36

479 18 1
                                    

"Kami tak salah! Ni semua perangkap. Percayalah." Sangkal Iman sejak daripada tadi. Tapi tidak seorang pun mengendahkan dia. Aku hanya diam diatas kerusi. Tidak berdaya untuk berbuat apa-apa.

"Iye, mana ada orang mengaku kalau dah buat salah." Jawab salah seorang pegawai di situ.

"Masalahnya benda betul. Ni semua perangkap. Cuba encik tengok dia, ada rupa kami ni macam sukarela ke nak buat macam tu?" Semua mata di situ memandang kearah aku.

"Berapa lama fikir nak buat alasan macam ni encik?" Pegawai itu senyum sinis. Iman meraup wajahnya sambil memandang kearah aku. Pandangan kasihan dilemparkan buat aku.

"Encik, saya ni memang jahat. Tapi saya tak bodoh lagi nak buat benda terkutuk ni. Lagi-lagi dengan isteri orang." Iman masih lagi cuba mempertahankan kami. Tapi sayang, hanya dipandang sinis. Siapa je yang percaya kalau bukti dah ada depan mata?

Apa yang kita nampak, itulah yang kita percaya. Sebabtu yang betul pun terus jadi salah.

Aku tak tahu apa penerimaan Adrian pada aku. Percayakah dia pada aku? Atau marahkah dia pada aku? Entahlah. Aku sendiri tak tahu.

Dari jauh kelihatan Adrian menghampiri kami dengan pandangan yang tajam. Laju dia berjalan kearah kami.

"Apa ni Ara?" Walaupun perlahan, dapat dirasakan getaran pada nada suaranya. Iye, Adrian marah pada aku. Aku hanya menunduk. Entah kenapa aku mati kata.

"Encik suami dia ke?" Adrian mengangguk.

Setelah mereka berbincang itu dan ini, akhirnya kes ini berakhir dengan bayaran saman. Aku isteri orang, mungkin lebih mudah jika membayar saman sahaja.

"Jom balik." Adrian berkata hambar. Dia berjalan dahulu mendahului aku. Sedikit pun dia tidak memandang aku, apalagi bertanya keadaan aku. Nampaknya Adrian betul-betul percaya dengan apa yang dia dengar tanpa meminta penjelasan daripada aku.

******************************
Muka yang berbekas tumbukan daripada Adrian itu terasa agak perit. Sempat Adrian menghadiahkan tumbukan sulung dekat dia. Nasib baik suami Ara, kalau tidak memang dah kena lama.

Cermin hadapan dipandang lama.

"Shit! Muka aku."

"Kalini apa kes pula? Terkejut aku kau suruh ambil kat sini. Ingatkan kau main-main." Emiir.

"Tak payah nak terkejut sangatlah."

"Yang kau pergi situ kenapa? Dah nama pun perkataan tu Hotel, yang kau pandai sangat mudah percaya dah kenapa? Gangster apa macam ni." Emiir mencebik.

Iman diam. Kalau bukan sebab nama Ara dikaitkan, dia tak ada kat sini sekarang.

"Hello, kau Iman kan?"

"Kau siapa?"

"Kau kenal Ara?"

"Kenapa? Kau buat apa dengan dia?" Iman terus bangun daripada duduknya. Terdengar suara gelak tawa di talian.

"Kalau kau nak dia selamat. Datang ke alamat tu sekarang. Pastikan tak bawa sesiapa. Kalau tidak, dia mati."

"Kau gila ke? Kau nak mati ke ha?" Jerit Iman lantang.

"Kau ikut cakap aku, dia selamat. Mudah kan?" Talian dimatikan. Dia bergegas menuju ke tempat yang diberitahu. Walaupun dia pelik kenapa dirinya yang dipanggil, bukan Adrian dia tetap pergi juga. Apa-apa pun keselamatan Ara yang pertama.

"Tapi aku tak menyesal pun. Lebih baik dengan aku daripada lelaki tu." Jawab Iman sambil bersandar. Tiba-tiba teringat pada Ara. Kalau dia lambat sedikit, entah apa yang jadi pada Ara pada waktu itu. Tapi dia okay ke sekarang? Apa agaknya penerimaan Adrian pada Ara? Semuanya terus menjadi tanda tanya.

"Gila."

"Kau tolong aku carikan budak tu. Sampai jumpa! Lepastu heret dia kat depan aku. Aku tak sabar nak jumpa orang yang dah pecahkan muka aku."

"Kau lupa ke yang aku ni polis?" Emiir buat muka.

"Ni pun sebahagian daripada kerja kau. Tolong masyarakat. Berkira betul. Aku tak puas hati ni dia ada kat luar lagi. Tolong heret sekali perempuan tu kat aku."

