23

519 15 2
                                    

Tetamu yang datang semakin ramai. Jantung aku berdebar macam tak ada hari esok. Macam cepat sangat je masa berlalu. Tau tau je aku bakal menjadi isteri Adrian. Tau tau je dah tiga bulan.

Sekarang ini hanya tinggal tunggu masa je hendak dipanggil keluar. Jantung aku betul betul tak boleh rilex.

"Takut ke?" Sergah Aminah. Sepupu belah ayah aku. Dalam banyak banyak sepupu dengan Aminah ni saja aku ngam sedikit berbanding yang lain. Sebabtu dia yang jadi bridesmaid aku harini. Kawan aku yang lain ada je datang, tapi hanya datang masa majlis. Tak ada pula macam orang lain yang tidur sehari sebelum majlis.

Salmah? Keberadaan dia masih lagi menjadi menjadi tanda tanya. Walaupun hati tidak ingin mencemaskan yang bukan-bukan, tetapi akal aku menolak. Ada saja benda yang aku fikir.

"Lah kerut muka kenapa? Rosak makeup nanti." Bebel Aminah sambil dap bedak ke muka. Kalau nak tau, Aminah ni juga yang make up aku. Kebetulan dia memang MUA. Jadi langkah kanan la. Tak payah penat-penat fikir nak cari MUA yang elok.

"Hee Sorry." Aku senyum terpaksa.

"Tapi pandai eh hang cari suami. Handsome! Tu kalau hang tak jaga elok, memang bersusun perempuan duk menggatai dengan laki hang."

"Kalau aku jaga elok tapi si Adrian tu menggatal, sama je pergi Minah." Selar aku dengan kenyataan yang dibuat Aminah.

Tapi memang betul pun. Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin kan? Mustahil akan bergoyang sendiri.

"Okay jom keluar. Bakal suami kau dah sampai." Aminah menarik lengan aku lembut. Aku hanya menurut. Dari jauh aku melihat Adrian sedang senyum melihat kearah aku. Aku apa lagi auto gigil satu badan.

Walaupun hanya memakai baju Melayu tetapi aura dia nampak lain sedikit daripada biasa. Mungkin seri pengantin. Tibeh!

"Kita mula iye?" Tok kadi mula bersuara setelah selesai memberikan khutbah nikah.

"Aku nikahkan kau dengan Arahalia Dafisyah binti Nasrul yang berwakil walikan aku, dengan emas kahwinnya rm120.00 tunai."

"Aku terima nikahnya Arahalia Dafisyah binti Nasrul dengan emas kahwinnya rm120.00 tunai."

"Sah?" Tok kadi memandang saksi

"Sah!"

Air mata aku jatuh tanpa dipinta. Hanya sekali lafaz sahaja aku sudah sah bergelar isteri Faiq Adrian.

********************************
"Rapat sikit boleh? Jauh sangat tu." Arah encik abang photographer. Aku memandang Adrian. Memang ada ruang untuk seorang lagi masuk. Teragak agak aku melangkah sebelum Adrian memaut pinggang aku untuk lebih dekat dengannya.

Aku telan liur. Tak pernah lagi aku serapat ini dengan mana mana lelaki. Elok elok saraf geli aku aktif terus tak aktif harini. Aku dah la sensetif kalau ada orang sentuh pinggang aku. Tapi harini macam bagi kerjasama pula.

"Smilee. Jangan terpaksa sangat muka tu." Gumam Adrian perlahan. Matanya masih lagi memandang kamera bersama senyuman.

Aku sengih menampakkan gigi. Aku rasa semua orang boleh baca betapa canggungnya aku sekarang ni.

"Rilex. Awak berdua dah sah. Pose je macam mana yang awak suka." Abang cameraman itu bersuara sambil gelak kecil. Mungkin gambar tak berapa cantik, tu yang dia terus menegur.

Hampir satu jam juga sesi bergambar sudah berlangsung. Mana tidaknya sorang sorang nak amik gambar dengan pengantin. Tapi aku rasa nak ambik gambar dengan Adrian je. Bukan nak sangat ambik gambar dengan aku.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now