37

491 15 7
                                    

Sejak kejadian malang yang menimpa aku, hubungan aku dengan Adrian semakin renggang daripada hari ke hari. Sepatah kata pun dia tidak bercakap dengan aku, apatah lagi makan masakan yang aku masak. Balik rumah lewat malam, pergi kerja awal pagi. Memang mengelak tanpa selindung. Segalanya sangat jelas dan nyata. Pernah sekali aku cuba untuk berbincang dengan Adrian, tetapi laju sahaja dia mengambil kunci kereta dan keluar daripada rumah. Betul-betul dah bencikan aku agaknya.

Hari ini aku agak kurang sihat. Walaupun hari-hari sama je, tapi kalini makin menjadi-jadi pula. Perutnya sakit bagai dicucuk-cucuk. Jangan apa-apa jadi pada anak aku adalah. Tidak dinafikan aku agak tertekan, tetapi aku cuba sebaik mungkin untuk kekal tenang, demi anak aku.

"Akak tak sihat ke? Muka pucat je tu?" Milah bertanya risau.

"Akak okay." Jawab aku lemah.

"Akak pergi lah cek, ambil Mc. Kerja akak saya yang siapkan. Tak apa, bukan tak biasa kerja sorang. Lagiun kejap lagi Lia nak masuk dah."

Aku menerima cadangan Mila dengan terbuka. Lebih baik cek sebelum jadi apa-apa. Tetapi baru sahaja aku bangun daripada duduk, tiba-tiba semuanya jadi berputar dan kelam.

"Akak, akak okay tak ni? Akak?" Hanya sampai situ sahaja yang aku dapat dengar sebelum semuanya diam. Sunyi  dan sepi.

~Klinik berdekatan tempat kerja~

Aku membuka mata perlahan-lahan. Keadaan sekeliling aku pandang. Ada seorang nurse sedang memeriksa iv drop. Iv drop? Aku punya ke?

"Saya kat mana?" Aku bertanya lemah.

"Puan dah sedar? Kejap saya panggilkan doktor." Nurse itu berlalu meninggalkan aku. Selang beberapa saat, Doktor wanita itu datang kearah aku dengan riak wajah yang risau.

Setelah menerangkan itu dan ini. Aku menunduk lemah. Aku tahu, aku terlalu sedih sehingga mengabaikan satu-satunya zuriat yang bakal lahir ini. Walaupun aku cuba kuat, tetapi ada masanya sakit itu terlalu dalam untuk aku menahan seorang diri.

"Awak." Aku terpaku seketika apabila melihat Adrian di hadapan aku. Ya ALLAH rindunya aku dekat dia.

"Aku nak tanya satu soalan." Hambar

Aku diam.

"Anak tu, anak aku ke?" Aku mati kata. Soalan daripada Adrian ibarat panah yang memetir tepat ke jantung aku. Sakitnya tidak terkata. Sampai hati dia tanya soalan macam tu dekat aku?

"Sampai anak dalam perut saya pun awak tak percaya Adrian?" Aku senyum nipis sambil mengusap lembut perut aku yang masih kempis.

"Aku tanya, anak aku ke?"

"Kenapa awak tanya kalau awak tak percaya?"

"Sebab aku tak nak jadi pak sanggup. Jadi bapak untuk anak haram." Airmata yang ditahan akhirnya jatuh jua. Kalau dia tuduh aku, aku masih boleh bertahan. Tetapi kalau sampai anak dia sendiri pun dia tak nak mengaku, apa yang aku boleh buat lagi?

"Ceraikan saya."

"Kenapa? Nak balik semula dengan budak tu? Langkah mayat aku dulu." Adrian senyum sinis sebelum berlalu.

"Ya ALLAH, beratnya ujian yang kau datangkan buat aku. Sakitnya!" Aku menepuk-nepuk dada aku sekuat hati sebelum nurse yang berada di situ menghalang.

***************************
"Kenapa Ad tak nak lepaskan Ara tu? Dah jelas-jelas kan dia tu curang?" Amelia menghirup air Fresh orangenya yang berada diatas meja. Kebetulan dia terjumpa dengan Adrian di sini. Dia tahu cerita itu pun sebab terdengar perbualan Adrian dengan Hayrul tempoh hari. Dia terkejut sampai tak tahu nak cakap apa. Tetapi pada masa yang sama cuba untuk mencari ruang dekat semula dengan lelaki itu.

Wajah sayu Adrian dipandang lama. Makin lama dipandang, makin kasihan. Nampak sangat serabut dan tidak teratur.

