Peluh yang semakin menitik di muka aku lap dengan lengan baju. Dalam banyak-banyak hari kenapa hari yang panas terik juga menjadi pilihan untuk minyak habis. Kenapa tak hari yang tengah mendung? Hujan? Eh hujan teruk sangat tu.
"Kau ni ahmad kalau nak habis minyak pun tolong lah pilih tempat dan masa yang sesuai. Ni dah la tengah panas, tak ada tempat berteduh. Pam minyak pun jauh. Alahai." Aku mengeluh sendiri.
Sekeliling aku pandang. Orang memang ramai lalu lalang. Tapi nak minta tolong orang pun risau juga. Kalau ditahannya memang betul nak tolong tak apa, kalau yang datangnya orang jahat tak ke aku yang mati nanti.
Dah lah tak ada kawan lain selain Iman kat sini. Iman pula tengah kerja. Takkan nak tinggal store macam tu je. Memang aku kena la nanti.
Sedang elok membebel tengah panas, sebuah kereta mini cooper elok terparkir di hadapan mata. Aku hanya melihat sehingga si empunya diri keluar daripada kereta.
Seorang lelaki yang agak tinggi sambil memakai rayban kini betul betul berada di hadapan aku. Mengikut situasi mesti lelaki itu baru pulang dari tempat kerja sebab masih lagi dalam full suit kelabu.
"Rosak ke?"
"Err bukan. Minyak habis." Teragak agak aku hendak menjawab. Orang yang tak kenal tegur. Kau rasa...
"Ooo minyak habis. Kejap iye." Lelaki itu mengeluarkan telefon daripada poket sebelum mendail nombor seseorang. Setelah mengarahkan orang di talian dia kembali memandang kearah aku.
"Kejap lagi ada orang datang bawakkan minyak. Btw I Hayrul. You?" Hayrul menghulurkan tangan kearah aku. Aku sengih tanpa menyambut huluran tersebut.
"Saya Ara."
"Oh! Nice name."
"7Eleven mana?" Hayrul cuba untuk beramah.
"Kajang utama."
"I see."
Kami diam. Tidak lama selepas itu sebuah motor berkuasa tinggi memarkir bersebelahan dengan kereta aku bersama dengan tong minyak.
"You bukak motor. Biar dia yang handle." