1

1K 26 0
                                    

'Kau ada dikala ku suka, dikala ku duka. Setiap tangisan dan juga tertawa'

"Bahagia nampak Cik Arahalia Dafisyah." Sergahan Iman membuatkan aku sedikit tersentak. Tengah sedap-sedap melayan suara sumbang tiba-tiba ada yang menyela, mana tak terperanjatnya.

"Sesekali nak menyumbang suara sumbang dekat sini, apa salahnya." Aku sengih menampakkan gigi taring yang berada di kiri dan kanan. Bukan taring macam drakula tu, dia gigi biasa cuma nampak agak tajam dihujung gigi.

"Nasib baiklah sumbang kau tu sumbang yang sedap di dengar nyah. Kalau sumbang teruk, memang aku keluar daripada kedai ni. Kau jaga lah sorang." Iman gelak kuat.

"Sampai hati kau nak tinggalkan aku kan? Aku ni dah cukup tersiksa kena berjaga sorang dari dua hari lepas. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Naik fed up aku." Luah aku tanpa sengaja.

"Tu la, aku suruh tambah pekerja tak nak."

"Kalau lah ni company aku, bukan setakat lima, lapan pun boleh Iman. Aku lebih rela bayar gaji pekerja daripada kena ulang-alik tau. Dengan perangai customer lagi yang bukan-bukan dan bla bla bla." Iman gelak lagi mendengar bebelan aku pagi itu. Pagi-pagi dah bebel, mana lah muka tu tak berkedut.

"Kau gelakkan aku Iman? Sayu hati ini dibuatnya. Mengenangkan nasibku yang malang begini. Ada kawan, lebih suka mentertawakan aku. Huh!" Muka sedih ditayang. Bahasa sengaja ditukar lenggok seakan puisi atau lebih dikenali sebagai puisi kelaut antartika!

"Dah tak payah nak drama sangat. Kerja kau kat belakang tu dah siap ke? Nanti balik lambat. Kau ingat 7ELEVEN ni nak bagi kau gaji lebih ke kalau balik lambat ha?"

"Iye tak iye juga. Kau lah ni kacau aku nyanyi tadi."

"Kalau aku tak kacau kau nyanyi, sampai ke sudah lah kau duk mendayu-dayu kat luar ni sambil buat tracking rokok. Kerja tak seberapa tapi berangan je lebih." Aku mencebik.

"Ala kau ni bebel je. Kau je la jadi manager. Ganti aku."

"Minta maaf kawan. Cukuplah aku sekadar pembantu kau. Kerja yang ada ni pun tak terhabis. Tak kuasa aku nak hadap komputer je."

"Iyelah. Kaum kau bukan suka hadap komputer. Takut rabun la tu."

"Excuse me, childish sungguh alasanmu sahabat. Bukan takut rabun, cuma tak menarik. Tak mencabar tahu."

"Konon. Tapi masih lagi dekat sini."

"Aku nak teman kau nyah. Bersyukur sikit boleh?" Aku gelak kuat sebelum berlalu meninggalkan Iman. Kalau layan Iman lama-lama risau kerja ke mana, dia ke mana.

Iman Hafizi. Kenal pun sebab satu tempat kerja. Sama-sama masuk kerja, sama-sama bergossip itu dan ini. Sebab tu lah jadi rapat macam gam. Nasib baik berbeza jantina. Kalau sama jantina, memang dah duduk satu rumah sebab susah sangat nak berenggang. Tapi bukan bermaksud kami bercinta. Hanya berkawan baik. Lagipun dia jenis awww sikit. Jangan risau, selama berkawan dengan Iman, masih lagi menampakkan yang dia masih lurus orangnya.

***************************************************

Skrin komputer dipandang sepi. Kerja dah siap tapi jam masih lagi belum masa untuk pulang. Nak kacau Iman tapi macam tengah sibuk. Biasalah harini hari jumaat. Kalau jam satu hingga tiga petang memang ramai orang yang keluar masuk. Lagi-lagi ada budak-budak yang lepak sambil makan maggi dan jenis bayar satu-satu. Memang sibuk lah nampaknya. Bila tengok daripada cctv memang dah macam bersilat kat depan tu.