"Pening aku dengan kau ni la."

"Lagi cepat settle, lagi cepat benda ni selesai. Kau dapat apa yang kau nak, aku dapat protect apa yang aku sayang. Win win situation bro."

"Sayang isteri orang buat apa? Tau tak berdosa?"

"Tau. Nanti bila semua dah okay, slow slow la perasaan ni hilang. Aku takkan ambil hak orang lah." Iman buat muka.

************************************************
Sejak daripada dalam kenderaan sehinggalah tiba di rumah, Adrian masih lagi diam. Tiada langsung senyuman di wajahnya. Aku menunduk. Faham akan penerimaan yang diberikan Adrian pada aku. Walaupun jauh di sudut hati, aku ingin dia percaya dengan cerita aku macam mana aku percaya dia dengan Amelia dulu. Tapi aku tak boleh nak buat apa kalau Adrian memang tak boleh hendak menerima.

"Aku ke yang bodoh sebab ajak kau kahwin dulu?" Aku tersentak buat seketika apabila Adrian bersuara setibanya kami di ruang tamu. Aku berdiri kaku di muka pintu.

"Kalau kau tengah bercinta dengan budak tu, kenapa kau nak kahwin dengan aku? Kenapa kau tak kahwin dengan dia je? Kenapa kena buat aku macam ni Ara? Kenapa?"

Aku diam lagi. Tidak tahu hendak mula daripada mana. Kalau Adrian memberi peluang untuk aku menerangkan apa yang terjadi, mungkin aku akan terangkan dengan sebaik mungkin. Tetapi kalau terus disembur dengan soalan macam ni, apa lagi yang aku boleh buat?

"Cakap lah! Say something Ara. Jangan layan aku macam orang bodoh!" Adrian menggoncang bahu aku membuatkan aku hilang pertimbangan lalu terduduk. Air mata keluar tanpa henti. Sakitnya dengan tuduhan si suami, hanya Tuhan saja yang tahu.

"Menangis? Kenapa? Menyesal?" Adrian meraup wajahnya yang agak kekusutan.

"Ara tak salah." Hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut aku.

"Tak salah? Kau ingat aku bodoh ke ha? Bukti dah ada depan mata. Dah kena cekup pun. Apa lagi yang tak salah? Game apa lagi yang kau nak main dengan aku sekarang ha?"

Aku diam lagi. Kalau terus bercakap pun bukan percaya. Jadi teruslah diam. Teruslah membisu.

"Okay fine, nak diam sangat kan? Teruskan!" Adrian terus berlalu meninggalkan aku seorang diri melutut di muka pintu. Air mata semakin deras mengalir seperti tiada tanda hendak berhenti. Buat seketika, aku terlupa ada satu nyawa lagi yang sedang berperang untuk hidup di dalam rahim aku.

**********************************
Aku duduk lama diatas sejadah. Cuba mencerna kembali apa yang terjadi harini. Semuanya berlaku dengan pantas sehingga aku tidak mampu hendak mengawalnya. Perut aku usap perlahan. Senyuman hambar aku lemparkan buat bakal anak yang bakal lahir nanti.

"Maafkan ummi sayang. Ummi harap anak ummi kuat bagi pihak ummi."

Bilik yang agak samar-samar dengan cahaya bulan membuatkan aku sedikit gugup tiba-tiba. Entah kenapa bayangan kejadian lama dan sebentar tadi kembali bermain di fikiran aku. Aku menutup menutup mata serapat-rapatnya dengan harapan bayangan itu akan hilang. Tapi semakin dia menutup rapat mata, semakin jelas ia bermain di fikiran.

"Arghhhh!! Pergi! Pergi!" Tanpa sedar aku menjerit kuat.

Tangan aku digenggam kuat, membuatkan aku semakin meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Pergi! Lepaskan aku, jangan buat aku macam ni. Tolong." Kini aku merayu pula. Mungkin sedar yang tenaga aku sudah mulai berkurangan. Tidak berdaya lagi hendak melawan. Hanya mengharapkan kasihan  daripada orang.

"Ara, ni aku. Adrian." Aku diam. Tangan aku dilepaskan sebelum dia membuka lampu.

Adrian kini memandang kearah aku dengan riak wajah risau. Dia tak marahkan aku ke?

"Abang. Ara takut." Aku terus memeluk erat badan suami aku. Aku dia untuk menangani semua perkara ini. Aku tak mampu laluinya seorang diri.

"Abang!" Aku membuka mata laju. Sekeliling aku pandang. Wajah Adrian aku cari. Tapi hampa. Hanya ada aku. Tiada yang lain.

"Mimpi." Sekali lagi aku menangis. Entah bila dia akan berhenti, aku pun tidak pasti.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now