Puas dicari Ara sekeliling rumah, tapi bayang isterinya tidak juga kelihatan. Penumbuk digenggam padu. Takkan daripada tadi tak balik lagi? Ke dia pergi jumpa jantan tu lagi. Memang nak cari pasal ke ha?
"Kau ingat tak mana kau jumpa mamat tu?" Tanpa salam, Adrian terus menyerbu soalan pada Hayrul.
"Siapa?"
"Kawan Ara tu lah."
"Kenapa"
"Tak payah sibuk. Ni antara aku dengan dia."
"Tapi aku tak kata tu pun dia. Kan macam."
"Peduli apa aku. Cepatlah." Setelah mendapatkan lokasi yang diingini, Adrian terus menuju ke tempat itu. Mencari kelibat yang ingin ditemukan secepat mungkin.
Setelah 10 minit menunggu, akhirnya apa yang ditunggu muncul juga. Perlahan-lahan mengekori kereta itu sehingga tiba di sebuah kawasan perumahan yang agak sunyi dan usang. Hal itu telah menimbulkan semakin banyak syak wasangkanya pada Iman.
Setelah memberhentikan kenderaan di bahu jalan, Adrian terus menghampiri Iman yang baru sahaja keluar daripada perut keretanya. Leher baju dicekup kuat sehingga membuatkan Iman tersedak.
"Apa ni? Gila ke?!" Iman menarik kasar bajunya. Sekali boleh terima. Kalau dah berkali-kali, melampaulah!
"Mana Ara? Mana isteri aku? Mana kau sorok dia?" Jerkah Adrian.
"Tu bini kau, kenapa cari aku?"
"Sebab dia tak adalah, aku cari kau. Dia nak pergi mana lagi kalau bukan melutut depan kau." Iman senyum sinis. Melihat daripada keadaan, apa yang dirisaukan memang jadi kenyataan.
"Apa yang buatkan kau fikir yang dia nak buat macam tu dekat aku?"
"Sebab dia curang dengan aku sebab kau." Tanpa sedar tangan Iman laju melayangkan penumbuk di perut Adrian. Puas hati dibuatnya melihat Adrian menyeringai kesakitan.
"Yes, Strike!" Iman senyum bangga. Kalau sebelum ni dia tahan diri sebab Adrian suami Ara, tapi bila dah jadi macam ni, tak salah bagi hadiah sikit. Bagi sedar diri.
"Macam ni lah eh aku nak tanya. Kau pernah tanya ke pada Ara apa dah jadi masa tu? Kenapa dia boleh ada kat situ? Apa alasan dia, dengar dia bagi penjelasan? Ada ke?" Iman sambung kata apabila Adrian masih lagi menyeringai kesakitan. Mungkin terlebih kuat tumbukan dia harini.
"Apa yang aku dapat kalau aku dengar semua tu? Semua takkan ubah apa-apa lah."
"Sekurang-kurangnya aku harap kau tak bodoh untuk menilai dan tengok keadaan Ara masa tu. Kau rasa keadaan dia masa tu sama ke dengan situasi yang kau nampak? Sama ke?"
Adrian diam. Tidak dinafikan, riak wajah Ara nampak terkejut. Tapi itu tidak membuktikan yang dia tak salah. Boleh je kalau dia berlakon kan?
"Masih lagi tak boleh nak terima?" Iman
"Ha, dah alang-alang kau ikut aku sampai sini, aku nak tunjuk sesuatu dekat kau."
****************************************
"Ryan! Tolong I Ryan." Adrian laju memandang Nisha dihadapan mata. Tangannya diikat bagaikan diculik. Siapa dia sebenarnya?"Sekarang Ryan kau dah ada depan mata. Tunggu apa lagi? Cakaplah." Iman
"Kau buat apa ni? Apa kau dah buat kat dia ha?" Adrian.
"Dia punca segala-galanya. She deserve more than this!" Iman
"Apa maksud kau ha?"
"Ha, tunggu apa lagi, dia nak dengar. Cakaplah cepat. Ke kau nak aku pecahkan kepala kau dulu baru nak cakap?" Terjegil mata Adrian dibuatnya apabila melihat sepucuk pistol kini betul-betul berada diatas kepala Nisha.
![](https://img.wattpad.com/cover/183984733-288-k984777.jpg)
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Cerita Pendek[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...