14

565 19 0
                                    

"Ara, kau nak pergi mana?" Laungan Adrian langsung aku tidak hiraukan. Yang penting sekarang ni aku nak pergi. Makin lama aku duduk sini, boleh jadi gila.

"Arahalia Dafisyah, kau dengar tak aku panggil ni?!" Adrian.

Langkah aku terhenti. Aku memandang kearah Adrian yang tidak jauh daripada aku dengan pandangan tajam.

"Adrian, mulai harini saya tak nak ada apa-apa kaitan lagi dalam hidup awak. Jadi awak tolong jangan cari saya lagi." Aku memandang tepat kearah anak mata Adrian. Begitu juga dengan Adrian. Langsung tidak berkelip memandang kearah aku.

"Why should I do that? Any specific reason?" Adrian.

"Sebab saya tak suka awak."

"So childish Ara. Ke sebab Nisha? Awak cemburu?" Adrian gelak sinis.

Aku senyum meleret.

"Saya cemburu? For what? Any specific reason Ryan?"

"Just call me Adrian. Not Ryan. It does't suit you."

"Kenapa? Cuma Nisha je yang boleh?"

"Kau rasa Nisha je ke yang panggil aku Ryan?" Aku diam. Bila difikirkan balik, hampir semua orang memanggil Adrian dengan panggilan Ryan.

"Then why should I can't?"

"Special person should stay special. It makes you different from others. So just be different, it makes you special." Adrian.

Aku diam.

"Tapi saya tak nak jadi perampas. Awak jaga elok-elok kekasih hati awak tu. Saya pergi dulu." Aku senyum hambar sebelum berlalu. Kebetulan Iman juga sudah berada di situ. Laju aku melangkah memasuki perut kereta sebelum Adrian mengejar.

**************************************
Kami diam agak lama. Iman pula hanya fokus pada pemanduannya. Tidak pula dia bertanya itu ini seperti selalu. Mungkin hendak memberi ruang kepada aku hendak tenangkan diri. Semuanya berlaku dengan pantas. Pergi reunion dengan Adrian, tiba-tiba terjumpa Haziq dan dituduh sebagai perampas. Dalam masa satu jam je perasaan aku dah huru hara. Tu belum lagi dengar luahan secara tidak langsung daripada Adrian. Ya ALLAH penat sungguh.

"Sorry sebab dah susahkan kau." Aku membuka bicara setelah hati mulai reda.

"Memang pun. Nasib baik aku ni memang jenis tak sibuk. Kalau tak menangislah kau sorang-sorang dalam grab nanti."

"Bila masa aku menangis?" Aku juling mata keatas.

"Luaran memanglah tak nampak. Aku kenal kau bukan baru sehari dua nyah. Tak payah lah nak tipu aku." Aku diam.

"Ha kalini apa kes pula? Si Adrian tu buat apa kat kau?"

"Dia tak buat apa-apa. Cuma aku terjumpa si Haziq kat situ." Tanpa salam dan amaran, Iman terus brek mengejut di tepi jalan. Dah macam cerita korea pula vibes dia. Nasib baik pakai seatbelt. Kalau tak memang cium dashboard la jawabnya.

"Kau gila ke Iman? Nak mati sorang-sorang. Jangan heret aku sekali." Bebel aku laju. Iman gelak kuat. Dah nak terbang nyawa pun siap gelak.

"Sorry sorry. Tindakan luar kawalan."

"Banyaklah kau!"

"Kenapa kau boleh jumpa lelaki tak guna tu kat situ?" Iman bertanya setelah mula memandu semula.

"Dia satu kolej dengan si Adrian tu." Maka bermula la cerita aku daripada mula sampailah si Haziq tu buat perkara menjengkelkan tu pada aku.

"Berani-beraninya dia buat macam tu kat kau! Kau nak aku tumbuk dia tak? Biar dia berpelajaran sikit lepasni." Iman berkata sambil mengepal penumbuknya. Untuk sesaat Iman yang lembut hilang buat seketika.

"Aku risau kau yang kena tumbuk balik." Aku gelak.

