AMIRUL KAIRA | 44

5.7K 181 0
                                    

"Ughh" Nathalia mengerang perlahan apabila terasa perit di kepalanya. Mata perlahan-lahan dibuka sebelum pandangannya terarah pada lelaki yang elok duduk di hadapannya.

Senyuman sinis menghiasi wajah lelaki itu. Melihat sahaja gadis itu sedar, terus sahaja tawa halus milik lelaki itu kedengaran.

"Cik Nathalia kita dah bangun."

"Thaqif." Thaqif mula bangun dari duduknya. Kaki melangkah mendekati Nathalia. Sampai sahaja dia pada Nathalia, dia terus duduk mencangkung, menyamai paras gadis itu.

"Mimpi indah sayang?" Soal Thaqif bersama senyuman yang langsung tidak pudar dari wajahnya.

Pisau yang berada di tangan dibawa mendekati pipi putih Nathalia sebelum dimain-mainkan di pipi mulus itu.

"Aku tertanya-tanya macam mana kau boleh terlepas dari genggaman aku." Thaqif menyoal tenang. Pisaunya masih setia bermain di pipi Nathalia.

Tersilap langkah pasti sahaja pipi putih itu basah dengan darah.

"Kau nak apa dari aku?!" Kuat suara Nathalia menjerit di hadapan wajah Thaqif. Badan digerakkan sedikit agar menjauh dari lelaki psycho itu.

"Sayang kan, muka cantik tapi bodoh." Thaqif bersuara lagi. Soalan yang dilontarkan oleh Nathalia langsung tidak dilayan.

Rambut perang Nathalia dielus lembut. Namun untuk sekejap sahaja sebelum tangannya mencengkam kuat rambut itu sehingga menyebabkan Nathalia mendongak memandannya.

"Kau sembunyi lah dekat mana pun, lari sejauh mana yang kau nak. Tapi kau takkan boleh lepas dari aku Nathalia Arisya!"

Thaqif menghentak kuat kepala Nathalia pada dinding bilik itu. Rambut gadis itu sekali lagi ditarik supaya melihat dirinya.

"Silap besar aku tak bunuh kau kan." Thaqif bersuara perlahan. Matanya tajam menatap Nathalia.

Lama mereka dalam keadaan sebegitu sebelum Thaqif tersenyum. Kepala Nathalia ditolak kasar. Dia mula berdiri sebelum perlahan-lahan berundur menjauhi Nathalia.

"Bunuh aku Thaqif. Bunuh aku sekarang! Itu yang kau nak kan?!" Nathalia menjerit lemah.

"Umh nope. Tak seronok bunuh kau sekarang."

"Bunuh aku Thaqif!" Thaqif tertawa perlahan. Kepala digelengkan lagi.

"Tak syok tengok kau mati macam tu je Nathalia. Aku nak tengok kau mati dalam keseksaan."

Badan dipusingkan membelakangi Nathalia. Kaki panjangnya mula melangkah ke arah pintu bilik itu.

"Aku nak kau terseksa dengan seksaan dari aku dan seksaan yang kau sendiri cari." Ujar Thaqif sinis sebelum bertindak untuk menghempas kuat pintu bilik yang menempatkan Nathalia.

Wajah dua orang anak buahnya yang berada di luar bilik itu direnung tajam.

"Jaga perempuan sial tu elok-elok. Sekali lagi dia terlepas, nyawa korang yang melayang."

°•❁•°

"Makan!"

"Bodoh. Macam mana aku nak makan kalau tangan aku terikat." Nathalia menjeling tajam anak buah Thaqif yang ditugaskan untuk mengawasinya.

"Cik Nathalia jangan risau. Saya ada boleh suapkan cik Nathalia." Lelaki itu senyum senget. Kerusi yang berada berdekatan dengannya ditarik sebelum bekas makanan itu dibuka.

"Saya tak bodoh lagi nak buka ikatan tangan cik Nathalia tu." Sekali lagi lelaki itu bersuara.

Faham dengan perangai Nathalia. Dulu pun silap dia kerana bodoh percayakan gadis itu. Tidak pasal-pasal semua kena dengan Thaqif.

"Aku tak lapar." Nathalia menoleh ke arah kiri, mengelak dari disumbat makanan oleh anak buah Thaqif. Mulutnya juga sudah ditutup rapat.

Melihatkan kejadian itu, seorang lagi anak buah Thaqif bergerak mendekati Nathalia serta rakannya.

"Jangan mengada lah perempuan."

Dengan kasar kepala Nathalia ditarik untuk menoleh ke arah mereka. Rambut perang gadis itu ditarik kuat sehingga membuatkan mulut Nathalia sedikit ternganga.

"Kau tunggu apa lagi Zane." Zane tersenyum sinis sebelum menyumbat kasar makanan ke dalam mulut Nathalia. Terus terletus tawa kedua lelaki itu.

"Macam ni lah. Boss kitorang taknak kau mati awal. Jadi kau kena makan banyak-banyak ya."

"Ni pun dikira balasan atas apa kau dah buat selama ni." Bisik lelaki itu perlahan.

Nathalia tidak berkata apa-apa malah hanya menjeling tajam kedua lelaki di hadapannya. Nasi yang masih bersisa di dalam mulut disembur keluar ke arah mereka.

"Kau fikir aku takut ke dengan boss tak guna kau tu?"

"Perempuan sial." Zane meramas nasi yang berada di tangannya itu sebelum dengan kasar disumbat ke dalam mulut Nathalia.

Tidak cukup dengan itu, dia menampar pula wajah putih Nathalia sehingga menyebabkan kepala gadis itu sedikit terteleng.

Tangannya sekali lagi naik ingin menampar wajah gadis dihadapannya, namun ditahan seseorang.

"Lepaskan aku Max!"

"Sabar Zane. Kawal amarah kau." Max menarik kasar badan Zane supaya menjauh dari Nathalia.

Baran rakannya itu bukan boleh dibiarkan. Karang mati juga si Nathalia ni dengan dia.

"Perempuan ni memang nak mati!"

"Bunuh dia tu kerja Tuan Thaqif, Zane." Zane mengeluh kuat. Wajah Nathalia dijeling tajam.

"Kau selamat kali ni perempuan. Aku tak sabar nak tengok kau kena seksa dengan Tuan Thaqif nanti." Zane tersenyum sinis.

Dia membuat isyarat mata kepada Max sebelum kedua-dua mereka mula bergerak keluar dari bilik itu.

"Nasib kau halang, kalau tak dah bersepai otak minah tu dengan aku." Zane bersuara datar.

Kalau ikutkan hati, nak je dia tembak kepala Nathalia itu. Berlagak sangat.

"Lepastu kau pula yang mati kena dengan Tuan Thaqif. Macam tu?"

Zane tidak menjawab malah hanya tersenyum senget. Selamat nyawa dia dari bapak segala syaitan tu.

"Tak sabar aku nak tengok perempuan tu sendiri merayu dengan Tuan Thaqif untuk bunuh dia."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now