29

600 19 2
                                    

Alhamdulillah sudah genap tiga bulan usia perkahwinan kami. Hubungan aku dan Adrian juga semakin baik. Kalau gaduh pun setakat gaduh manja gitu. Tak sampai berapa minit baik semula. Lagipun kami dah berjanji untuk menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Ia satu permulaan yang baik untuk kami.

"Lauk ni nak letak mana mama?" Aku bertanya laju.

Disebabkan tetamu semakin ramai membuatkan kami agak kelam kabut sedikit. Harini merupakan hari ulangtahun perkahwinan mama dengan papa. Tu yang mereka buat kenduri doa selamat dan makan-makan.

"Letak je atas meja tu. Nanti pandai Ad letak." Terang mama. Aku hanya mengangguk tanda faham.

Langkah aku terhenti apabila bola mata aku tertancap kearah suami aku. Suami aku dengan Amelia. Iye! Amelia ada dekat sini. Daripada petang tadi.

Flasback

"Assalamualaikum." Semua mata memandang kearah suara tersebut

"Waalaikumsalam. Eh Mel. Ya Allah lamanya tak jumpa. Mama dengan papa sihat ke?" Ramah puan Emilda bertanya. Macam mana keluarga Adrian dengan Amelia boleh rapat? Ha lepas je aku berpindah, keluarga Amelia yang pindah masuk kat situ. Ayah jualkan rumah itu pada keluarga Amelia yang kebetulan sedang mencari rumah. Sebab sebelum ni duduk rumah sewa je.

Sejak dari tu memang selalu la bersama. Itulah yanh diceritakan Adrian pada aku lepas perjumpaan dengan Amelia secara tiba tiba tiga bulan lepas.

"Alhamdulillah dia orang sihat je. Tapi tu la tak dapat datang sebab outstation." Terang Amelia setelah menyambut lembut tangan mama untuk bersalam.

"La iyeke? Ni kenapa awal sangat datang? Majlis mula lepas magrib tau. Ad tak bagitau ke?" Aku agak tersentak apabila nama suami aku disebut. Adrian contact Amelia? Sejak bila? Kenapa aku tak tahu?

"Ada je aunt. Cuma tulah, saja nak tolong apa yang patut. Nanti tak adalah aunt penat sangat. Nak harapkan Ara sorang apa sangatlah aunt."

"Eh apa pula macam tu. Mel kan tetamu. Tak apa aunt dengan Ara okay je. Lagipun aunt tempah catering je. Ad dengan uncle tu pun ada."

"Ala tak apa. Mel tak kisah pun aunt. Mel lagi suka dapat tolong aunt." Amelia memaut lengan mama sambil tersenyum lebar. Aku? Tak tahu hendak memberi reaksi apa.

"Degil betul budak ni. Iyelah, nak tolong, tolong la iye. Aunt nak kebelakang dulu."

"Ha iye, Ad kat mana aunt? Mel tak nampak pun?"

"Pergi kedai. Kejap lagi balik la tu." Laung mama dari dapur.

Amelia sempat memberikan senyuman sinis kearah aku sebelum berlalu. Apa masalah eh?

**********************************
"Berangan apa budak?" Sergahan daripada Abang Ash membuatkan aku sedikit tersentak.

"Eh abang! Terkejut adik." Aku mengurut dada yang sedikit berombak. Tak tahu sebab terkejut atau sebab melihat suami aku sedang bertepuk tampar dengan perempuan lain.

"Siapa tu? Macam rapat je. Sepupu Adrian ke?"

"Kawan." Jawab aku sepatah. Abang Ash kerut dahi.

"Kawan? Rapat macam tu?"

"Mungkin sebab dah berkawan daripada rahim, sebabtu macam tu." Jawab aku bersahaja.

"Wuish lain macam. Nak abang kacau daun tak?"

"Mengarut je. Dah pergi dekat ummi sana. Kejap lagia adik datang makan sekali." Halau aku. Lebih baik makan nasi dengan keluarga sendiri daripada makan hati dengan suami.

"Baiklah budak." Abang Ash berlalu.

Walaupun aku tak nak ambil kisah tetapi mata aku tetap pandang kearah mereka. Apa saja la yang dibualkan sampai kena bertepuk tampar macam tu. Kelakar sangat ke? Nak tahu juga.

