"Welcome home my big bro!" Jerit aku sambil meniup roll paper whistle yang sempat dibeli petang tadi. Malam ini keluarga aku membuat makan-makan sedikit sempena menyambut kepulangan Abang Ash dari Korea.
Disebabkan IQ Abang Ash ni lebih tinggi daripada aku, maka dia telah mendapat tawaran sambung belajar di Hanyang University dengan biasiswa penuh. Dapat lah Abang Ash sambung Master dekat luar negara. Kadang-kadang cemburu juga dengan abang sendiri. Muda-muda dah travel tempat orang.
Aku? Tak apalah, rasa diploma pun dah cukup. Tak sanggup rasanya nak bayar PTPTN banyak banyak.
"Terima kasih terima kasih. Buat susah susah je." Abang Ash gelak kecil. Terharu mendapat sambutan yang begitu baik. Rindu rasanya hendak makan makanan di Malaysia, lagi-lagi masakan ummi tercinta.
"Sedapnya masakan ummi. Rindu nak makan."
"Belum rasa dah puji. Saja la tu nak ambil hati ummi sebab dah lama tak balik." Aku mencebik.
"Eh mana ada, masakan ummi ni lah paling best dekat dunia ni!"
"Dah dah. Kembang pula ummi kamu tu nanti. Ni pun dah kembang kempis hidung abi tengok." Encik Nasrul gelak kecil sambil memandang wajah isteri tercinta. Kami juga ikut gelak sekali mendengar abi menyakat ummi.
"Abang ni kan, apa cakap macam tu!" Sebagai balasannya, tangan Encik Nasrul diketam oleh Pn Rohana yang sudah berona merah menahan malu diusik di hadapan anak-anak. Kami gelak melihat telatah ummi dan abi. Dah berusia pun masih lagi kekal bergurau senda sesama sendiri.
"Dah jom makan!" Aku terus mengambil pinggan di hadapan mata dan menyenduk nasi ke setiap pinggan sebelum diagihkan kepada mereka.
"Adik balik Kajang bila?" Abang Ash bertanya sambil menyuap makanan ke mulut.
"Ahad pagi balik lah. Adik nak lama sikit kat sini. Tak rasa pula bila esok dah balik." Terang aku.
"Lah sekejap je. Ummi ingat Ara ada ambil cuti. Sebabtu okay je bila ummi minta tolong ambilkan Ash kat airport." Aku sengih. Niat memang nak ambil cuti lebih lama tapi disebabkan Isnin nanti ada lawatan daripada HQ, makanya terpaksalah aku membatalkan niat suci murni itu.
Bukan tak boleh nak ulang alik, tapi jarak dan jem yang memisahkan kami. Huhu
"Haah. Isnin nanti ada HQ visit. Jadi ahad tu banyak benda nak prepare." Jelas aku sambil menikmati makanan yang terhidang di hadapan mata.
"Ha iyelah." Muka Pn Rohana berubah riak kecewa. Ada apa apa ke?
"Kenapa ummi?" Ash yang perasan dengan perubahan itu terus bertanya risau.
"Lepas makan nanti kita bincang lagi. Risau bincang sekarang adik kamu tu tak dapat nak telan nasi." Seloroh Encik Nasrul membuatkan aku mengerutkan dahi. Sah ada apa apa ni.
*************************
Seperti yang dibincangkan sewaktu makan malam tadi, kami duduk di ruang tamu rumah sambil menikmati kopi panas yang dibancuh oleh ummi. Bila duduk di kampung ni vibes dia memang lain daripada bandar. Tidak banyak dengar bunyi orang lalu lalang walaupun dah malam, tiada juga bunyi hon kereta. Yang ada hanya bunyi cengkerik. Sangat menenangkan."Ara, ummi nak tanya sikit ni." Pn Rohana sudah memulakan mukadimahnya. Aku telah liur seketika sebelum menjawab. Macam penting sangat je ni.
"Macam series je ummi. Kecut usus kecil Ara." Aku gelak kecil dengan lawak sendiri.
"Ish kamu ni, main-main pula iye." Aku menyeringai setelah mendengar balasan ummi. Gurau sikit je ummi.
"Ara ingat tak dengan anak kawan ummi? Adri ke Adrian tak silap lah." Ummi mengerutkan dahi. Sedaya upaya hendak ingat nama anak kawannya.
"Abang Ad ke?" Laju aku bertanya. Gila tak ingat. Crush pertama tu. Walaupun masa tu baru sahaja berumur tujuh tahun, tapi dia sudah suka dengan budak lelaki yang tiba-tiba berpindah di rumah arwah Tuk Mirza. Walaupun selalu kena marah sebab melekat je dekat mana-mana, Aku tetap tidak kisah. Bila diingat balik apa yang aku cakap dekat si Adrian tu, rasa nak menyorok bawah meja bila jumpa semula.
