku teman."
"O-okay." Kaira cepat-cepat keluar dari kereta. Selendang yang digunakan untuk menutup kepala dibetulkan sebelum langkah dibuka mendekati satu pusara yang terletak cantik di bawah satu pohon yang besar.
"Assalamualaikum mama." Ucap Kaira perlahan. Dia duduk disebelah pusara yang terukir nama arwah mamanya, Ratna Kiara Binti Aziz.
"Mama, Kaira datang ni." Kaira senyum nipis. Batu nisan milik ibunya diusap.
"Kaira minta maaf sebab dah lama Kaira tak lawat kubur mama. Lepasni Kaira janji yang Kaira akan selalu datang lawat kubur mama."
Amirul yang berdiri di sebelah Kaira hanya memerhati gadis kecil itu meluahkan segalanya, termasuk tentang dirinya serta Puan Yasmin.
Terbit senyuman nipis pada bibir lelaki itu tatkala Kaira tidak henti bercerita pada kubur arwah Puan Kiara.
"Kaira rindu mama."
"Kaira." Kaira mendongak memandang Amirul. Lelaki itu menghulurkan sapu tangan kepada gadis itu sebelum bertindak untuk duduk bersebelahan Kaira. Bukan dia tidak perasan akan air mata Kaira yang mengalir itu walaupun gadis itu sedaya upaya menyembunyikannya.
"Kita baca Yassin untuk arwah mama kau dulu ya?" Kaira angguk. Yassin yang berada di dalam beg tangannya diambil sebelum dia dan Amirul memulakan bacaan.
YOU ARE READING
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomansSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...