2

840 22 0
                                    

Aku menguap besar. Tangan ditutup untuk menutup mulut yang ternganga. Disebabkan terlalu asyik menguap membuatkan air mata aku keluar daripada mata. Betul-betul mengantuk tak ingat dunia sekarang ni. Kalau bukan sebab abang nak balik harini, tak adalah pagi-pagi buta dah terpacak dekat KLIA. Dah lah tadi terpaksa bangun awal sebab nak gerak KLIA. Kalau lambat maunya melekat dekat jem. Mata ni dah macam terlekat gam gajah, rasa tak nak buka dan nak baring kat tengah-tengah alam.

Aku memandang sekeliling. Mencari kedai untuk membeli minuman. Dapat kopi pun sedap juga ni. Mata aku kini tertancap pada kedai serbaneka 7eleven yang berada di dalam KLIA. Laju kaki aku melangkah menuju kearah kedai itu. Nescafe Latte menjadi pilihan di hati. Setelah membuat pembayaran, tangan aku terus membuka tin air itu dan...

Bukkk!

Hasilnya air yang dipegang tadi jatuh diatas lantai.  Aku terkedu. Kejadian yang tiba-tiba itu membuatkan aku betul-betul bangun daripada tidur. Tak ada dah istilah mata seperti di gam. Tak ada juga rasa nak tidur dekat tengah alam. Yang ada sekarang cuma perasaan ingin tahu. Ingin tahu siapa yang berani-berani jatuhkan air nescafe aku. Dah la mahal. Tumpah pulak tu! Nasib baik tak banyak, kalau tak dah jadi makcik cleaner bersihkan lantai pagi-pagi.

Aku memandang tajam kearah figura yang berada di hadapan mata. Lelaki itu sedang membelek baju yang sudah terkena air yang tumpah sebentar tadi. Tiba-tiba perasaan kasihan terbit di hati. Salah dia juga sebab jalan tak tengok depan. Fokus sangat dengan air tu. Minta maaf je lah Ara.

"Are you blind? Mata letak kat lutut ke apa?" Aku sedikit terkesima dengan kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu. What? Dia cakap aku buta?

"Encik! Saya tahu lah salah saya. Tapi tak boleh ke cakap elok-elok? Adab mana? Tertinggal kat tengah jalan ke?" Bidas aku laju. Geram. Kalau dia cakap elok-elok tadi sah lah aku minta maaf baik-baik. Ni tidak, suka hati dia je nak panggil orang buta! Dia lupa ke budi bahasa tu budaya kita. Huh!

"Wah, sedap bahasa sedara. Kecil-kecil dulu mak ayah kau tak ajar ke minta maaf lepas buat salah? Ni tidak, sergah orang macam tak ada buat salah." Lelaki itu senyum sinis membuatkan api kemarahan aku semakin memuncak. Lagi-lagi dah libatkan ummi dan abi, lagi mencanak rasanya. Tapi aku masih cuba untuk bersabar. Malas nak buat kecoh sebab layan orang gila.

"Encik cakap depan cermin ke? Kalau encik cakap elok tadi, saya dah minta maaf baik baik dah. Ni tidak, ada otak tapi letak dekat lutut."

"Orang kalau dah salah memang suka cipta beribu alasan untuk larikan diri." Lelaki itu masih lagi tidak mahu kalah. Aku melepaskan keluhan berat.

"Suka hati encik lah! Orang kalau ada penyakit hati memang tak boleh nak terima teguran orang. Fikir diri tu bagus sangat." Aku terus berlalu meninggalkan lelaki berlagak itu. Tin air yang berada di lantai diambil dan dibuang ke dalam tong sampah. Entah apa nasibnya pagi ni, rasa malang sangat. Dah la pagi tadi hampir terlanggar dengan kereta depan dekat highway, nasib baik sempat brek. Kalini jumpa pula lelaki berlagak. Alahai.

"Aku tak habis cakap lagi la!" Sempat aku mendengar lelaki itu menjerit. Lantak kau lah! Meroyan sana sorang sorang.

****************************************************

Adrian membasuh pakaian yang sudah berubah warna menjadi coklat. Disebabkan kemejanya bewarna putih, maka kesan itu terlihat sangat terang dan nyata membuatkan emosinya agak tidak stabil. Tidak suka melihat ada yang tidak kena. Terus tangan mencapai beg galas di sebelah dan mencari pakaian yang hendak ditukar. Sungguh tidak selesa memakai pakaian yang sudah kotor. Elok-elok tak ada kerja, dah tambah kerja. Sempat membebel sendiri sambil menyarung pakaian di badan.

"Pagi-pagi dah menyusahkan orang!" Gumam aku perlahan. Selesai menukar pakaian yang lebih selesa, aku terus menarik bagasi dan keluar daripada tandas.

"Ryan!" Aku memandang kearah suara yang menjerit. Sekali lagi keluhan berat dilepaskan. Satu-satu bala yang datang harini. Kaki terus melangkah tanpa menghiraukan si pemanggil.

"Hai Ryan!" Sapa Nisha ramah. Tangannya disilangkan pada lengan aku. Aku hanya membiarkan tanpa menolak walaupun tidak minat dengan kedatangan gadis itu di sini.

"Buat apa kat sini?" Aku bertanya sambil beriringan berjalan keluar menuju ke pintu utama.

"Nak jemput you lah. Suka tak I datang pickup you kat sini?" Nisha kebil kebilkan mata dihadapan aku. Aku senyum mengejek sebelum menjawab.

"Tak." Hanya sepatah tapi berjaya membuatkan Nisha muncung setelah mendengar jawapan daripada orang yang tersayang.

"Sampai hati you kan Ryan jawab macam tu. I ni punya la curi-curi masa nak pick up you. Macam ni jawapan yang you bagi?" Nisha terus melepaskan tangan Adrian dan memeluk tubuh. Terasa dengan jawapan Adrian.

"Ada I suruh? Tak ada kan." Masih lagi menjawab tanpa riak.

"Ryan, can you show some interest in me?"

"No."

"Why?"

"Sebab I memang tak minat dekat you. You je perasan." Ryan senyum sinis membuatkan Nisha agak baran.

"Ryan! Sampai hati you hancurkan hati I." Kini Nisha sudah memandang tajam kearah aku. Tak puas hati la tu. Ada aku kisah!

"You yang hancurkan hati you sendiri. I tak pernah bagi apa-apa harapan."

"You ni kan!" Nisha ketap bibir menahan geram. Entah bila lah dia dapat tawan hati lelaki di hadapannya ini. Sejak pertama kali dia kenal Adrian, memang tidak pernah sekali pun Adrian memandangnya. Sebab kan itu juga dia bertekad hendak mendekati lelaki itu. Sepanjang hidup, dia tidak pernah dilayan hambar oleh insan yang bernama lelaki. Egonya tercalar. Kalau boleh dia nak buat Adrian melutut kepadanya suatu hari nanti.

"Sorry I got to go." Aku terus berlalu meninggalkan Nisha keseorangan di situ. Nisha menarik nafas perlahan.

"Sabar Sha. Banyak lagi peluang yang ada. One day, dia akan jadi milik kau juga!" Dia senyum puas hati dengan tekadnya sendiri sebelum berlalu.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now