"Kenapa Abang Ad suka marah-marah Ara? Kenapa Abang Ad tak nak kawan dengan Ara?" Aku muncung sedepa. Sudah banyak kali dia mendekati Abang Ad, banyak kali juga dia ditolak. Nak kawan je pun!
"Sebab kau tu penyibuk. Dah lah pendek, comot. Ada hati nak kawan dengan aku. Cermin diri tu dulu. Kau tu tak layak kawan dengan aku. Budak comot!" Adrian senyum sinis setelah menghabiskan ayatnya. Aku sedikit berjauh hati.
"Ara kecil lagi mestilah pendek dengan comot. Kalau dah besar nanti mesti cantik!" Jawab aku yakin.
"Kalau dah pendek comot tu memang akan sama je. Tak akan berubah."
"Mana ada! Ummi cakap Ara cantiklah!"
"Tu sebab nak jaga hati kau je." Adrian sengih jahat. Aku cebik bibir. Rasa nak menangis pun ada sebab dipanggil pendek comot.
"Takkk! Nanti Ara dah cantik, Ara tak nak kawan dengan Abang Ad. Padan muka!" Aku terus berlari keluar daripada rumah Tuk Mirza. Menangis sebab dikutuk begitu.
'Macamlah dia nak kawan dengan kau Ara' kutuk aku di dalam hati apabila teringat semula.
"Lah berangan pula dia." Sebuah ketilan hinggap di pinggang aku tiba tiba. Aku menyeringai kesakitan.
"Sakitlah ketam ummi ni." Ash dan abi bantai gelak. Bukan nak support. Sampai hati.
"Ara okay tak kalau ummi jodohkan Ara dengan Adrian?" Aku terbatuk batuk setelah mendengar soalan direct ummi. Air di hadapan mata dihirup. Terkejut!
"Terus tersedak iye adik abang bila kena kahwin." Galak Abang Ash gelakkan aku. Aku buat muka.
"Ummi ni, Ara rasa abang yang dah tua, kenapa suruh Ara yang kahwin?" Aku gelak hambar. Tak kelakar rasanya.
"Ash lelaki. Ummi tak kisah. Ara tu, dah 25 tapi tak nampak langsung muka bakal suami." Aku sengih.
Calon dah ada, cuma belum kenalkan je.
"Ummi nak ke Ara kahwin dengan si Adrian tu?" Lain difikir, lain pula soalan yang keluar. Bukan apa, tiba-tiba rasa curious pula nak tengok dia depan-depan. Handsome ke? Dah kahwin dengan artis ke belum? Haha!
"Ara okay?" Mata ummi sudah bercahaya. Nampak sangat suka tu.
"Ara nak jumpa si Adrian tu dulu boleh? Bagi kenal. Lagipun dah lama sangat tak jumpa. Muka dia pun Ara tak tahu macam mana. Kalau tak handsome nanti tak comel pula cucu ummi dengan abi." Aku gelak kecil. Jawapan aku membuatkan aku merasa sekali lagi ketam ummi di pinggang. Bisa eh!
Disebabkan nak sangat tengok muka si Adrian tu aku hampir lupa yang aku dah ada yang punya. Tapi tak apalah, bukannya lepas jumpa terus kahwin. Mamat tu pun entah-entah dah ada buah hati. Aku pun dah ada, mustahil dia tak ada.
Lepas semua selesai, barulah boleh open table dengan ummi abi.
"Nak yang handsome je. Muka adik pun macam muka tak siap." Ash gelak sakan. Hasilnya bantal kecil yang berada di sofa terbang ke muka Ash. Tapi sayang sempat ditangkap. Cet!
"Nice catch!" Jawab Ash bangga. Aku buat muka annoying. Nasib baik abang.
"Apa ni baru jumpa dah gaduh." Tegur ummi pakej sekali dengan jelingan.
"Abang ni haa cakap muka Ara tak siap." Aku mengadu. Walaupun ummi dengar tapi tetap nak mengadu.
"Apa sahaja korang berdua ni. Ha Ara nanti ummi bagaitau Emilda pasal ni. Apa apa ummi bagitau balik." Sambung ummi. Aku hanya mengangguk faham.
...........................
SORRY TAK TAHU SANGAT CARA COMMUNICATE DENGAN ABANG. SEBAB AUTHOR TAK ADA ABANG. HOPE ENJOY LA IYE WALAUPUN AGAK PELIK 😂😂
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Short Story[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...