18

645 24 4
                                    

"Saya terima lamaran awak." Aku senyum lebar setelah teringat kembali kata kata Ara pada aku. Sungguh memang tak sangka Ara akan memberikan jawapan secepat ini.

Betul tak sangka budak yang aku aku selalu tolak dahulu kini bakal menjadi isteri aku. Jodoh itu memang sesuatu yang tidak disangka-sangka.

"Senyum sorang-sorang ni kenapa Ad?" Sapaan daripada mama daripada arah belakang membuatkan aku sedikit terkejut.

Tetapi segera aku berikan senyuman buat mama.

"Eh tak ada apa apa lah."

"Iyelah tu. Ni kenapa duduk luar sorang-sorang? Layan perasaan ke?" Pn Emilda

Aku gelak kecil. Macam tau tau je mama ni.

"Mama. Ad ada benda nak cakap sikit ni." Aku diam sekejap. Masih ragu-ragu sebenarnya. Buatnya si Ara tiba-tiba berubah fikiran nak cakap apa kat mama. Tapi tak salah juga mencuba kan?

"Apa dia tu?"

"Minggu depan Ad nak bawak bakal menantu mama datang sini boleh?"

"Kamu betul betul ni Ad?" Suara mama agak terkejut dengan permintaan aku tadi. Mau tak terkejut. Tak ada ribut, tak ada angin cakap macam tu.

"Insyaallah kalau tak ada apa-apa halangan dan kalau bakal menantu mama tu tak berubah fikiran."

"Aik lain macam je tu Ad. Jangan cakap kamu paksa dia kawin dengan kamu tak?" Aku gelak kecil.

"Come on mama. Tak gentle la paksa anak dara kahwin. Cuma Ad ada bagi dia pilihan. Kalau dia memang boleh terima Ad, Ad akan bawa dia jumpa mama dengan papa minggu depan. Tapi kalau tiba-tiba berubah fikiran, i'll let him go."

"Sejak bila anak mama ni dah membesar ni?" Pn Emilda gelak kuat. Amboi lain macam ayat mama ni.

"Ad memang dah besar la mama. Sebabtu la Ad nak kahwin."

"Siapa dia? Mama kenal ke?"

"Rahsia!"

"Dengan mama pun nak berahsia iye?"

"Eh mestilah. Ad nak buat mama terkejut sikit."

"Ni yang makin curious ni."

"Tak apa ma, pejam celik je dah minggu depan."

"Iyelah Ad. Harap semuanya berjalan sebagaimana yang kamu rancang. Mama sentiasa akan doakan yang terbaik untuk Ad."

"Thanks ma." Aku senyum lebar.

*******************************
Cincin di hadapan mata aku pandang lama. Cantik! Pandai Adrian pilih. Saiz pun ngam ngam je. Jari siapa la yang dia guna masa beli cincin ni. Tau tau je bagi aku.

"Kalau kau masih lagi dengan keputusan kau untuk kahwin dengan aku, pakai cincin ni minggu depan. Aku nak bawak kau jumpa mama dengan papa. Tapi kalau kau tiba-tiba berubah fikiran, kau boleh pulangkan balik dekat aku. No offense."

Aku mengeluh panjang. Bila Adrian dah bagi pilihan ni rasa was-was pula. Si Adrian ni pun, elok-elok aku dah buat keputusan, boleh dia suruh aku buat pilihan lagi. Dia ingat senang ke aku nak buat keputusan sebelum ni?

Perbualan aku dengan Iman pagi tadi kembali bermain di fikiran.

"Kau rasa betul ke keputusan yang aku buat ni?" Aku mengeluh.

"Kau rasa?"

"Aku tak tahu. Tu aku tanya kau."

"Kau tak tahu tapi kau dah terima dia. Macam mana tu nyah. Kau jangan bukan-bukan. Aku tahu kau pernah broken sebelum ni. Tapi janganlah buat orang. Tak baik nyah." Bebel Iman.

"Ish bukanlah. Aku tak ada niat pun nak mainkan hati dia ke apa. Aku cuma rasa was-was. Betul ke keputusan yang aku buat ni."

"Kenapa kau terima dia sebelum ni?"

"Ikut hati mungkin."

"Hmm tapi kenapa sekarang kau rasa was-was?"

"Alah tak tahu juga."

"Payah la kau ni nyah. Hati kau sendiri pun kau tak tahu, macam mana kau nak bagi hati kau dekat orang lain."

Aku diam.

"Macam ni lah. Balik nanti kau cuba fikir baik-baik. Kenapa kau boleh terima dia, dia boleh ke buat kau bahagia ke, dia boleh ke jaga kau macam mana keluarga kau jaga kau. Sebab kau kenal dia lebih daripada aku kenal dia."

"Jangan buat keputusan dengan emosi. Fikirkan baik dan buruk sekali. Bila dah yakin dengan keputusan kau, tetapkan hati kau dengan keputusan yang kau buat. Paling senang, buat istikharah, Insyaallah kau akan jumpa jawapannya."

"Waa Iman, kau lain lah harini." Aku gelak kecil. Selama tiga tahun aku kenal Iman, harini aku jumpa sisi dia yang lain.

"Tak ada apa yang lain nyah. Ni la aku. Banyak lagi benda yang kau tak tahu pasal aku."

"Wuuu ni yang aku makin nak tahu ni."

"Tak payah. Daripada kau nak tahu pasal aku, baik kau fikir pasal bakal suami kau tu. Lagi berfaedah nyah."

Aku murung kembali apabila bab itu dibangkitkan semula.

Ting ting

Aku kembali ke dunia aku semula. Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon. Aku kerut dahi. Siapa pula yang chat malam malam gini.

In the end you chose Ryan over me. I hope you are happy with your own choice. Tu pun kalau pilihan kau tu betullah!

Tak payah nak teka siapa, memang dah tahu. Tak cukup aku block kat semua tempat. Gigih guna nombor baru.

"Walaupun aku tak pilih Adrian, kau tetap bukan pilihan aku." Gumam aku sendiri.

Tapi yang pelik sekarang ni mana dia tahu yang aku pilih Adrian? Musykil betul.

"Done block!"

Maka bertambahlah list block contact aku.

*****************************
Skrin telefon dipandang tajam. Chat yang baru sahaja dihantar terus one tick?

"Sombong! Sekali lagi kau block aku eh?" Haziq senyum sinis.

Gambar di hadapan di pandang lama.

"Selagi aku tak dapat kau, jangan harap orang lain boleh dapatkan kau. Kau aku punya! Kau tunggu Ara."

Ting ting

Sekali lagi skrin telefon di kerling.

'Is your offer still available?'

Haziq senyum sinis.

"Game start now! Jangan ingat kau selamanya diatas Ryan!"

Ryan? Ara? Tak sangka mereka kenal. Eh! Tau tau nak kahwin pula. Betul kecil dunia ni.

"Banyak banyak perempuan dalam dunia ni, perempuan yang aku nak juga kau ambil. Macam tak ada perempuan lain je!" Tangan di kepal berupa tumbukan.

Satu-satu rancangan tersemat di fikiran dengan harapan semuanya akan berjalan seperti yang dirancang!

My Sweet Husband Where stories live. Discover now