Telefon yang berdering membuatkan mata aku beralih pula kearah skrin telefon. Mata bersinar-sinar bagaikan disinari cahaya purnama apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon.

'My future'

"Hai sayang, tengah buat apa tu?" Berbunga-bunga je hati apabila mendengar perkataan sayang daripada mulut jejaka itu. Percaya atau tidak, kami baru sahaja bercinta dalam tiga bulan tetapi Haziq sudah membuka mulut hendak melamar aku. Mana tidak daripada nama sahaja terus bertukar status kepada 'my future.'

"Tengah tunggu nak balik ni. Kenapa awak telefon ni?"

"Cuba sayang teka kenapa saya telefon?" Senyuman aku semakin melebar. Entah kenapa, makin lama suara itu makin sedap pula di dengar.

"Lah kena main teka-teki pula ke ni? Macam mana eh? Ada hint tak?" Haziq ketawa kecil di talian. Diikuti juga aku. Nampak bahagia macam dunia ni dia orang yang punya.

"Hint eh? Ha hint dia kalau sehari tak dengar suara sayang terus makan tak lalu, tidur tak lena. Mandi tak basah. Haa macam tu. Dapat tangkap tak?" Muka aku berona merah setelah Haziq menghabiskan ayat pembayang sebentar tadi.

"Ala tak dapatlah."

"Tak dapat ke memang nak tunggu saya yang cakap ni?" Aku gelak kecil.

"Okay okay, sebagaimana permintaan daripada buah hati saya. Ehem! I miss you Arahalia Dafisyah." Aku terus mematikan talian sebelum menjerit. Kaki dihentak-hentakkan. Senyuman makin melebar. Malu!

"Oii nyah! Gila ke?" Jeritan Iman daripada luar membuatkan aku tersedar semula. Alamak, terover pula.

Beberapa saat kemudian, telefon berbunyi semula. Laju sahaja jari slide untuk menjawab.

"Kenapa matikan sayang?" Lembut Haziq bertanya. Makin menjadi-jadi hati aku berdetak.

"Maaf. Tertekan."Aku sengih lebar. Walaupun tahu Haziq tak nampak, tapi tetap juga sengih.

"Mengada-ngada iye awak ni."

"Sikitlah."

"Dah pukul tiga ni. Bila nak balik? Saya dah ada kat depan. Tunggu awak. Nak ajak awak makan sama-sama." Laju aku berlari menuju ke luar. Daripada jauh sudah melihat kelibat Haziq yang sedang melambai tangan kearahnya. Dia hanya berpakaian kasual tapi tetap nampak menarik. Orang tengah bercinta, bangun tidur pun nampak kacak.

"Kejap. Saya kemas barang. Tunggu tau." Aku terus mematikan talian sebelum berlari semula untuk masuk ke dalam bilik.

"Buah hati dah tunggu ke nyah?" Sakat Iman dengan senyuman mengejek.

"Iyelah. Nak makan-makan ni. Kau nak apa-apa tak? Nanti aku bungkuskan."

"Kau balik sini semula ke?"

"Iyela. Kan aku merempit datang sini. Kalau tak datang balik, kesian lah kat ahmad aku berjemur kat luar tu." Ahmad merupakan nama gelaran untuk skuter comel hasil daripada kerja di 7eleven ni selama tiga bulan. Sekarang sudah masuk tiga tahun aku berada di sini. Bekerja di tempat yang sama.

"La ingatkan dah ada buah hati lupa kau punya ahmad albab tu."

"Eh kau ni suka-suka je tambah nama skuter aku. Sekeh kepala tu baru tau."

"Kalau kau buat, aku yakin kau keluar je terus kena cerai." Iman gelak jahat.

"Jahatnya mulut tu! Dah aku gerak dulu. Apa-apa nanti kau whatsapp je aku."

"Bereh bos!"

My Sweet Husband Where stories live. Discover now