31

618 17 0
                                    

Petang itu aku pulang ke rumah mama sendirian apabila Adrian tidak mengangkat telefonnya. Mereka bercadang untuk pergi ke rumah mama sekali petang itu selepas Adrian balik kerja. Tapi puas di dail nombor suaminya, tidak satu pun yang berjaya.

Mungkin ada meeting dekat mana-mana. Siapa tahu kan? Sempat aku menghantar pesanan ringkas mengatakan aku sudah sampai ke rumah mama.

Aku kerut dahi apabila melihat kereta yang berada di garaj rumah. Sebuah macam kereta Adrian, sebuah lagi tidak pernah pula dia lihat. Mama ada tetamu ke? Laju kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Eh Ara awak dah sampai? Lama Adrian tunggu awak." Aku terkaku di muka pintu apabila melihat wajah Amelia terjengul di hadapan mata. Manakala Adrian sedang elok menonton televisyen tanpa memandang kearah aku.

Apa maksud semua ni?

"Lah berangan pula. Masuklah. Ke kau tak nak masuk? Aku okay je." Bisik Amelia tiba tiba.

Tanpa mempedulikan Amelia di situ aku terus menghampiri Adrian. Sempat aku menghadiahkan jelingan tajam buat Amelia yang berada di muka pintu. Tau tau je buat macam rumah sendiri.

"Kenapa awak tak angkat call saya? Puas saya telefon awak tau." Keluhan berat aku lepaskan. Kadang-kadang sedih dengan layanan suami sendiri yang acuh tak acuh. Apa lagi salah yang aku dah buat pun tak tahu.

"Telefon habis bateri. Tengah cas. Tak perasan Ara call." Jawab Adrian bersahaja tanpa mengalihkan pandangan daripada kaca televisyen.

"Lepastu kenapa awak tak bagitau yang awak dah ada kat sini? Boleh kan guna telefon rumah, call saya kejap." Aku masih cuba untuk berlembut sebaik mungkin.

"Tak boleh ke kalau abang nak balik rumah mama abang sendiri?"

"Bukan tak boleh. Tapi kita kan dah janji nak pergi sama sama? Ke awak lupa? Sebab si Amelia tu ada dekat sini?" Sinis aku. Jawapan yang diberikan Adrian sungguh di luar dugaan. Boleh dia jawab macam tu? Macam aku tak bagi dia balik rumah mama?

Adrian memandang kearah aku apabila nama Amelia disebut.

"Jangan nak mula Ara. Aku tak nak gaduh dengan kau kat sini."

Aku? Kau? Wah! Betul nak isytihar perang ni.

"Fine! Bercintalah puas-puas dengan kawan baik awak tu." Aku terus berlalu meninggalkan Adrian dan Amelia. Sakitnya hati hanya Tuhan saja yang tau.

"Eh Ara dah sampai ke? Ad sini tolong mama kejap. Mel duduklah dulu. Buat macam rumah sendiri je." Pn Emilda senyum manis.

"Tolong apa ma?" Adrian menghampiri mamanya.

"Tolong papa kat taman belakang tu. Lagipun tak elok duduk berdua dengan perempuan bukan muhrim. Nanti apa pula kata isteri kamu. Amelia tu biar mama yang layan." Bisik mama perlahan. Adrian hanya mengangguk tanda faham.

"Mel saya tolong papa kejap."

"Nak ikut!"

"Eh Mel dengan aunt je. Lagipun tu kerja lelaki. Tak menarik pun." Betah mama laju.

"Tapi."

"Okay aunt.

'Tak apa. Slowly but surely!' Gumam Amelia dalam hati.

*******************************
Aku menghempas beg tangan diatas katil. Panas hati dibuatnya apabila melihat Adrian begitu. Kau? Aku? Huh! Sebab Amelia dia berubah macam tu je. Tapi bila aku bercakap dengan dengan kawan baik dia, macam aku ni buat salah besar sangat. Dia dengan Amelia terkecuali ke? Macam tu?

My Sweet Husband Where stories live. Discover now