"Ad, dengar tak Mel cakap ni?" Rengek Amelia manja. Tetapi sedikit pun tidak menarik minat Adrian. Fikirannya kini merewang jauh pada Ara.

'Betul ke apa yang aku buat ni?' Entah kenapa soalan itu keluar di benaknya.

"Dia takkan dengar la cakap kau. Dah pergi sana." Hayrul terus menghalau Amelia pergi daripada situ. Jelas riak tidak puas hatinya. Tapi ada dia kisah? Yang harus di kisah sekarang sahabatnya yang sorang ni.

"Sampai bila kau nak macam ni?" Hayrul bertanya malas. Puas dah nasihat, tapi satu pun tak masuk akal.

"Kau tak faham. Kau tak ada kat tempat aku." Masih lagi jawapan yang sama.

"Kau ada tanya Ara apa sebenarnya yang jadi? Kenapa dia boleh ada kat situ? Ada kau minta penjelasan dia?"

"Penjelasan apa lagi Rul. Benda dah ada bukti pun."

"Lepastu kenapa kau macam ni? Kalau kau tak boleh nak terima dia, ceraikan je dia daripada kau seksa dia macam ni. Kau pun tak adalah terus makan hati kan? Senang." Hayrul senyum sinis.

Adrian memandang tepat kearah anak mata kawannya.

"Lepastu kau boleh pergi kat dia pula? Jangan harap!"

"Dah kau tak boleh nak jaga dia. Biar aku yang jaga. Kalau bukan aku pun, kat luar tu ramai lagi yang boleh jaga dia lebih baik daripada kau sekarang."

"Kau jangan serabutkan kepala aku lagi boleh tak? Rimas!" Adrian terus berlalu.

"Sendiri cari masalah, sendiri pening." Hayrul

*****************************
Aku memandang ummi dan ayah silih berganti. Selepas menceritakan semuanya, ummi menangis tanpa henti. Tidak pernah terlintas di fikiran hendak membuat mereka risau, tapi aku tiada tempat hendak dituju lagi. Hanya di sini yang ada. Bersama keluarga aku.

Abang Ash ketap bibir menahan geram. Manakala ayah pula hanya diam membisu. Mungkin tidak sangka semua ini berlaku pada anaknya.

"Kalau aku dapat si Adrian tu memang pecah muka dia." Bentak Abang Ash sambil menggengam penumbuk.

"Ash..." Ayah bersuara meleret. Cuba mententeramkan hati anak bujangnya.

"Adik tak tahu kenapa semua ni jadi pada adik. Adik tak tahu." Aku menangis di dalam pelukan ummi. Terasa semua bebanannya terlerai setelah meluahkan segalanya pada ummi dan ayah.

"Tak apa, kami ada. Ara tak sorang-sorang nak." Ummi mengelus lembut belakang badan aku. Makin kuat aku menangis menahan sebak.

Setelah semuanya tenang, ayah mula bersuara.

"Lepasni Ara nak buat apa?"

Aku diam.

"Adik nak duduk dengan Mak Lang boleh?"

"Ara nak lari ke? Ayah bukan tak sokong, tapi tak elok belakangkan suami."

"Suami apa macam tu abang? Tak percayakan isteri dengan anak sendiri?" Betah ummi tiba-tiba.

"Ummi, ayah. Adik bukan lari. Adik cuma perlukan masa untuk rawat hati Adik. Untuk Adik terima apa yang dah jadi. Sekarang ni Adik tak kuat. Sakit sangat ummi. Adik harap ummi dengan ayah faham. Bila tiba masanya nanti, Adik akan tuntut fasakh dekat Adrian. Sebab Adik tau Adrian takkan boleh terima Adik lagi."

"Kalau dia nak lagi pun, jangan harap abang nak terima dia balik." Abang Ash terus berlalu meninggalkan kami. Aku tahu perasaan abang sama seperti ummi dengan ayah. Salah satu anak perempuan dan adik perempuan jadi begini, keluarga mana yang tak sedih? tak emosi? Tetapi tak ada apa yang aku boleh buat sekarang. Nak bercakap pun bagaikan mati kata, macam mana pula hendak pertahankan diri?

"Nanti ummi cakap dengan Mak Lang." Aku senyum nipis.

Dapat jauh daripada Adrian pun dah cukup baik untuk aku. Tak saggup rasanya hendak melihat wajah Adrian lagi. Hatinya cukup sakit apabila dia tidak mengaku ini adalah anaknya. Sanggup dia tuduh yang bukan-bukan.

Tak apalah, setiap kesusahan yang terjadi pasti akan terselit keindahan di hujungnya. Aku cuba positifkan diri sebanyak yang mungkin.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now