28

628 20 1
                                    

Keluhan nipis aku lepaskan. Sejak Iman keluar daripada sini, hidup aku agak sunyi. Bukan tak rapat dengan staff lain, okay je. Cuma lebih selesa dengan Iman. Tapi nak buat macam mana, orang nak berhenti takkan nak tahan. Mungkin ada peluang yang lebih baik kat luar sana. Takkan nak kerja 7E sampai bila-bila kan? Bakal mak mentua pun pandang sebelah mata.

Aku sengih sendiri memikirkan andaian yang dibuat-buat.

"Sengih sorang-sorang. Gila ke nyah?" Aku terus berpaling kearah suara tersebut. Kelip kelip aku pandang kearah si penegur.

"Apa kelip-kelip mata macam tu? Kau ingat kau comel ha?"

"Iman! Rindunya kat kau." Aku melompat keriangan tanpa sedar. Nasib baik tiada customer. Kalau ada, sah dipanggil budak tak betul.

Iman mencebik.

"Beriya la kau nyah!"

"Eleyh tak rindu aku la tu?" Aku juling mata keatas.

"Eh gila tak rindu minah tak betul macam kau ni nyah. Tapi aku tak adalah gila sangat sampai nak lompat-lompat."

"Biasalah perempuan. Kau apa tau? Kau lembut je macam perempuan."

"Tapi aku masih jantan okay!" Masih lagi tidak mahu kalah.

"Dan tak nak kalah!" Sambung aku.

"Tau pun."

Aku gelak kuat.

"Kau macam mana sekarang? Adrian jaga kau elok ke tak?" Iman.

"Elok je. Aku yang jahat dengan dia." Aku muncung.

"Kau curang dengan dia nyah? Serieslah!" Terbuntang mata di buatnya.

"Ish kau ni. Bukan curang. Ingat aku jahat sangat ke nak curang dengan lelaki sebaik dia tu ha?" Aku buat muka.

"Lah tadi kata jahat. Sekarang tak jahat pula. Pening la aku dengan kau ni." Iman juling mata keatas.

"Aku tak tahu lah nak terangkan macam mana."

"Kalau tak tahu nak cerita, bagi kesimpulan jela."

"Kesimpulan?" Aku kerut dahi. Tak faham.

"Rendah betul IQ kau ni. Kesimpulan lah nyah. Kau bahagia ke tidak?"

"Ha So far okay je. Aku pun dah makin selesa dengan dia dan aku dah ambil keputusan untuk cuba jadi isteri yang terbaik untuk dia." Aku senyum lebar.

"Cehh! Ingat sweet ke nyah?" Iman buat muka. Dalam hatinya bersyukur sebab Ara sudah temukan kebahagiaan sendiri. Walaupun kadang-kadang cakap tak suka tapi sebenarnya memang dah sayang.

"Aku datang ni nak say goodbye kat kau." Iman senyum. Iye dia datang memang nak ucap selamat tinggal. Sudah tiba masanya untuk dia pergi daripada hidup Ara.

Kawan? Bukan tak sayang dengan persahabatan. Tapi percayalah tiada seorang suami pun akan suka isteri dia berkawan baik dengan insan bernama lelaki. Termasuk juga dirinya sendiri. Sebab sesuatu perhubungan juga bermula dengan title kawan.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now