Aku juling mata keatas tanpa sedar.

"Kawan Ryan ke tu?" Sergah Hayrul tiba tiba. Aku istighfar panjang. Kalau selalu terkejut macam ni jangan tanya kenapa kalau tiba tiba kena sakit jantung!

"Ish awak ni. Terkejut saya."

"Sorry my bad,"

"Tu kawan Ryan ke? Tak pernah nampak pun." Hayrul bwrtanya lagi.

"Kenapa semua tanya saya? Kenapa tak tanya Adrian sendiri?!" Aku membentak tanpa sedar. Hayrul yang agak terkejut dengan perubahan emosi aku angkat kedua tangannya. Surrender.

"Awak marah ke?" Aku mengeluh perlahan.

"Maaf."

"Eh jangan minta maaf. Awak tak salah. Yang salah Ryan. Kalau saya jadi awak pun saya akan buat benda sama. Mungkin lagi teruk lagi." Hayrul

"Awak kawan Adrian ke kawan saya ni? Kenapa tak nak backup kawan baik awak tu?"

"Dia salah, tak ada sebab nak backup. Saya memang tak baik, tapi kalau saya dapat isteri macam awak, insyaallah saya akan cuba sebaik mungkin untuk jadi yang terbaik." Aku telan liur. Hayrul ni pun kadang kadang ayat dia cringe mengalahkan suami aku sendiri.

"Tapi jangan salah faham. Saya tak ambil kawan punya." Hayrul gelak kecil.

"Lagi lagi bila orang tu Ryan. Saya tak ada masa nak gaduh dengan dia sebab perempuan."

"Wuuu gentleman?"

"Of course!" Kami gelak kecil. Tanpa sedar kami telag diperhatikan daripada jauh dengan pandangan tidak puas hati.

*************************************
Aku menghempaskan tubuh diatas katil. Leganya dapat luruskan badan. Lepas sahaja menunaikan solat isyak, aku terus terperap di bilik. Kerja pun semua dah siap. Keluarga aku pun sudah pulang ke rumah. Malas pula nak join borak kosong kat bawah. Kalau tak ada Amelia mungkin aku akan pertimbangkan. Tapi bila ada, aku rasa ini adalah keputusan yang paling tepat.

Pintu bilik dikuak perlahan. Terjegul wajah penat Adrian di muka pintu.

"Tak nak turun ke?" Adrian

Aku menggeleng laju tanpa memandang kearah Adrian. Aku masih lagi marah dengan kejadian siang tadi.

"Kenapa? Sebab Hayrul dah balik?" Laju aku memandang kearah Adrian.

"Apa maksud abang?" Aku bertanya laju.

"Iyelah, manalah tau kalau terus tak ada mood bila dia dah balik?"

"Just straight to the point."

"Petang tadi bukan main suka lagi borak dengan dia? Borak apa je?"

Soalan daripada Adrian mengundang tawa daripada aku. Kelakar juga suami aku ni.

"Sekurang-kurangnya saya tak adalah sampai bertepuk tampar macam awak tadi." Jawab aku sinis.

Adrian diam sebelum menutup pintu bilik dan menghampiri aku. Takut orang dengar ke? Huh

"Mel tu kawan saya Ara. Tak perlu nak cemburu."

"Ooo berkawan tu satu tiket ke untuk bertepuk tampar?"

"Jangan jadi budak budak boleh tak Ara? Benda kecik je, tak payah nak besarkan."

"Siapa yang mula dulu? Saya ke awak?"

"Dah Ara."

"Kenapa? Tak tahu nak jawab apa dah? Dah mati kutu dengan alasan?"

"I said enough Ara. Saya tau awak penat. Awak rehat okay. Nanti saya bagitau mama yang awak tengah rehat." Adrian terus berlalu meninggalkan aku. Tanpa sedar air mata aku jatuh. Jantung yang agak sesak aku tepuk kuat. Sakitnya hanya Allah yang tau.

Apabila salah sendiri terbuka, terus lari tanpa kata. Tapi apabila salah orang yang kelihatan, berkata tanpa berfikir. Itulah manusia.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now