Tiga hari di Cameron Highland bagaikan sehari sahaja. Tau-tau saja cuti dah habis. Nasib baik kami sempat habiskan masa bersama tanpa gangguan sesiapa. Sejak kejadian malam itu, Amelia terus check out tanpa kata. Aku tak tahu apa motif dia, tapi aku bersyukur. Tiada lagi gangguan yang menanti mereka di sini.
Sebelum balik, kami sempat membelikan cenderahati buat keluarga. Balik ni Adrian kata nak singgah rumah ummi. Bermalam di sana. Aku apa lagi, senyum sampai telinga lah. Walaupun tiap dua minggu sekali pulang, tetap tak sabar nak jumpa mereka.
"Senyum sampai telinga nampak." Sakat Adrian.
"Mestilah. Nak balik rumah ummi. Nak jumpa ayah. Jumpa abang." Aku sengih lebar.
"Sayang." Aku memandang Adrian yang sedang memandu.
"Hm."
"Abang nak minta maaf sebab tak boleh jadi yang terbaik sepanjang kita kat sini."
"Tak apa. Benda dah lepas." Jawab aku laju. Tak ada sebab nak ungkit pun. Aku tak nak gaduh. Cukup aku percaya Adrian, aku akan cuba untuk lupa perkara yang tidak sepatutnya.
"Abang minta maaf."
"Ish tak apa. Tiada siapa salah pun. Anggap je ni ujian untuk kita. Ara marah sebab Ara sayangkan abang. Tapi Ara sentiasa percayakan abang. Jangan risau okay?"
"Terima kasih sebab percayakan abang."
"Eh mestilah. Siapa lagi nak percaya abang kalau bukan Ara kan?" Aku sengih.
Tangan aku digenggam kuat. Aku senyum memandang Adrian. Begitu juga dia sebelum mata kembali fokus pada pemanduannya.
Tanpa sedar aku terlelap. Mungkin penat sangat. Penat emosi lain, penat berjalan.
***************************
Tepat jam enam petang, kami tiba di Sabak Bernam dengan selamat. Aku terus memeluk erat ummi. Entah kenapa dia perlukan pelukan ummi sekarang. Hampir sahaja dia menangis, tapi cuba ditahan. Tidak mahu membuat mereka sedih."Abang mana ummi?" Aku bertanya apabila tidak melihat kereta Abang Ash di halaman rumah.
"Kerja. Tak balik lagi. Harini ada program. Tu yang balik lambat sikit." Terang ummi.
"Ummi dengan ayah sihat ke?" Adrian bertanya ramah.
"Alhamdulillah." Mereka jawab serentak.
"Eh masuk-masuk. Apa borak kat luar." Pelawa ayah. Kami menurut tanpa banyak kata.
Selesai makan malam, kami bersantai di ruang tamu rumah sambil menikmati minum malam. Abang Ash juga sudah pulang ke rumah sekitar 7:30 malam tadi.
"Dah lama rasanya tak berkumpul macam ni. Selalunya kalau Ara balik, si Ash ni ada je programnya." Ayah bersuara, membuka bicara.
"Hari minggu memang banyak program. Ash pun sampai dah lupa macam mana muka budak ni." Abang Ash gelak kecil. Aku mencebik.
"Beriya la abang ni." Mereka gelak.
"Macam mana? Mana anak buah abang?" Bisik abang Ash di telinga aku. Nasib baik tak tersembur air yang aku minum. Kalau tak sah terkena muka Adrian yang ada depan mata.
"Ha kenapa tu Ara sampai tersedak? Suami depan mata je. Siapa yang panggil tu?" Selar ummi yang dari dapur sambil menatang dulang berisi keropok lekor.
"Abang ni ha. Tak betul." Aku jeling tajam.
"Minta anak buah pun kata tak betul."
"Abang!" Abang Ash gelak sakan membuatkan sekeliling aku juga ikut gelak.
"Adrian, terima kasih sudi terima dan jaga Ara bagi pihak kami. Walaupun Ara ni degil, tapi ayah harap kamu bersabarlah iye. Degil budak ni kadang susah nak hadap kan?" Ayah gelak kecil.
"Ayah apa ni."
"Betul apa kan Adrian?" Sambung ayah.
"Sikitlah. Kalau dah merajuk tu, nak tengok dia senyum balik pun payah." Sokong Adrian sambil gelak.
