AMIRUL KAIRA | 23

7.6K 293 8
                                    

"Mirul." Tersentak Amirul apabila meja kerjanya diketuk kuat oleh seseorang. Terus dia mengangkat kepala memandang lelaki yang berada dihadapannya itu.

"Bila kau masuk, Zat? Asal tak ketuk pintu?" Soal Amirul membuatkan Aizat menggulingkan bebola matanya.

"Kaira tak datang harini?"

"Tak. Aku suruh dia duk rumah je." Aizat angguk perlahan. Dia mula bergerak ke sofa sebelum melabuhkan punggung di situ.

"Kau pehal termenung? Aku ketuk pintu pun sampai tak dengar." Tanya Aizat. Mata hanya merenung Amirul yang masih statik di tempatnya.

Lelaki itu tampak sedikit serabut di penglihatannya. Seperti ada masalah.

"Amirul Hafrez!"

"Ye aku dengar."

"Kau ada masalah ke?" Soal Aizat sekali lagi. Amirul memandang sekejap wajah milik rakannya itu sebelum dia mengangkat kedua belah bahunya.

"Entah lah Zat. Aku pun tak tahu macam mana nak ceritakan." Ujar Amirul perlahan. Dia kini sudah berada di sofa berhadapan dengan Aizat. Senang nak borak.

"Pasal kau dengan Kaira ke? Or ada kaitan dengan Nathalia?"

"Jangan nak sebut nama perempuan tu. Aku dengan dia dah lama takde apa-apa." Dingin sahaja nada Amirul tika itu. Entah kenapa dia terlampau membenci perempuan itu, sampai nama pun kalau boleh taknak dengar.

"Then? Pasal Kaira?" Amirul mengeluh sebelum mengangguk. Aizat juga turut mengangguk seakan faham.

Diantara semua sahabatnya, hanya Aizat sahaja yang mengetahui tentang hubungan dia dan Kaira. Bukan dia yang bagitau melainkan Aizat sendiri yang mengetahuinya sendiri.

Aizat antara yang paling pendiam dan serious diantara yang lain. Namun siapa sangka, dalam sifatnya yang begitu, dialah yang paling banyak mengetahui sesuatu walaupun disimpan ketat oleh seseorang.

"Semalam aku mimpi. Papa dengan umi tak restu hubungan kitorang. Dalam mimpi tu diorang kecewa sangat sebab aku dengan Kaira bercinta."

Aizat hanya diam mendengar luahan rakannya itu. Kepala terangguk-angguk memberi respons terhadap apa yang diceritakan Amirul.

"Then kau takut benda tu jadi betul-betul?"

"Bro kau dah cuba terus-terang dekat uncle dengan aunty belum pasal hubungan kau dengan Kaira?" Soal Aizat selepas melihat Amirul hanya diam. Mendapat sahaja gelengan dari lelaki itu terus dia mengeluh.

"Kau lelaki, patutnya kau berani dalam semua ni. Kalau kau betul cintakan Kaira, kau patutnya berjuang untuk dapatkan dia. Bukan jadi macam ni."

"Kalau papa tak terima aku?"

"Belum cuba belum tahu Amirul. Kalau kau betul lelaki sejati yang sayangkan pasangan kau, kau patut usaha lebih, bukan terus mengalah macam ni. Amirul yang aku kenal bukan lemah macam yang ada depan aku sekarang." Mendatar sahaja nada Aizat.

Melihatkan Amirul yang sedang termenung itu, terus dia bangun dari duduknya. Bahu rakannya itu ditepuk perlahan sebelum dia bergerak ke pintu keluar.

"Kalau betul sayang, kau kena berani. Be a man, bro." Sempat Aizat berpesan sebelum dia keluar meninggalkan Amirul seorang diri.

"Should I?"

°•❁•°

"Papa!" Kaira memeluk erat belakang leher Encik Fatih. Ciuman penuh rasa sayang dihadiahkan pada pipi lelaki bergelar ayah itu.

"Ya Allah Kaira. Terkejut papa." Kaira tersengih sebelum dia bergerak duduk di sebelah ayahnya lalu memeluk tubuh tua itu.

"Ni dah kenapa hm?" Soal Encik Fatih. Belakang badan anak gadisnya itu diusap lembut. Sempat dia melabuhkan ciuman pada dahi anak kesayangannya itu.

"Rindu. Kaira dah lama tak peluk papa hehe."

"Mana lah nak peluk kalau orang tu dah sayang orang lain kan." Selamba sahaja Encik Fatih berkata membuatkan Kaira pantas melihat wajah papanya.

"M-maksud papa?"

"Ouh jadi betul lah anak papa ni dah sayang orang lain?"

Kaira terdiam sekejap sebelum tersengih. Aduh kantoi pula.

"Papa dah kata kan, Kaira tak boleh sembunyikan apa-apa dari papa. Not even a piece of secret, baby. Papa tahu semua tentang anak papa."

"Semua?"

"Ye sayang, semua. Termaksud kejadian dekat Amerika tu." Tersentak Kaira apabila mendengar tutur kata dari Encik Fatih itu. Pelukan pada tubuh tua itu serta merta terlerai.

Wajah Encik Fatih yang menayangkan senyuman nipis itu ditatap bersama mata berkaca.

"P-papa tahu."

"Kan papa dah cakap, papa tahu semua perkara yang berkaitan anak papa." Lembut suara Encik Fatih. Kepala Kaira diusap lembut olehnya.

"Kenapa rahsiakan benda tu dari papa, sayang."

"Kaira takut papa risau. Kaira takut papa sakit kalau tahu apa jadi dekat Kaira. Kaira taknak hilang papa macam Kaira hilang mama dulu." Ujar Kaira tersedu sedan.

Melihatkan wajah sembab anak gadisnya itu, terus Encik Fatih menarik Kaira masuk ke dalam dakapannya. Ciuman dilabuhkan pada dahi gadis kecil itu.

"Anak kesayangan papa ni tak pernah nak matang." Encik Fatih tertawa perlahan. Belakang badan Kaira diusap bagi meredakan tangisan anaknya itu.

"Kaira minta maaf papa." Ujar Kaira perlahan. Muka sudah disembamkan pada bahu milik sang ayah.

"Hm nak papa maafkan ke?"

"Pa.." Rengek Kaira perlahan membuatkan Encik Fatih tergelak.

"Papa boleh maafkan anak papa ni, tapi anak papa ni kena jujur lah dengan papa." Kaira mengangkat kepala. Wajah Encik Fatih dipandang dengan dahi yang berkerut.

"Jujur apa?" Soal Kaira. Tidak faham dengan maksud ayahnya itu.

"Jujur pasal hubungan Kaira dengan Amirul pada papa dan umi."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now