Aku memandang wajah mama dan papa silih ganti. Pulang sahaja daripada hospital, aku terus membuat keputusan untuk berbincang terus berkaitan Ara. Disebabkan Haziq masih lagi bebas di luar sana, perasaan risau aku terus mencengkam jiwa.
Risau jika terjadi apa apa lagi pada Ara. Dah la duduk sorang dekat rumah sewa.
"Apa yang kamu nak bincang ni Adrian?" Encik Haizat mula bersuara apabila tiada tanda yang aku akan membuka mulut terlebih dahulu.
Aku berdehem seketika. Berketar juga kalau bab kahwin ni jadi isu. Iyelah kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main. Risau dengan tanggapan mama dan papa.
"Ad nak kahwin." Encik Haizat agak terkejut dengan permintaan tiba-tiba daripada aku. Begitu juga dengan Pn Emilda. Kalau biji mata boleh terkeluar, mesti dah melantun macam bola tampar.
"Kenapa tiba-tiba sangat ni Ad? Mama tau yang Ad nak bawak calon menantu mama dengan papa, tapi tak ke macam tergesa-gesa sangat?" Mama
"Dengan siapa?" Papa
"Ara." Semakin jelas riak terkejut mereka apabila Ara dikaitkan sekali dalam cerita aku.
"Ara? Anak kak Ana?" Aku mengangguk perlahan.
"Ad betul-betul ke ni?" Pn Emilda masih lagi dalam keraguan.
"Iye, Ad tak main-main." Aku jawab yakin.
Mama dan papa saling berpandangan. Mungkin hendak mencerna semula permintaan tiba tiba daripada aku.
"Sejak bila Ad dengan Ara bercinta?" Pn Emilda bertanya lagi. Banyak betul persoalan yang timbul di benak mama dan papa sekarang ni.
"Ad tak pernah bercinta dengan Ara." Terbuntang mata mereka memandang kearah aku.
"Kalau tak bercinta kenapa nak kahwin dengan Ara? Ad jangan buat pasal iye. Ana tu kawan baik mama tau." Tegas amaran Pn Emilda sambil memandang tepat kearah anak mata aku.
"Kita orang memang tak bercinta tapi Ad nak jaga Ara. Cinta, sayang semua boleh dipupuk lepas kahwin mama. Yang penting sekarang keselamatan Ara." Terang aku perlahan.
Jujur aku sendiri masih tidak faham dengan perasaan aku sendiri. Sayang? Cinta? Dah lama aku cuba mencari sesuatu yang tersirat. Mungkin juga aku memang sayang dan cintakan Ara, cuma hati aku masih belum yakin dengan sepenuhnya. Kalau tidak, tak mungkin aku seberani ini mengungkap kata. Kan?
"Ad betul tak main-main ni?" Papa
Aku mengangguk yakin.
"Kalau boleh Ad nak cepatkan perkahwinan ni."
Makin pening mama dan papa dibuatnya. Menggeleng dengan permintaan aku yang bukan-bukan.
"Ya Allah Ad. Kamu ni kan."
Aku hanya tayang sengih.
**************************************
Setelah berbincang itu ini dengan kedua belah pihak, tarikh telah pun ditetapkan tiga bulan daripada sekarang. Cukuplah untuk segala persiapan perkahwinan. Hanya tinggal tempah tarikh lepas kursus nikah minggu depan. Nasib baik ada slot kosong. Kalau tidak kena tunggu lama juga. Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan walaupun dalam keadaan yang tidak dijangka.Sejak kejadian itu, Ara ulang alik daripada sabak Bernam ke Kajang. Pn Rohana melarang Ara untuk duduk seorang diri di rumah selagi Haziq tidak ditangkap. Makanya Ashraf lah yang menghantar Ara pergi dan balik kerja.
Tapi dia tidak kisah yang penting keselamatan adiknya terjamin. Perasaan risau masih lagi tinggi. Kes ini juga sudah menjadi kes polis.
"Selamat jadi tunang orang adik abang." Abang Ash senyum kecil. Iye mulai saat ini aku adalah tunangan lelaki yang bernama Faiq Adrian. Orang yang aku pernah suka dahulu, kemudian hilang bagaikan angin dan kembali semula ke sini. Semuanya bagaikan mimpi.
