41

558 13 2
                                    

"Then pergilah kat dia. Pujuk dia. Kalau dia merajuk lagi, pujuk sampai dia okay. Tunjukkan effort kau, tunjukkan yang kau betul betul menyesal dengan apa yang kau dah buat dekat dia sebelum ni."

Disebabkan kata kata daripada Hayrul la aku ambil keputusan untuk terus berada di sini harini. Aku menarik nafas panjang. Selepas siap solat berjemaah di surau, kami menikmati makan malam yang disediakan maklang.

Ara masih lagi dengan tunjuk perasaannya. Walaupun tidak begitu ketara disebabkan adanya keluarga Maklang, tapi bagi aku ia sangat jelas. Kalau boleh nak duduk sebelah aku pun tak nak. Apalagi nak pandang muka aku.

"Kerja kat luar tu da settle ke Adrian?" Tanya Maklang.

Aku blur. Sejak bila aku kerja luar?

"Haa Haah. Dah settle dah. Tu yang datang sini tengok Ara." Walaupun agak samar samar aku hanya mengiyakan. Mungkin ini alasan yang Ara berikan semasa dia ke sini.

"Nak jemput Ara balik ke?" Kalini Aminah pula menyampuk.

"Dari tadi kau suruh aku balik kan? Tak suka aku cakap Minah." Aku menyampuk. Malas nak panjang cerita berkaitan Adrian. Takut lain pula jadi.

"La aku tanya ja." 

"Malam ni tidur sini kan? Ha Ara nanti ambil bantal lebih dekat bilik Husna." Aku mengangguk lambat.

Husna merupakan anak kedua Maklang. Jarang ada di rumah sebab sekolah berasrama.

"Nak tidur sini berapa lama?" Paklang yang dari tadi diam mula bersuara.

"Saya ikut Ara."

"Kalau Ara tak nak balik?" Sakat Aminah

"Saya pun tak balik lah." Adrian gelak kecil. Begitu juga mereka yang ada situ.

Aku? He he jela. Ingat kelakar ke?

"Haa makan makan. Sejuk nanti tak sedap. Dah lama rumah ni tak datang tetamu. Maklumlah rumah jauh nun." Maklang

"Terima kasih." Aku senyum lebar.

***************************
"Apa awak buat ni Adrian?" Aku bertanya perlahan. Risau kalau kuat-kuat mereka boleh dengar.

"Abang nak bawak Ara balik. Dengan abang." Jawab Adrian yakin.

"Awak mimpi ke?"

"Sekalipun mimpi, abang tetap dengan pendirian abang."

"Awak balik lah Adrian. Saya tak nak tengok muka awak lagi. Faham tak?"

"Abang takkan balik selagi Ara tak ikut abang."

"Awak nak saya lari jauh mana lagi ni Adrian ha? Bagi awak pergi dari hidup saya?"

"Abang tak minta Ara lari daripada abang. Cukuplah Ara sentiasa ada dengan abang, macam dulu."

"Dah terlambat Adrian. Kalau dulu awak cakap dengan saya macam ni, mungkin saya akan pertimbangkan. Tapi sekarang? It's too late."

"Takkan ada istilah terlambat selagi masih mencuba. Abang percaya jodoh kita panjang. Sebabtu abang ada kat sini. Abang diberi kesempatan untuk minta maaf dan pujuk Ara balik."

"Sampai bila awak nak cuba? Kalau memang saya tak nak? Awak nak buat apa? Paksa saya? Macam tu?"

"Kalau memang suatu masa nanti Ara tak boleh terima abang juga, Ara memang bencikan abang, masa tu abang akan lepaskan Ara. Tapi kalini, tolong bagi abang peluang untuk ambil semula hati Ara. Tolong bagi peluang untuk abang tebus segala salah abang pada Ara dan anak kita."

My Sweet Husband Where stories live. Discover now