Seminggu telah pun berlalu. Majlis sebelah Adrian juga sudah selesai. Penatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Esok sudah mula masuk kerja semula. Dia punya malas memang tak boleh bawak bincang dah ni.
Aku menepek muka diatas meja solek. Kalau boleh nak terus baring. Tapi disebabkan aku di rumah Adrian, segalanya agak terbatas. Takkan tiba-tiba nak hempas badan kat atas tilam orang. Tak betul agaknya.
"Penat ke?" Soalan daripada Adrian membuatkan aku terus mengangkat wajah dan memandang kearahnya.
"Eh taklah. Saja je." Aku sengih.
"Kalau nak baring, baring je atas katil tu. Nanti masa makan aku kejut kau." Pelawa Adrian.
"Eh takpe. Saya nak tolong mama awak kejap lagi." Tolak aku laju. Iyelah mak mentua tengah masak tapi menantu tido katbilik, tak ke tak manis macam tu.
"Mama kita Ara."
Aku sengih lagi. Sedar akan kesalahan tatabahasa aku.
"Sorry."
"Tak apa, kau rehat je. Mama okay lah. Lagipun ada bibik dengan Qal kat bawah tu. Ramai-ramai kat dapur tu nak buat apa. Baik kau layan aku ni ha." Sambung Adrian.
Aku telan liur.
"Layan awak?"
Adrian gelak kuat apabila melihat reaksi wajah aku berubah kelat.
"Kau fikir apa Ara?"
"Mana ada apa apa."
"Nakal juga kau ni kan." Adrian menghampiri aku. Tangan aku dicapai lalu dibawa aku ke katilnya.
Tanpa sedar aku hanya mengikut tanpa sebarang bantahan.
"Kau rehat kat sini, aku nak buat kerja kejap. Nanti mama panggil, aku kejutkan kau iye honey."
"Awak nak buat kerja?"
"Iyelah. Ke kau nak aku ada sebelah kau?" Adrian kerut dahi. Sengaja henak menyakat isterinya.
"Ehh tak tak. Awak pergilah buat kerja." Laju aku menggeleng. Adrian ketawa lepas sebelum berlalu menuju ke bilik kerjanya. Maka tinggallah aku yang terkebil-kebil di bilik itu. Bilik Adrian terlalu selesa sehingga buatkan aku sedikit tidak selesa.
********************************
Lepas makan malam bersama, kami bersantai di ruang tamu rumah. Keluasan ruang tamu rumah Adrian ibarat besar rumah aku dari laman depan sehingga dapur. Walaupun sudah datang buat kali kedua tetapi dia punya besar tetap buat aku telan liur banyak kali. Tapi aku cuba selesakan diri di rumah itu agar tidak menyinggung hati si tuan rumah."Mama tak sangka yang Ad pilih Ara jadi menantu mama." Pn Emilda bersuara ramah dengan senyuman lebar. Aku macam biasa hanya sengih sepanjang masa.
"Tu la, Qal ingat along dengan Kak Nisha. Nasib baik along dengan akak. Sebab Qal kurang minatlah dengan Kak Nisha tu." Cebik Qalisha. Nampak sangat tak sukanya tu.
Hasilnya sebuah pukulan hinggap di paha Qalisha. Siapa lagi kalau mamanya.
"Sakitlah ma. Apa ni." Betah Qalisha tak puas hati.

YOU ARE READING
My Sweet Husband
Krótkie Opowiadania[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...