"Maksud kau." Soal Encik Fatih risau. Amirul turut memandang Encik Wazim dengan tanda tanya. Kepala Kaira yang berada di atas ribanya diusap lembut.
"Ada orang hantar sihir dekat Kaira." Mengucap panjang semua yang berada di situ. Kaira yang masih tidak sedarkan diri itu ditatap lama.
Masih segar dalam ingatan mereka tentang kejadian tadi. Terkejut dengan perlakuan Kaira yang tidak ubah seperti orang kurang siuman.
"Kaira."
"Kau nak apa?!" Soal Kaira kasar. Mata mencerlung tajam mata milik Puan Saadiyah yang betul-betul berada di hadapannya itu.
Puan Saadiyah hanya tenang di situ. Dia menilik wajah Kaira sekejap. Tubuh badan Kaira juga ditatap dari atas hingga bawah sebelum satu senyuman diberikan.
"Dah agak dah." Puan Saadiyah mengeluh perlahan. Dia menoleh kebelakang apabila mendengar bunyi tapak kaki yang berjalan ingin masuk ke ruangan itu.
"Kaira kenapa jerit tadi? Diya?" Puan Yasmin menyoal risau. Dia mula mendekati Kaira yang sedang menyembamkan mukanya pada meja countertop.
"Encik Wazim bergerak mendekati isterinya. Dia menatap Puan Saadiyah seolah bertanyakan sesuatu.
"Jangan sentuh aku lah!" Kaira menolak kuat badan Puan Yasmin apabila wanita itu ingin menyentuhnya. Nasib sahaja Amirul sempat menyambut tubuh ibunya itu daripada jatuh.
"Ya Allah Kaira kenapa?" Giliran Encik Fatih pula menyoal. Pelik dengan sikap tiba-tiba anaknya itu.
"Dari tadi aku perhati je anak kau ni Fatih. Memang ada yang tak kena rupanya." Encik Wazim berkata perlahan. Mata masih merenung mata Kaira yang tajam memandangnya.
Amirul menatap risau Kaira. Jelas di penglihatannya wajah tidak bermaya isterinya.
Encik Wazim mula berbisik sesuatu sebelum mengarahkan Amirul dan Encik Fatih memegang Kaira dengan kuat.
Bacaan surah mula kedengaran dari mulut Encik Wazim menyebabkan Kaira meronta-ronta minta dilepaskan.
"Di-diam lah! Panas!" Kuat jeritan Kaira menyuruh agar Encik Wazim memberhentikan bacaannya.
Semakin lama semakin perlahan rontaan Kaira. Dia memandang semua yang berada dihadapannya dengan pandangan lemah.
"To-tolong Kaira." Lirih sahaja suara Kaira seakan merayu sebelum perlahan-lahan badannya melorot jatuh ke bawah.
"Dah lama ke Zim?" Encik Wazim tidak menjawab sebaliknya memandang ke arah Amirul.
"Sejak bila lagi Kaira macam ni?" Amirul diam sekejap seakan mengingati tingkah laku Kaira.
"Seingat Mirul sejak minggu lepas. Dia asyik marah-marah. Lepastu selalu mengadu sakit, penat semua tu." Ujar Amirul.
Jujur dia terkejut dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh Encik Wazim tadi. Isterinya kena sihir?
"Mungkin baru minggu lepas sihir ni dihantar."
"Dia ada mengelak tak dengan Amirul?" Soal Puan Saadiyah pula.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...
![[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister](https://img.wattpad.com/cover/306540479-64-k298003.jpg)