AMIRUL KAIRA | 13

9K 332 1
                                    

Amirul menggenggam erat tangan kecil Kaira menyusuri lautan manusia yang berada di pantai itu. Bukan apa, risau gadis itu hilang, sudah lah ramai orang, Kaira tu pula kecil. Susah nak cari nanti.

Niatnya membawa gadis itu ke sini untuk menenangkan fikiran mereka selepas pulang dari kubur milik arwah Puan Kiara, tapi tidak menyangka pula ramai orang yang akan berada di pantai itu pada waktu begini.

"Abang, situ kosong." Kaira menunjukkan ke arah satu tempat yang tidak diduduki sesiapa. Terus Amirul menarik tangan kecil Kaira bergerak ke tempat itu.

Tikar lipat yang dipegang oleh Amirul sejak tadi dibuka sebelum dibentang di atas pasir pantai itu. Makanan yang dibeli mereka sebelum tiba di situ diletakkan di atas tikar itu lalu kedua-dua mereka mengambil tempat masing-masing.

Mata cantik Kaira hanya memerhati suasana pantai indah itu yang dibanjiri dengan manusia.

Ada yang datang berkelah bersama keluarga, meluang masa bersama pasangan, bermain air pantai dan ada juga yang datang hanya sekadar untuk mengambil angin.

"Nanti kita datang bawa papa, umi dengan Humaira pula, nak?" Soal Kaira kepada Amirul. Kepala dikalihkan memandang Amirul yang sedang mengungah kerepek kentang yang dibawa mereka tadi.

"Hm." Kaira mendengus perlahan mendengar jawapan lelaki itu. Ada emas ke dalam mulut tu sampai susah sangat nak keluarkan suara.

Air kotak dutch lady yang berada dalam plastik itu diambil. Straw dicucuk pada lubang yang disediakan sebelum dia menyedut susu berperisa strawberry itu.

"Kaira."

"Apa?"

"Kau ada boyfriend?" Soal Amirul tiba-tiba membuatkan Kaira memandangnya dengan dahi berkerut.

"Kenapa abang tanya?"

"Saja." Jawab Amirul. Mulut tidak henti menyuap kerepek kentang yang berada di tangannya.

"Ye ke?" Kaira menjongketkan keningnya dengan senyuman senget.

"Takde lah. Kau selalu keluar dengan aku kan, takut boyfriend kau jealous je. Maklum lah aku kan handsome." Selamba Amirul berkata. Kaira mencebik sebelum membuat muka loya di hadapan lelaki itu.

"Perasan."

"Jawab soalan aku, Kaira. Kau ada boyfriend tak?"

"Takde. Kaira tak minat lah bercinta ni. Buang masa." Kaira menjawab tanpa menoleh Amirul yang sudah menatapnya.

"Tapi kalau dengan abang, Kaira on je." Kaira sengih tidak bersalah. Mata dikenyitkan kepada Amirul sebelum dia tergelak. Amirul pula hanya diam, tak tahu budak ni serious ke tak.

"Takdelah, Kaira gurau je. Tapi Kaira memang takde boyfriend dan tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki pun." Tutur Kaira.

"Waktu dekat Amerika dulu, Uncle Zayn tak bagi sangat Kaira keluar kecuali berkaitan dengan pelajaran. Kawan dengan lelaki pun dia tak bagi. Dia cakap lelaki dekat Amerika ni tak semua boleh dipercayai." Cerita Kaira. Amirul hanya diam sahaja, malas mahu memotong gadis itu bercerita.

"Abang ni kira lelaki pertama lah yang keluar dengan Kaira."

"Ceh fikir aku bangga ke jadi lelaki pertama keluar dengan kau?" Soal Amirul.

"Bangga arh."

"Takde masa." Kaira menjeling Amirul. Kerepek yang berada di tangan Amirul dirampas kasar.

"Woi. Banyak lagi kan. Yang kau ambil aku punya tu kenapa?"

"Saja." Ujar Kaira. Dia tersengih sebelum menyumbat kerepek itu ke dalam mulut.

Amirul merenung tajam wajah cantik gadis itu sebelum matanya tertacap pada selendang yang berada di bahu gadis itu.

"Kau sampai bila nak tunjuk aurat dekat orang ni, Kaira? Taknak pakai tudung ke?" Kaira tersentak selepas mendengar soalan dari Amirul. Wajah lelaki itu dipandang.

"M-maksud abang?"

"Rambut kau, leher kau, seluruh anggota badan kau. Semua tu aurat tau. Benda yang kau wajib tutup. Hanya orang yang tertentu je boleh tengok semua tu."

Kaira menunduk. Dia faham maksud Amirul, tapi dia belum bersedia untuk semua tu.

"Kau dengar tak?"

"Kaira tak sedia lagi." Ujar Kaira perlahan namun masih jelas didengari Amirul.

"It's okay. Slow slow? Aku tahu kau tengah cuba untuk ubah diri kau. Buktinya, sekarang kau banyak pakai pakaian yang longgar. Tak macam waktu awal-awal kau balik Malaysia dulu. Baju tak cukup kain."

"Slowly but surely, okay little girl?" Kaira angguk. Senyuman manis diberikan kepada lelaki itu.

°•❁•°

Kaira berjalan mendekati Amirul yang sedang berbaring di atas tikar itu. Mereka masih lagi berada di pantai itu dek kerana Kaira ingin melihat matahari terbenam.

Dua kon aiskrim cornetto yang berada di tangannya dipandang sekilas sebelum matanya menatap wajah tenang Amirul. Entah tidur atau lelaki itu hanya sekadar menutup mata, Kaira pun tak tahu.

Mata Kaira menatap penuh minat wajah lelaki yang bergelar abang tirinya itu. Dari mata lelaki itu, turun ke hidung, turun pula pada bibir merah lelaki itu. Kaira tersenyum nipis. Tahu lah dia lelaki itu tidak merokok.

Wajah lelaki itu juga bersih dari sebarang jerawat serta kumis. Amirul juga boleh tahan tinggi. Dengan badannya yang tegap dan lengannya yang sasa. Senang kata lelaki itu sangat perfect di mata seorang Kaira Farhanim.

"Are you done scanning me, miss Kaira Farhanim?" Soal Amirul mendatar dengan matanya masih lagi tertutup menyentakkan Kaira. Terus sahaja gadis itu mengalihkan pandangan ke arah lain.

"M-mana ada lah! Kaira cuma nak tahu abang tu tidur betul atau olok-olok je." Kaira membela dirinya.

Amirul tersenyum nakal melihat wajah Kaira yang sudah membahang. Badan dirapatkan dengan gadis itu.

"Really? Tapi cara kau tengok aku tadi macam nak terkam aku je." Ujar Amirul tidak bertapis membuatkan Kaira memukul bahunya. Terletus tawa milik lelaki itu.

"Pervert juga kau ni erh."

"Abang Mirul!"

"Apa?" Kaira menjeling Amirul. Aiskrim berperisa coklat yang dibelinya tadi diletakkan kasar di atas dada lelaki itu. Geram.

"Thank you, miss pervert."

"Shut up!"

"I can't, my dear. Allah bagi aku mulut untuk aku bercakap. Jadi aku tak boleh diam."

"Suka hati lah." Amirul tersengih. Suka betul mengusik gadis itu. Bukan apa, Kaira nampak comel sangat bila marah. Bukan makin takut, tapi makin sayang adalah.

 Bukan makin takut, tapi makin sayang adalah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now