39

438 16 1
                                    

~ENAM BULAN KEMUDIAN~
Sedar mahupun tidak, kini sudah enam bulan aku berada di Langkawi. Aku berjalan sedikit untuk menuju kearah berbatuan di persisir pantai. Ambil tempat yang jauh sedikit daripada tempat yang ramai orang.

Setelah selesa dengan kedudukan aku sekarang, pandangan aku lemparkan kearah pantai. Itulah rutin harian aku sejak berada di sini. Hanya bertemankan pantai setiap petang. Tidak pernah jemu walaupun sekali. Tetapi makin tenang apabila dipandang.

Disebabkan rumah Aminah tidak begitu jauh daripada sini, jadi boleh la aku merempit dengan motor Aminah sebab dia sekarang pun guna kereta apabila ke tempat kerja.

Perut yang sudah membulat itu aku usap perlahan. Senyuman manis dilemparkan buat bakal anak yang bakal lahir. Walaupun aku tahu dia tak nak nampak, tapi aku nak dia rasakan yang aku tidak sabar hendak menunggu kelahirannya di dunia ini.

"Terima kasih sayang selalu ada untuk ummi." Bisik aku perlahan.

"Ara!" Laungan daripada jauh membuatkan aku berpaling. Aminah sedang berlari anak menuju kearah aku.

"Ha apa dia?"

"Tu ada yang cari hang. Dia mai rumah tadi tapi hang takda." Jelas Aminah termengah-mengah.

"Siapa?" Aminah angkat bahu. Aku kerut dahi.

Siapa pula yang tahu aku ada kat sini selain keluarga aku. Adrian? Tak mungkin. Takkan Aminah tak kenal Adrian?

"Lah mamai pulak dah. Cepat lah dia dah tunggu tu." Aminah sempat memukul lengan aku. Bisa eh!

"Adui bisa la tangan kau Minah." Aku menggosok lengan aku yang perit.

"Padan muka, berangan lagi siapa suruh."

"Mana dia?" Aku memandang sekeliling. Tapi tidak ada seorang pun yang aku kenal.

"Dia kat atas tu."

"Kau suruh dia datang sini boleh? Bila dah duduk ni, berat pula punggung nak bangun." Aku gelak kecil.

"Ha Iyelah. Tunggu sat na." Aku mengangguk sebelum Aminah berlalu. Mata dialihkan semula kearah pantai.

Hati masih tertanya-tanya. Siapa lah yang sanggup datang ke sini untuk jumpa aku. Walaupun tak jauh mana, tapi masa itu emas tau. Daripada sibuk cari aku, baik buat benda lagi berfaedah.

"Assalamualaikum. Ara." Aku berpaling kearah suara yang menyapa.

Aku diam. Lelaki yang sedang berdiri elok dihadapan aku kini sedang tersenyum manis memandang kearah aku. Dia sama tapi pada masa yang sama, dia berbeza.

***************************
"Kau tak nak jawab salam aku ke?" Iman bersuara apabila melihat aku masih lagi diam membisu.

"Ha waalaikumsalam."

"Boleh aku duduk sebelah kau?" Aku mengangguk.

"Kau buat apa kat sini?"

"Nak jumpa kau. Lepasni aku tak tahu boleh jumpa kau lagi ke tak." Iman diam. Kini kami sama-sama menghadap keindahan ciptaan Tuhan. Hanya bunyi pantai dan angin sahaja menutupi kebisuan antara kami.

"Kau tak ada apa apa nak tanya aku ke?" Iman bersuara.

"Tanya apa?"

"Pasal apa yang dah jadi?"

"Kau nak cerita dekat aku?" Iman gelak kecil.

Iye memang aku masih tertanya-tanya dengan kewujudan Iman yang sebenarnya. Kenapa dia boleh berubah sedrastik itu? Betul ke tu Iman yang aku kenal? Siapa dia sebenarnya? Apa yang dia sedang rahsiakan dekat aku?

My Sweet Husband Where stories live. Discover now