12

630 23 0
                                    

"Omaigod mamat handsome tu crush kau masa kecik? Then sekarang kau jumpa balik dengan dia?" Iman ternganga. Entah apa yang dia terkejut sangat pun aku tak tahu.

"Iye. Kalau kau nak tahu sebelum aku kenal balik siapa si Adrian tu aku pernah terserempak dengan dia kat airport masa nak ambik abang Ash. Nak dijadikan cerita lagi, aku pernah menangis depan dia masa aku terjumpa Haziq curang kat IOI dulu."

"Laa dia ke lelaki yang duduk dengan kau tu? Patutlah macam pernah nampak." Iman mengangguk seakan sedang memahami cerita yang sebenar.

"Kuat betul jodoh kau dengan crush kau tu iye." Iman gelak kuat. Bahagia sungguh.

"Banyaklah kau punya jodoh! Aku kalau boleh malas dah nak fikir pasal lelaki. Takut jumpa lagi macam si Haziq tu."

"Ala rilexlah. Tak semua lelaki sama apa. Kau tu baru bercinta sekali dah trauma. Apalah."

"Kau tak faham tau. Kau tu bukan lurus sangat. Entah-entah bercinta pun dengan sama jenis." Teringat pula dengan kejadian tempoh hari semasa di kedai mamak. Mamat ni kadang kadang scary sikit.

"Ehh cakap baik sikit. Aku lurus okay. L.U.R.U.S." Aku gelak kecil melihat reaksi tidak puas hati Iman. Mata di juling keatas tanda betul betul menyampah dengan statement yang dibuat oleh aku.

"Hai honey!" Sapaan mengejut daripada seseorang membuatkan aku tersedak. Ngam ngam tengah sedut ice lemon tea. Mahu tak perit tekak. Iman yang sedang protes dengan aku ikut terdiam. Kalau Iman terkejut apa lagi aku.

Aku berpaling kearah suara tersebut. Terbuntang mata aku apabila melihat Adrian kini sudah berada di hadapan mata sambil senyum lebar tanpa riak bersalah.

"Err kau borak lah dulu dengan kawan kau ni kat luar. Jangan kacau aku. Syuh syuhh." Kalini giliran aku pula juling mata keatas. Beraninya dia halau aku. Ish!

***********************************
"Awak buat apa kat sini? Stalk saya eh?!" Tuduh aku melulu. Kalau bukan stalk macam mana si Adrian ni tahu aku kerja kat sini? Ke kawan dia yang bagitau eh?

"Kau ingat aku tak ada kerja lain ke nak stalk kau ha?" Adrian senyum sinis.

"Habistu macam mana awak tahu saya dekat sini? Kawan awak bagitau ke?"

Adrian kerut dahi tiba tiba.

"Kawan aku? Siapa? Hayrul ke? Kau kenal dia?" Bertalu-talu soalan keluar daripada mulut Adrian. Nampaknya bukan Hayrul yang buka mulut. Ke ummi eh.

"Kau kenal Hayrul ke?" Adrian bertanya lagi apabila aku hanya diam tiada jawapan.

"Tak adalah kenal. Cuma dia pernah tolong saya. Tu je."

"Tolong apa?"

"Sibuk je nak tau."

"Eh mestilah. Aku kan bakal suami kau honey."

Aku terdiam seketika. Terkejut mat tiba tiba ada orang declare bakal suami dengan orang yang boleh dikatakan stranger jugaklah.

"Gila!" Adrian gelak kuat.

"Kau tak penat ke panggil aku gila honey?"

"Nama saya Arahalia Dafisyah,  bukan Hani!"

"Honey yang aku maksudkan bukan H.A.N.I tapi H.O.N.E.Y yang membawa maksud sayang." Aku terkedu. Muka berona merah tahan malu. Apa dia ni cakap perkataan sayang tak pandang pandang. Lemah betul aku lah.

"Amboi senangnya awak cakap perkataan sayang kan? Mesti dah biasa buat. Tu yang senang je cakap." Tuduh aku tiba tiba. Suara digarangkan cuba menutup gundah di hati.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now