AMIRUL KAIRA | 05

13.5K 476 5
                                    

"Assalamualaikum." Kaira melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam. Kaira dah balik." Kata Puan Yasmin lembut. Senyuman manis diberikan kepada anak tirinya itu.

Kaira hanya menganggukkan kepalanya. Gadis kecil yang sedang leka bermain dengan permainannya menjadi tumpuan Kaira tika itu.

"Papa mana?" Soal Kaira namun mata masih setia menatap gadis kecil itu, persis dirinya sewaktu kecil dulu.

"Papa pergi pejabat kejap. Nak ambil barang katanya."

Kaira sekadar angguk. Kaki mula melangkah mendekati sofa dimana Puan Yasmin dan gadis kecil itu berada. Terus dia mengambil tempat disebelah gadis itu.

"Humaira?" Soal Kaira kepada Puan Yasmin. Jelas wanita itu sedikit terkejut dengan perubahan Kaira yang tiba-tiba sahaja menjadi lembut, namun masih juga dia mengangguk.

"Iya, ni Humaira. Adik Kaira." Kaira senyum lebar. Humaira yang terkebil-kebil melihat dirinya itu ditatap sayang.

"Hi little girl. Taknak kenal dengan kakak ke?" Soal Kaira ceria. Humaira yang mendengar itu terus menepuk tangannya teruja walaupun dia tidak memehami apa yang dikatakan oleh Kaira.

Kaira terus sahaja menarik Humaira ke pelukannya sebelum pipi tembam milik adiknya itu dicium geram. Terkekek suka gadis kecil itu.

"Comel nya adik kakak!" Ujar Kaira separa menjerit.

Puan Yasmin hanya tersenyum melihat telatah dua beradik itu. Dia sudah sedia maklum bahawa Kaira Farhanim ini seorang yang amat suka kan budak-budak. Jadi tidak pelik kalau dia boleh rapat dengan Humaira secepat ini.

"Berapa umur Humaira, umi?" Soal Kaira tiba-tiba menyentakkan Puan Yasmin. Wanita itu memandang Kaira tidak percaya.

"Ti-tiga tahun." Ujar Puan Yasmin sedikit gagap.

"Umi kenapa?

"Ka-Kaira panggil apa tadi."

"Umi? Kenapa?" Soal Kaira pelik.

"Kaira dah-" Laju sahaja Kaira memotong kata-kata Puan Yasmin.

"Ya, umi. Kaira dah boleh terima umi. Tapi buat masa sekarang Kaira masih cuba untuk biasakan diri." Puan Yasmin tersenyum. Air mata yang sudah mengalir di pipinya dilap dengan lengan baju.

"Umi minta maaf sebab buat Kaira dengan papa bergaduh." Kaira menggeleng. Badan milik Puan Yasmin dipeluk olehnya.

"Bukan salah umi. Kaira yang salah sebab terus memberontak. Patutnya Kaira dengar penjelasan papa dengan umi dulu. Kaira minta maaf umi." Ujar Kaira tersedu-sedan.

"Umi sentiasa maafkan Kaira, sayang. Kaira anak umi."

"Dan umi pula umi Kaira." Puan Yasmin angguk. Dahi Kaira dicium lembut olehnya.

'Terima kasih ya Allah.'

°•❁•°

"Umi...kenapa tak jadi!" Ujar Kaira meleret. Mahu sahaja dia putus asa dari terus melakukan perkara itu.

"Anak umi ni tak pernah masuk dapur ya? Takkan nak goreng telur dadar pun tak pandai." Kaira mencebik sebelum tersengih.

"Bukan tak pernah masuk dapur. Pernah je. Tapi tak pernah buat masakan Melayu." Ujar Kaira. Jari dilaga-lagakan tanda malu.

"Ha ini kena belajar lebih sikit. Nanti umi buka kelas masakan Melayu khas untuk Kaira, okay."

"Eh tak apa lah umi. Susah susah je. Umi je lah masak, lagi sedap!" Ujar Kaira tidak ubah seperti budak-budak. Puan Yasmin menggeleng sebelum tergelak perlahan.

"Pandai ya mengelak."

"Mana ada." Ujar Kaira manja sebelum tersengih.

"Ehem."

Kaira dan Puan Yasmin terus sahaja menoleh ke arah pintu dapur apabila mendengar deheman dari seseorang. Terus mata mereka memandang Encik Fatih dan Amirul berserta Humaira yang berada dalam pangkuan abangnya.

"Kita macam terlepas something je ni, Mirul." Encik Fatih tersengih dengan kedua keningnya yang terangkat. Amirul sekadar mengangguk dengan mata masih tidak lepas dari terus memandang ibu serta adik tirinya di hadapan.

"Papa dengan abang Mirul dah balik."

'Abang Mirul?' Amirul memandang pelik Kaira yang berjalan mendekati mereka. Dah kenapa budak ni? Salah makan ubat erh.

"Bila Kaira balik ni?"

"Pagi tadi. Asalnya nak lepak lama sikit kat rumah paklong, tapi suami Mel tu balik awal sangat." Ujar Kaira dengan cebikan.

"Abang dengan Mirul pergi lah naik mandi dulu. Lepasni kita makan sama-sama ya." Encik Fatih mengangguk perlahan. Terus sahaja dia bergerak naik ke bilik.

"Maira sini dengan kakak." Kaira mendepakan tangannya ke arah Humaira. Terus sahaja pipi tembam gadis kecil itu menjadi mangsa ciuman Kaira.

"Kau salah makan ubat erh?"

"Mirul." Panggil Puan Yasmin. Amirul tersengih sebelum meminta diri untuk naik. Sempat dia menjeling manja wajah Kaira yang sudah tersengih kepadanya.

°•❁•°

"Kaira masak ke ni?" Soal Encik Fatih. Gembira hatinya apabila melihat anak gadisnya yang seorang ini bukan main akrab dengan isterinya itu.

"Mestilah tak papa. Lambat lagi Kaira nak masak masakan Melayu macam ni." Ujar Kaira bersama sengihan.

Sudu yang berisikan nasi disuakan kepada Humaira yang berada di atas ribanya. Melebar bibir gadis itu apabila melihat Humaira yang menepuk tangan tanda suka disuap oleh kakaknya.

"Oo mentang-mentang dah ada kakak, terus tak layan abang ya." Ucap Amirul. Pipi Humaira disebelahnya dicubit geram.

"Mestilah. Maira kan sayang kakak, betul tak Maira." Humaira hanya tersengih seakan faham usikan kakaknya itu.

"Ish kau jangan nak curi Maira dari aku erh."

"Eh suka hati lah. Maira adik Kaira juga." Ujar Kaira selamba. Sempat dia menjelirkan lidah kepada Amirul.

"Suka lah Maira. Abang dengan kakak rebutkan dia tu." Ucap Puan Yasmin diselangi tawa apabila melihat pergaduhan kecil Amirul dan Kaira.

"Tengok lah malam ni. Mesti ada yang berebut nak tidur dengan Maira." Sambung Encik Fatih.

Bukan dia tidak tahu, anak gadisnya yang seorang itu bukan boleh berenggang kalau dengan budak kecil. Ada sahaja caranya untuk mendekati budak yang dia lihat.

"Ish abang Mirul! Bagi lah Maira balik!" Rengek Kaira apabila Amirul sudah membawa Humaira keluar dari ruangan makan itu.

"Papa, umi!" Rengek Kaira manja.

Encik Fatih dan Puan Yasmin hanya menggelengkan kepala. Alahai anak.

 Alahai anak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now