Aku muncung. Tak puas hati.
"Ara kat depan mata pun sempat bergosip."
"Okay lah tu bergosip depan-depan. Daripada belakang dapat dosa je." Sampuk Abang Ash pula.
"Sejak bila abang backup si Adrian ni?"
"Eh mestilah abang backup, nanti dia kan yang nak bagi abang anak buah."
"Dengar tu sayang. Semua dah tak sabar nak tunggu anak kita." Adrian senyum nakal.
Muka aku mula la rasa tebal. Malu!
"Ish bincang apa ni. Tak dengar-tak dengar." Aku tutup telinga. Hasilnya semua orang gelakkan aku. Tak aci. Kenapa semua sokong Adrian. Siapa anak ummi dengan ayah ni sebenarnya? Huaaaa!
****************************
Pulang sahaja daripada bercuti, rutin kami menjadi seperti biasa. Adrian dengan kerja dia, aku dengan kerja aku. Disebabkan harini kekurangan pekerja, maka aku seorang diri untuk shift pagi sementara menunggu jam tiga.Bila dah sorang ni mula la bosan. Pelanggan pun tak berapa ramai sebab pagi. Lagi-lagi harini hari Sabtu, jadi vendor tak ramai yang masuk. Kerja pun cepat siap. Hanya tinggal bank in duit sahaja. Tu pun kena tunggu shift seterusnya masuk.
Sementara menunggu pelanggan masuk, aku pusing satu kedai. Melihat kawasan gitu. Disebabkan kedai ni tak berapa nak besar, jadi agak padat apabila barang baru semakin banyak yang masuk. Risau kedai ni kena renovate nanti.
Aku gelak sendiri dengan andaian aku.
Ting ting
Laju aku menuju ke kaunter. Seorang pelanggan memakai topi menutupi muka sedang berpusing sekitar kedai. Itu perkara biasa bagi sesetengah pelanggan. Kadang pusing dua tiga kali, tapi belinya satu roti. Ada juga yang pusing tapi tak beli apa-apa. Tahu-tahu keluar je.
Tak tahu la kalau mereka tu suka buat 7E tour untuk membuang masa pekerja di kaunter sebab nak tunggu mereka. Lagi lagi bila kerja sorang, kerja banyak. Memang kurang pahala dibuatnya.
Setelah agak lama lelaki itu berjalan, tiada langsung tanda-tanda dia ingin membeli sesuatu. Aku memandang lama pergerakannya. Risau kalau ada niat mencuri ke apa. Sebab kawasan ni pun ada tempat blind spot. Jadi kena selalu waspada.
Sepuluh minit kemudian, lelaki itu datang ke kaunter sambil membawa kuaci. Barang di scan seperti biasa.
"RM5.90."
Lelaki itu menghulurkan sekeping not RM10 kepada aku.
"Baki RM4.10. Terima kasih."
Seminit kemudian, lelaki itu masih di situ. Aku pandang pelik. Aku salah bagi baki ke?
"Iye encik?" Aku kerut dahi.
"Tak sangka kau makin cantik Ara."
Aku terkedu. Badan menggigil tiba-tiba. Suara ni. Walaupun aku tak nampak muka dia, tapi aku cam suara ni.
Tanpa sedar ingatan aku kembali pada kejadian beberapa bulan yang lepas. Aku melangkah ke belakang sedikit, cuba jauhkan diri daripada dia. Walaupun terhalang dengan meja kaunter, tetapi aku tetap berganjak.
Ting ting
"Hai kak. Maaf lambat. Minyak motor habis tadi." Sapaan daripada Mila membuatkan aku sedar daripada minda alam sedar aku. Lelaki itu juga keluar. Aku sempat melihat dia senyum sinis kearah aku.
Badan terasa seram sejuk.
"Akak okay ke?" Mila bertanya risau.
"Eh okay je. Akak nak pergi bank dulu." Aku terus berlalu menuju ke belakang. Cuba menarik nafas panjang. Hampir sahaja aku hilang nafas kalau si Mila tak datang tadi.
Apabila semuanya kembali tenang, aku terus berlalu menuju ke bank. Menyiapkan kerja yang tertangguh. Tidak sabar rasanya hendak pulang ke rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Sweet Husband
Short Story[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...