7

716 25 0
                                    

Gelak tawa aku bersama Iman terus mati apabila aku melihat sebuah kereta Honda Civic hitam berhenti di hadapan store. Kereta yang tidak asing lagi itu membuatkan aku tahu siapa pemilik kereta yang sebenarnya.

"Iman, kau kawan aku kan?"

"Ha Iyelah. Kenapa?" Iman bertanya pelik.

"Tolong aku. Jangan buat aku jumpa dia." Laju aku berkata sambil memandang kearah lelaki yang sedang membuka pintu kereta. Begitu juga dengan Iman.

"Kalau dia ajak bertumbuk dengan aku macam mana? Habislah muka aku yang kacak ni nyah."

"Aku tau kau boleh. Chaiyokk!" Aku terus berlari masuk ke belakang. Pakej menutup pintu sekali.

"Iye encik, cari apa tu?" Iman menghampiri Haziq yang kini berada di hadapan pintu. Berura-ura hendak membuka pintu ataupun tidak.

"Manager kau ada?"

"Ada. Tapi dia tak nak jumpa encik." Jawab Iman dengan senyuman meleret.

"Ada aku kisah." Baru sahaja Haziq ingin memulas tombol pintu, tangannya ditahan oleh Iman. Senyuman masih lagi diberikan kepada Haziq.

"Kau buat apa ni?" Mencerlung mata Haziq memandang kearah Iman. Mungkin tak sangka dengan tindakan yang dilakukan secara tiba tiba.

"Kan saya dah cakap, manager saya tak nak jumpa encik. Are you deaf or lack of commen sense?"

"Apa maksud kau ha?" Kini tangan Haziq sudah mencapai kolar baju Iman membuatkan Iman sedikit terkejut. Tetapi segera dia mengawal semula ekspresi wajahnya.

"It's mean you're such a looser. Arahalia Dafisyah tak layak bercinta dengan lelaki looser macam kau. Spazzatura!" Bisik Iman dengan senyuman sinis.

'Ah! Rasa stylo gitu. Tak sia-sia aku belajar bahasa Itali walaupun sikit. Hahah!' Sempat lagi Iman memuji dirinya sendiri.

Perlahan lahan Haziq melepaskan kolar baju Iman. Walaupun perlahan tapi mampu di dengar olehnya.

"Oh iye, kalau encik nak tau, encik duduk di tempat yang sangat sempurna. Setakat nak record kekerasan yang encik buat pada saya tadi dan bagi pada pihak polis semudah ABC je." Iman senyum meleret sambil menunjukkan kamera cctv yang betul betul menghadap kearah mereka.

Haziq ketap bibir.

"Bila kita jumpa kat luar nanti jangan harap aku nak bagi muka dekat kau."

"Tu pun kalau encik bernasib baiklah."

Ting tong!

"Terima kasih. Datang lagi." Laung Iman apabila Haziq telah selamat keluar dari store. Senyuman mengejek masih lagi terhias di bibirnya sebelum Ara memunculkan diri.

"Kau okay tak ni? Aku nampak dia macam nak tumbuk kau tadi?" Laju aku bertanya. Risau juga sebab aku Iman pecah muka.

"Dia takkan berani la tumbuk aku nyah. Kau tak nampak tu ha?" Iman menunjuk kearah kamera cctv sekali lagi.

"Sebabtu ke dia blah?"

"Haah. Dah lah pergi buat kerja kau sana."

"Halau nampak." Aku cebik bibir.

"Btw thanks tau Iman!" Aku sengih sebelum berlalu masuk meninggalkan Iman di kaunter.

"Nasib baiklah kawan." Sempat Iman bebel sendiri.

************************************************

Aku memandang skrin komputer di hadapan. Baru sahaja masuk kerja mood bosan terus keluar. Ingatkan dapatlah berehat lama sikit dekat rumah. Rupa-rupanya harini terus dikerahnya untuk bekerja. Bukan tak bersyukur terus ada kerja, tapi tulah kadang-kadang nak berehat lama sikit juga.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now