Seminggu telah pun berlalu sejak reunion Adrian. Adrian diam begitu juga aku. Dalam masa seminggu ni juga tiada langsung sebarang panggilan daripada Haziq. Semuanya nampak tenang dan lancar.
"Iman, petang ni teman aku pergi KLIA nak? Kau bawak kereta kan harini?"
"KLIA? Jemput siapa?"
"Kawan aku. Dia baru balik dari Sabah. Takkan aku nak angkut dia naik motor skuter comel tu. Nak minta tolong abang Ash tapi dia kerja pula." Terang aku panjang lebar.
"Siapa kawan kau, lelaki ke perempuan?"
"Perempuan." Iman sengih gatal.
"Cantik tak?"
"Cantik gila! Kau nak mengurat pun boleh. Aku bagi green light untuk kau." Iman gelak.
"Wah! Macam tu je eh."
"Iyelah. Sebab aku percaya kau."
"Amboi ni mesti kes nak naik kereta tapi tak nak bayar duit minyak kan?"
"Aduh! Kantoi pulak." Aku gelak.
"Haih nasib baiklah kawan. Untuk harini aku bagi free je."
"Wah baiknya kau Iman." Aku gelak kecil.
"Aku memang baik. Kau je baru tau."
***********************
Seperti yang dijanjikan, aku dan Iman pergi ke KLIA selepas sahaja pulang daripada kerja. Nasib baik flight Salmah sampai jam 6. Tak adalah rushing sangat nak ke KLIA. Bukan apa dia tak jauh mana pun. Yang buatkan dia jauh jem yang tak pernah habis.Tepat jam 6 petang kami tiba di KLIA. Kertas yang mempunyai tulisan Salmah aku pegang. Hampir 10minit menunggu akhirnya bayang Salmah pun kelihatan.
"Weyyyy!! Rindunya aku dekat kauu!"
Perempuan bila dah jumpa kawan memang riuh sekampung lah jadinya.
"Aku pun rindu sangatt dekat kau." Salmah
Kami berpelukan sesama kami. Sejak aku berpindah ke Selangor, Salmah sekeluarga juga berhijrah ke Sabah. Jadi kalau nak jumpa tu memang makan tahun. Tu yang kena tunggu dah besar macam ni baru dapat jumpa semula. Tu pun selepas jumpa kenalan di Facebook. Kalau tak rasanya sampai ke sudah aku tak jumpa Salmah.
"Btw lepasni janganlah panggil aku Salmah. Panggil aku Sally okay?"
"Waa tukar nama nampak." Aku gelak kecil.
"Mestilah. Bukan tak suka dengan nama tu. Cuma Iyelah kita perlukan perubahan kan?"
"Ni la dia orang sekarang. Nama dah elok-elok pun gatal nak tukar. Apa pun tak boleh." Tiba tiba Iman bersuara perlahan. Perlahan tapi mampu di dengar oleh kami.
"Excuse me? Awak siapa iye? Kenapa nak sibuk dengan hal saya?" Salmah.
"Ehh Salmah, aaa Sally. Sory mulut dia ni memang jahat banyak tapi hati baik. Kau ni Iman apa cakap macam tu."
Iman hanya buat muka.
"Jangan cakap kau dengan dia Ara?"
"Unfortunately yes! Dia je yang boleh tolong sekarang. Takkan aku nak angkut kau naik skuter comel aku pula. Nak minta tolong abang Ash dia kerja."
"Hmm iyela."
"Dah Jom pergi makan. Lapar pula."
"Okay Jom!"
"Disebabkan kawan kau tu annoying, aku cancel nak bagi free minyak!" Bisik Iman pada aku.
"Iman! Mana aci."
"Aci tak ada kat sini." Iman berkata sebelum berjalan laju ke depan. Entah apa yang dia tak puas hati dengan kawan aku pun tak tahu. Tiba-tiba je jadi jerk. Padahal tadi elok je.
******************************
Lagu remix yang kedengaran langsung tidak membingitkan telinganya. Baginya lagu itu sangat tenang dan menarik. Tempat yang dipenuhi umat manusia itu juga tidak langsung merimaskan."Hai Hayrul. Lama tak datang sini?" Sapaan daripada gadis manis itu sedikit pun tidak mendatangkan sebarang rasa di hati. Entah kenapa hatinya rasa kosong. Sebab tu dia datang ke sini semula.
Mana tau boleh mengisi semula hatinya yang kosong.
Lengan sasanya diraih Nayla lembut. Tapi segera ditepis kasar.
"Hayrul apa ni? Kenapa sombong sangat?" Nayla membentak kasar. Mungkin tidak pernah lagi ada orang berkasar dengannya mungkin.
"Then just go. I tak perlukan sesiapa harini." Jawab Hayrul hambar.
"Sampai hati you halau I kan? Masa you nak I bukan main lagi dekat-dekat. Tapi bila you tak nak, macam tu je you halau?"
"Dah memang kerja you layan I, terima jelah. Bila I cakap tak nak you ada means no. Just go Nayla. Jangan kacau I."
"Ok fine! But you jangan cari I lagi lepasni. Jangan harap I nak layan!"
"As you wish." Hayrul senyum sinis.
"Mana perempuan tu? Macam mana dia boleh terlepas?" Mata Hayrul beralih kepada suara tersebut. Disebabkan jarak antara mereka agak dekat, makanya Hayrul dapat melihat siapa yang bersuara dan juga dua orang lagi lelaki berada berdekatan situ walaupun dalam keadaan samar-samar dengan lampu club.
"Tadi ada perempuan ambil dia. Ingatkan borak-borak je. Rupanya..." Kaki lelaki itu ditendang kuat membuatkan lelaki itu hampir terduduk.
"Aku tak nak dengar apa apa alasan daripada kau. Yang aku tahu esok perempuan tu ada dekat sini. Kalau perlu heret perempuan yang ambil dia tu, heret je. Biar dia belajar beradab sikit bila dah masuk tempat orang!"
"Baik bos!" Lelaki itu menunduk tanda akur.
Hayrul terus menjadi pemerhati sehingga lelaki yang jatuh tadi keluar. Pada waktu yang sama mata Hayrul dan lelaki yang duduk tidak jauh daripada tempat lelaki yang menjerit tadi bersatu. Tiba-tiba riak wajahnya berubah sebelum berlalu keluar.
"Macam pernah nampak. Tapi macam tak mungkin. Entahlah." Gumam Hayrul sendiri.

YOU ARE READING
My Sweet Husband
Nouvelles[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...