Aku diam. Adrian diam. Hanya suara daripada kaca tv sahaja yang memeriahkan suasana. Secara teknikalnya sekarang Adrian sedang menghadap laptopnya. Entah apa yang dia buat pun tak tahu. Kiri laptop, kanan tab. Telefon? Ada je sebelah dia atas sofa. Betul betul sibuk iye suami aku ni. Baru cuti seminggu dah macam ni apalagi sebulan.
"Lama pandang aku? Dah rindu nak dengar suara aku ke?" Adrian ketawa kecil.
Aku berdeham kecil setelah ditangkap. Malu pula rasa.
"Awak sibuk ke?" Sekadar membuka bicara.
"Sikitlah. Tapi dah nak siap. Kenapa?" Adrian pandang aku.
"Tak ada apa. Tanya je. Awak buatlah kerja tu."
Diam lagi. Hasilnya aku hanya mencari channel yang menarik untuk ditonton. Nasib baik ada. Kartun boboiboy menjadi pilihan di hati. Walaupun dah ulang banyak kali, tapi tak apalah. Janji ada.
Setengah jam kemudian, Adrian menutup laptopnya sebelum mengeliat. Penat sangat tu. Tingkahnya hanya aku pandang daripada ekor mata. Tak nak ditangkap sekali lagi.
"Kau pandai masak?" Soalan direct daripada Adrian membuatkan aku terus memandang kearahnya dengan pandangan pelik. Aku tak salah dengar ke?
"Kau pandai masak?" Sekali lagi soalan itu ditanya apabila aku seakan blur blur ayam.
"Haa pandai. Awak cakap je nak makan apa. Kari, tomyam, sup ayam ke goreng-goreng ke semua saya tau. Dah pro dah." Jawab aku yakin.
"Something fishy dengan menu kau ni." Adrian kerut dahi.
Lah dapat tangkap ke? Aku gelak kecil.
"Jangan cakap semua yang kau bagitau tu maggi?" Aku mengangguk laju.
"Allah."
"Saya tak ada masa nak belajar masak. Sebabtu berangan nak kahwin dengan lelaki pandai masak. Nanti boleh belajar sama-sama." Aku senyum gatal. Tanpa sedar aku telah menarik perhatian Adrian.
"Aku rasa kau pilih orang yang tepat." Adrian senyum meleret.
"Ha?"
"Jom makan. Tapi harini makan luar lah. Bahan pun tak ada nak masak tu."
"Awak pandai masak? Serieslah?"
"See the leg lah." Adrian senyum bangga.
Aku mencebik. Bukan tak nak percaya. Tapi memang tak nak percaya. Adrian ni kadang bukan betul sangat. Show off je.
"Tak apa tak percaya. Lepasni jangan ternganga pula. Dah pergi siap. Aku lapar ni." Aku hanya menurut.
*****************************
Akhirnya restoran KFC menjadi pilihan hati kami setelah puas berfikir sejak daripada rumah. Sempat lagi aku menyakat Adrian."Nak makan mana?"
"Saya ikut awak."
"Mamak?"
"Tak naklah. Saya malas nak pergi tempat crowded sangat."
"Mcd?"
"Saya tak minat."
"Kfc?"
"Bukan ke tu fast food juga?"
"Semua tak nak? Kata ikut aku."
"Iyelah saya ikut awak tapi semua tempat yang awak cakap tu saya tak nak."
"Jadi kau nak apa?"
"Saya ikut awak."
"Ya Allah Ara. Main-main eh?"
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Short Story[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...