Sabak Bernam, Selangor
ANGIN sepoi sepoi petang itu amat menenangkan. Tiada lagi bunyi kereta berpusu-pusu menuju ke destinasi mereka, tiada juga bunyi hon yang membingitkan. Semuanya tampak menyenangkan. Kadang kadang ada kereta dan motor lalu lalang juga suara kanak kanak yang sedang girang bermain di petang hari.
Dari kejauhan aku melihat sekumpulan kanak kanak sedang bermain guli bersama. Mereka sangat gembira seakan tiada langsung sebarang masalah.
"Bestnya jadi budak!" Keluh aku di pangkin luar.
"Bukan main lagi mengeluh budak. Fikir masalah negara ke?" Abang Ash ketawa mengekek sebelum mengambil tempat di sebelah aku.
"Tak lah, masalah adik lagi besar daripada masalah negara!" Aku mengeluh lagi.
Lamaran Adrian kini sedang berlegar legar dalam ingatan. Walaupun lamaran Adrian tidaklah nampak official, tapi tetap juga lelaki itu ajak aku kahwin.
"Lain macam je." Abang Ash masih lagi dalam mood nak gelakkan aku. Aku buat muka.
"Kenapa? Ada masalah apa? Ce citer." Ash memeluk bahu aku sambil senyum lebar.
"Abang. Nak tanya sikit boleh?" Ash angkat kening membawa maksud apa dia.
"Abang rasa Adrian macam mana?" Aku bertanya lambat.
"Adrian? Calon menantu ummi tu ke?" Aku mengangguk laju.
"Adrian eh? Sebenarnya abang pun tak berapa kenal sangat dengan dia tu. Iyelah masa dia pindah sebelah rumah kita dulu pun abang dah duduk asrama. Kalau jumpa pun setakat pandang pandang tu adalah. Jadi secara teknikalnya abang tak tau nak jawab macam mana. Kenapa tanya?"
Aku diam.
"Adik nak kahwin dengan dia ke?" Terbuntang mata Abang Ash dengan andaiannya sendiri
"Macam mana eh nak cakap."
"Nampaknya macam betul."
"Ish bukanlah. Si Adrian tu tiba-tiba melamar adik. Semua jadi macam sekelip mata. Tu yang adik macam pening-pening sikit."
"Wah! Adik abang dah off market lah!" AbangAsh gelak kecil.
"Abang, adik tak main-main ni." Aku muncung sedepa. Tak puas hati sebab tidak dilayan.
"Macam ni lah my little sister, abang tak kisah pun siapa yang jadi suami adik, yang penting dia boleh jaga adik macam mana kami jaga adik. Abang yakin ummi dengan ayah pun akan fikir macam tu jugak."
"Kenapa adik tak nak dengan Adrian tu? Setahu abang dulu adik suka dia kan?" Abang Ash sambung bertanya apabila aku masih diam.
"Tu dulu, bukan sekarang."
"Then adik boleh tolak. Pilihan di tangan adik. Bukan orang lain."
Jawapan sama seperti Iman tapi aku masih lagi teragak-agak.
"Tapi..."
"Hmm ada tapi susahlah. Okay. Kalini abang pula nak tanya, apa pendapat adik tentang Adrian? Abang yakin adik kenal dia lebih baik daripada abang kenal dia."
"Dia tu annoying! Nak orang ikut cakap dia je. Lepastu dia selalu ajak adik kahwin. Dia ingat kahwin tu macam main pondok pondok ke? "
"Ehem! Lain macam je tu." Abang Ash gelak kuat daripada tadi.
"Apa??"
"Adik kahwin jelah dengan dia. Abang restu." Abang Ash berkata sambil bangun daripada tempat duduknya. Gelak masih lagi tersisa membuatkan aku semakin bingung. Apakah?
"Apa abang ni?!"
************************************
Selepas menghabiskan masa dua hari di kampung, berbincang itu ini dengan keluarga, aku telah membuat keputusan. Kini tinggal berjumpa dengan Adrian sahaja untuk memberitahu jawapan daripada aku.RGB Coffee menjadi pilihan. Sebabnya tak ramai sangat orang. Memang tempat terbaik untuk berbincang. Aku memandang jam di tangan.
"Macam lambat sangat je dia ni." Gumam aku sendiri.
"Sorry i'm late!" Tercungap-cungap Adrian datang dekat aku.
"Tak apa."
"Nak air." Tanpa balasan daripada aku, dia terus menyambar air fresh orange aku. Aku ternganga.
"Awak buat apa ni?"
"Minum air."
"Tapi tu air saya!"
"Order je baru." Aku buat muka. Alahai macam mana lah aku nak hadap dia 24 jam nanti kalau baru jumpa tak sampai dua minit dah sakit hati.
"Dia saja la tu nak perhatian. Lelaki kan susah nak tunjuk perasaan dia. Jatuh ego nanti." Tiba tiba terngiang ngiang ayat abang Ash di telinga aku.
"Kenapa nak jumpa aku?"
Aku diam. Cuba mencari kekuatan.
"Saya nak tanya."
"Spill it."
"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Kahwin dengan aku dulu, baru aku bagitau."
"Ke sebab awak nak lepaskan diri awak dekat Nisha. Iyelah awak sendiri cakap yang Nisha tu terkejar-kejarkan awak sampai sekarang."
"Aku tak perlukan sebab apa-apa untuk kebahagiaan aku. Walaupun ia berkaitan dengan orang lain. Aku percaya dengan takdir yang dah tertulis. Kalau dah jodoh tak kemana. Aku hanya mencuba sebab tu yang aku nak."r
"Maksud awak?"
"Kau dengan aku."
"Ha?"
"Kenapa banyak tanya? Kau nak kahwin dengan aku ke?" Terkedu aku dengar soalan direct Adrian.
"Awak nak ke?"
"Kalau kau setuju, sekarang juga aku suruh mama masuk meminang kau." Jawab Adrian bersahaja. Aku jadi risau sebab Adrian tidak sedikit pun gugup. Walhal aku dah macam nak meletup dada.
"Saya terima lamaran awak."
Kami diam. Krik krik beberapa minit. Mungkin Adrian terkejut. Tapi riak wajahnya masih boleh dikawal.
"Kau yakin dengan keputusan kau? Aku awal awal dah bagitau yang aku tak paksa kau." Aku mengangguk perlahan.
"Ehem! Nah." Sebuah kotak cincin kini berada diatas meja. Mata aku terbuntang luas melihat kotak cincin itu.
"Apa ni?"
"Cincin."
"Untuk?"
"Bakal isteri aku." Adrian senyum kecil. Tergugat jantung aku melihat senyuman Adrian. Semudah itu dia berubah daripada annoying kepada romantic? Wah!
"Kalau kau masih lagi dengan keputusan kau untuk kahwin dengan aku, pakai cincin ni minggu depan. Aku nak bawak kau jumpa mama dengan papa. Tapi kalau kau tiba-tiba berubah fikiran, kau boleh pulangkan balik dekat aku. No offense." Adrian senyum lebar.
Kotak cincin bertukar tangan. Aku diam. Walaupun aku dah buat keputusan, perasaan ragu-ragu tetap ada walaupun sedikit.
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Short Story[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...