Iman memegang pinggangnya yang sakit perit akibat pergaduhan beberapa minggu yang lepas. Entah macam mana segala yang dirancang tidak menjadi sama sekali. Dia silap besar sebab dah pandang sebelah mata dengan kelicikan pihak musuh. Dengan tidak semena-menanya dia masuk kandang harimau seorang diri.
Dia mengeluh perlahan setelah ingatannya terputar kembali pada saat itu. Mukanya yang penuh dengan kesan lebam dipandang sepi.
'Habis muka aku!' Gumamnya sendiri.
"Ara." Tanpa sedar nama itu terlakar indah di bibirnya. Pertemuan kembali dengan Ara setelah tiga bulan memang sangat tidak dijangka. Tak sangka pula KL ni terlalu kecil untuk dia.
"Kenapa dalam banyak-banyak tempat dan masa, masa tu juga kau ada depan aku?" Keluhnya sendiri.
Riak wajah risau Ara kembali bermain di ingatannya. Pandangan yang aku tidak mahu lihat sama sekali. Dia tak perlukan kasihan daripada sesiapa. Lagi lagi melibatkan Ara.
"Kau okay tak? Kan aku dah cakap jangan pergi sorang. Tunggu aku balik. Degil lagi." Sapaan mesra daripada partner in crimenya membuatkan dia mencebik. Macam lah boleh ubah apa-apa kalau dia datang. 50 vs 1 kot. Tak gila. Dasar musuh pengecut.
Dia bukan hero drama dalam korea, boleh kalahkan semua orang dalam satu masa. Kalau setakat sepuluh orang mungkin boleh bincang, tapi ni sampai 50. Nasib baik sempat lari. Kalau tidak, dia tak ada dah kat dunia ni.
"Kau ada ke tak ada, takkan ubah apa apa. Mungkin kau pun akan berakhir macam aku jugak."
Emiir gelak kuat.
"Sekurang kurangnya aku bijak sikit. Aku takkan datang sorang tanpa analisis pihak masuh dengan tepat."
"Sudah lah kau. Macam mana? Dapat apa apa info?"
"Well, ni aku lah Emiir. Tak ada apa yang aku tak dapat. Nah." Beberapa keping gambar diberikan kepada Iman.
"Memang dapat tapi lambat! Dah tiga bulan baru settle."
"Kau ingat aku tak ada kerja lain ke selain ikut apa yang kau nak ha?"
"Aku dah agak dah ni semua kerja dia."
"Kenapa kau kisah sangat dengan ni? Bukan ke dah jadi kes polis? Biar jelah polis handle. Kau tak percaya kat polis ke ha?" Emiir buat muka. Selaku polis yang berwibawa rasa tercabar pula apabila netizen tak percaya kepakaran mereka.
"Bukan tak percaya. Tapi lambat. Aku tak nak benda dah jadi baru nak take action. Masa tu memang dah tak guna dah."
"Tapi kau boleh buat apa? Nak suruh aku tangkap dia? Sorry, bukan bidang tugas aku." Emiir mengangkat tangan tanda surrender. Lagipun kes ni di bawah pemantauan Polis Bukit Aman. Takut dia masuk campur, lain pula yang jadi. Setakat gambar, apalah sangat buktinya.
"Tak lah. Aku nak tengok dulu. Sebab sekarang macam senyap je. Risau bila dah mula, sesuatu yang tak jangka boleh jadi."
"Kau in Love ke dengan minah tu?" Sakat Emiir tiba tiba.
"Nak aku mati? Bini orang tu."
"Lah, tepuk sebelah tangan rupanya."
"Diamlah!" Emiir gelak kuat.
*********************************
"Honeymoon?" Aku kerut dahi. Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba tiba ajak honeymoon."Iye sayang. Honeymoon. Kenapa? Tak nak ke?" Adrian kerut dahi.
"Ehh nak. Siapa yang tak nak dapat dating dengan suami sendiri. Tapi macam tiba-tiba sangat. Tu terkejut." Terang aku.
Tangan aku digenggam erat. Senyuman manis dihadiahkan buat aku membuatkan aku semakin jatuh cinta pada suami sendiri. Huhu.
![](https://img.wattpad.com/cover/183984733-288-k984777.jpg)
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Storie brevi[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...