4

891 25 0
                                    

IOI City Mall, Putrajaya

Disebabkan harini hari cuti aku, makanya aku mengambil keputusan untuk mencuci mata sedikit. Ngam gaji pun masuk, apalagi shopping lah. Boleh cari baju untuk minggu depan.

Ummi cakap minggu depan kawan ummi ajak datang rumah. Ada makan-makan. Senang cerita nak kenalkan semula aku dengan si Adrian tu. Maklumlah dah 14 tahun tak jumpa. Kalau terjumpa tepi jalan beluk tentu perasan.

Ingatkan nak ajak Haziq, tetapi dia kata tiba-tiba dapat emergency call untuk kerja. Makanya harini kita solo saja.

Sedang mata meliar melihat pakaian di Brand outlet, mata aku tertancap kepada sepasang kekasih yang berada di outlet victoria secret itu. Sekali pandang macam mustahil. Tetapi apabila sudah berkali kali pandang, sah memang dia!

Walaupun jantung macam nak pecah, tetapi digagahkan juga kaki untuk melangkah menuju kearah pasangan bahagia itu. Lebih kepada inginkan kepastian yang aku tengok tu realiti ataupun ilusi.

"Haziq?" Cukup sahaja lelaki itu berpaling, jawapannya sudah ada di hadapan mata. Aku mengetap bibir. Air mata yang hampir menitis aku tahan.

"You kenal ke perempuan ni biey?"

"Kejap tau sayang." Terbuntang mata aku dibuatnya. Sayang? Aku ingatkan dia cakap dekat aku sorang je. Rupa-rupanya.....

Lengan baju aku ditarik lembut supaya menjauhi wanita rambut berkarat tadi.

"Lepaskan lengan baju saya." Aku bersuara perlahan. Muka menunduk ke bawah.

"Saya boleh explain." Aku angkat muka. Senyuman sinis dihadiahkan buat lelaki itu.

"How? Awak nak cakap yang awak keluar dengan dia sebab kerja? Then why should you call her 'sayang'? Dan kenapa dia bahasakan awak biey? Macam tu kerja ke?" Perkataan sayang dan biey sengaja ditekankan.

"No."

"Then what? Tell me Haziq."

"I do love her. Tapi tu dulu. Tapi sejak saya jumpa awak, hati saya jatuh pada awak pula. Sebabtu saya bawak dia kat sini. Untuk saya tamatkan semua dan pergi dekat awak." Aku diam. Speechless sangat dengan penerangan Haziq. Semudah itu hati dia berubah?

"Wah! Maksudnya selama saya dengan awak ni, awak memang dah ada yang lain la macam tu?"

"Exactly. Tapi hati saya pada dia dah kosong. Saya dah bagi semua dekat awak. Percayalah." Aku senyum sinis.

"Kita putus!" Walaupun berat untuk dilafaz tapi itulah keputusan yang terbaik. Mungkin.

"What? Of course no!"

"Saya tak perlukan lelaki yang mudah berubah hati macam awak. Kalau dengan dia pun awak berani curang bila jumpa perempuan lain, tak mustahil awak akan buat perkara sama pada saya."

"No. Saya tak akan curang. Saya janji."

"Awak simpanlah janji awak tu untuk perempuan lepas saya. " Lengan aku disambar laju apabila aku seakan hendak berlalu.

"No Ara. I can't do that. Please don't go." Suara rayuan daripada Haziq hampir sahaja telah meruntuhkan benteng keras yang aku buat sebentar tadi.

"Lepaskan sebelum saya jerit kat sini." Haziq memandang sekeliling sebelum melepaskan tangan aku. Dengan langkah yang lemah, aku terus meninggalkan Haziq. Air mata yang ditahan menitis jua.

Tak sangka percintaan aku yang pertama akan gagal sebegini. Ingatkan dia untuk aku, rupanya hanya ujian.

Aku cuba untuk terima dengan redha.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now