Telefon berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Segera aku menjawab apabila abang Ash tertera di skrin telefon.
"Hello."
"Adik, kalau abang minta Adik balik sekarang boleh?" Suara abang Ash yang agak lain daripada biasa itu membuatkan aku sedikit gusar. Ada apa apa ke?
"Kenapa?" Aku bertanya lambat.
"Ayah pengsan kat rumah tadi. Sekarang otw pergi hospital. Ara balik ye?" Rasa gugur jantung dibuatnya setelah mendengar ayat yang dituturkan Abang Ash pada aku.
Aku terduduk di birai katil.
"Ayah macam mana sekarang? Adik balik."
"Tak sedarkan diri lagi. Nanti abang ambil Adik. Adik sesiap okay."
"Eh tak apa. Adik boleh balik sendiri. Abang jaga ummi dengan ayah."
"Boleh ke? Adik kan tengah pregnant tu." Abang Ash bertanya risau.
"Ha nanti adik minta tolong maklang. Abang jangan risau." Aku segera matikan talian. Beg baju diatas almari aku ambil. Bersiap siap untuk pulang ke kampung.
"Ara nak pergi mana?" Adrian yang baru masuk ke dalam bilik bertanya pelik.
"Ara nak balik. Ayah masuk hospital." Aku berkata sambil menyeka airmata yang jatuh. Sambil itu tangan lincah mengemas pakaian.
"Ya Allah. Sekarang ayah macam mana?"
"Tak tahu. Abang cakap ayah tak sedarkan diri. Maklang ada kat luar tak? Nak minta tolong maklang hantarkan." Baru sahaja aku ingin berlalu, tangan aku dicapai Adrian.
"Biar abang hantar."
"Tak apa, saya tak nak susahkan awak." Tolak aku.
"Ayah Ara, ayah abang juga. Izinkan abang untuk hantar Ara boleh? Lagipun nanti apa pula kata maklang. Abang ada kat depan mata Ara tapi minta tolong maklang juga." Aku diam sebelum mengiyakan.
"Terima kasih Ara. Ara sabar iye. Inshaallah ayah tak ada apa apa tu." Adrian membawa aku di dalam pelukannya yang hangat. Membuatkan aku menghamburkan tangis sepuasnya. Adrian mengusap lembut belakang badan aku.
Buat sesaat, aku rasakan aku perlukan Adrian lebih daripada segalanya.
***************************
Setelah empat jam lebih perjalanan akhirnya kami tiba di hospital dengan selamat. Aku terus mencari bayang Abang Ash dan ummi. Maklang sudah aku beritahu dan katanya akan tiba esok pagi."Ummi!" Aku terus memeluk erat ummi yang berada di ruang menunggu.
"Ya Allah anak ummi. Rindunya." Ummi membalas pelukan aku dengan erat. Terasa segala perasaan rindu aku pada keluarga sudah terubat.
"Ayah macam mana? Abang Ash mana?" Aku memandang sekeliling apabila tidak langsung nampak bayang abang di mana mana.
"Ash beli makanan kat kantin. Ayah masih lagi dalam bilik operation. Doktor cakap ada masalah dengan jantung ayah." Terang ummi perlahan.
"Astaghfirallah." Aku terduduk di kerusi. Harapnya tak jadi apa apa.
"Maklang mana? Ash cakap Ara naik dengan maklang?" Ummi bertanya.
"Err Adik balik dengan Adrian." Ummi kerut dahi.
"Adrian?"
"Kau buat apa kat sini?" Baru sahaja ingin membuka mulut, terdengar suara Abang Ash di hujung koridor tempat Adrian menunggu.
Aku terus menghampiri mereka.
"Abang, tadi Adrian yang hantar adik. Maklang tak ada rumah."
"Kenapa tak cakap dekat abang? Kenapa kena cakap dekat dia?" Melihat daripada keadaan sekarang, nampaknya Abang Ash juga masih lagi marahkan Adrian.
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Short Story[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...