Kenapa aku membuat keputusan hendak menerima Adrian pun aku tak tahu. Aku memang was-was tapi sejak kejadian pahit tempoh hari, aku terus membuat keputusan yang tidak terduga.
"Adik okay ke? Jauh sangat termenung tu." Abang Ash kerut dahi.
"Adik okay je. Cuma terkejut je dengan keputusan sendiri." Aku gelak kecil.
"Terkejut eh?" Abang Ash ikut gelak.
"Kenapa Ara terima Adrian tiba-tiba? Terkejut kita orang tau masa keluarga Adrian datang melamar tadi. Ingatkan adik tolak sebab gaya adik macam orang tak suka nau je dengan si Adrian tu."
"Dah jodoh mungkin." Aku senyum nipis.
"Ke adik takut kalau terjumpa Haziq lagi? Nak Adrian jadi penyelamat adik ke macam mana? Abang tak cukup hesmes eh nak jaga adik?" Abang Ash senyum meleret.
Aku gelak kecil.
"Abang ni kelakar tapi sayang tak ada orang nak."
"Ehh apa tiba-tiba abang pula kena." Ketawa aku masih bersisa.
"Betullah. Abang tu pergilah cari kakak ipar untuk adik. Jangan jaga adik je. Nanti akak ipar kemana, adik kemana."
"Eleyh dah tak suka la tu abang jaga adik kan?" Abang Ash mencebik.
"Bukanlah. Ara dah tak sabar nak ada anak buah."
"Ehh kejap tadi bukan ke kita cakap pasal Ara, kenapa tiba tiba terbalik ni?"
Aku gelak lagi.
"La baru perasan ke?"
"Mengelat ehh budak!" Hasilnya kepala aku kena luku denga abang. Kami gelak sama. Hilang segala masalah yang terbuku di hati.
*********************************************
"Oii nyah diam-diam dah jadi tunang orang eh?" Selar Iman yang baru sahaja masuk kerja.Aku sengih.
Dari mana dia tahu? Mestilah aku yang bagitau. Sebab Iman je yang tahu semua berkaitan aku. Aku jatuh cinta, aku putus semua aku luah kat dia dan dia sentiasa ada dengan aku. Bagi aku kata semangat walaupun tak berapa nak semangat. Sayangnya Iman hanya sekadar kawan. Tidak lebih dan tidak kurang. Aku rasa Iman pun fikir macam tu terhadap aku.
"Ni namanya surprise kau tau." Aku gelak kecil. Iman mencebik.
"Kau okay tak ni?" Iman berubah series.
"Okay je. Kenapa? Aku nampak macam tak okay ke?" Aku kerut dahi.
"Sekarang memang nampak okay. Tapi kau betul betul okay?" Sekali lagi perkataan okay ditekankan. Aku gelak kecil sekali lagi.
"Ish kau ni. Payah betul nak percaya aku. Aku betul-betul okaylah. Cuma kadang-kadang tu agak fobia dengan lelaki yang tiba-tiba rapat dengan aku. Tu je."
"Aku lelaki? Kau tak takut aku rapat dengan kau?" Tanpa sedar Iman mendekatkan jarak kearah aku. Hampir sahaja bahu aku berlaga dengan dadanya. Hasilnya papan kertas yang aku pegang hinggap ke dada bidang Iman.
"Kau ni Iman! Jangan main-main boleh tak?" Aku memegang dada. Laju dada aku berombak disebabkan terkejut.
"Sorry sorry." Iman kerut dahi. Nampaklah rasa serba salah tu.
"Dah la. Harini aku tak nak cakap dengan kau. Bye." Aku terus berlalu meninggalkan Iman yang jelas serba salah. Tiba tiba sahaja bayang kejadian lalu kembali terlakar di fikiran.
Namun cepat cepat aku istighfar dan membuang jauh dari ingatan aku. Semoga ia terus hilang ditelan waktu.
"Sorry Ara." Hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Iman setelah bayang Ara hilang di balik pintu.
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Short Story[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...