"Haah eh! Muka aku dah la hesmes." Sempat memuji diri sendiri.

"Sudah lah kau."

"Ni kau nak makan tak nyah? Ke sempat makan sebelum kena provoke tadi?"

"Boleh juga. Tak lalu aku nak makan tadi. Banyak sangat haters." Aku geleng kepala. Rasanya malam ni malam paling buruk sekali dalam hidup aku.

"Elok sangat lah tu. Aku pun belum makan."

"Kau kalau dah makan pun bukan tahu keyang. Lapar memanjang."

"Makan tu kan kebahagiaan aku." Kami gelak. Hilang segala masalah setelah berjumpa dengan Iman. Sebabtulah agaknya aku dengan Iman berkawan sampai sekarang. Dialah kawan, dialah penenang hati aku.

*********************************
Aku melihat nama yang tertera di skrin telefon. Ia bagaikan dejavu. Teragak-agak hendak menekan butang panggil.

"Tapi kalau call nak cakap apa pula? Nak terangkan situasi sebenar? Tapi kalau tetap tak percaya macam mana?" Ngomel aku sendiri.

"Haih along bukan main lagi termenung. Teringatkan buah hati haritu ke?" Qalisha gelak kecil.

Punggungnya dihenyak diatas sofa bersebelahan aku sambil makan kuaci. Bahagia betul adik aku ni sejak dah balik sini. Tak ada langsung niat nak cari kerja ke apa. Tapi duit sentiasa masyuk.

"Siapa?" Aku meletakkan telefon diatas meja dan mula mengadap kerja yang sudah terbentang di hadapan mata.

"Kak Nisha tu la. Ke along dah ada kekasih hati lain? Siapa? Tak nak kenalkan kat Qal ke?"

"Mengarutlah. Ingat along ni banyak masa ke macam Qal? Siap boleh makan kuaci lagi. Banyak lagi benda yang along kena fikir." Qalisha gelak. Tidak dinafikan masa adiknya memang terlalu banyak.

"Inilah kelebihannya jadi anak perempuan alongku." Aku mencebik. Banyaklah. Sekarang ni lelaki dengan perempuan dah sama rata tau.

"Terlalu banyak alasan iye adikku."

"Jadi betullah along ada kekasih hati lain? Bukan Kak Nisha?" Sekali lagi soalan itu diajukan pada aku.

"Kenapa nak tau sangat pasal ni?"

"Iyelah, Qal bukanlah nak halang siapa yang abang nak suka tapi cuma tu lah Qal tak berapa berkenan sangat dengan Kak Nisha tu. Dia terlalu annoying." Qalisha buat muka.

"Iyeke?"

"Iyee. Sebab tu Qal tak berkenan sangat."

"I see. Dah lah jangan kacau along buat kerja. Qal nak tengok korea kan? Ha sila-sila. Along tak nak tengok pun."

"Kenapa buat kerja kat sini? Selalu nak nampak bayang pun susah."

"Along rasa soalan tu lebih sesuai untuk Qal." Qalisha gelak. Mungkin sedar apa yang aku cakap tu betul.

"I think so."

Aku senyum kecil. Ada sahaja adiknya ni. Dah besar tapi perangai budak-budak tu ada lagi. Ke perempuan memang takkan membesar? Haha

"Jarang mama tengok anak-anak mama duduk sekali ni." Sapa Pn Emilda sambil membawa dulang berisi kuih seri muka ke ruang tamu.

"Rindu nak tengok muka hesmes along ma. Sebabtu Qal turun ni."

"Tu la, mama pun dah lama tak nampak mula Qal. Sibuk sangat iye kat bilik tu?" Aku gelak kecil mendengar sindiran mama terhadap Qalisha.

"Amboi ma sampai jantung rasa dia ni."

Kami gelak sakan. Memang dah lama rasanya tak berkumpul macam ni. Makan pun asing asing sebab masing masing terlalu sibuk dengan kerja. Sayangnya papa tiada harini. Kalau papa ada memang lengkap lah keluarga aku harini.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now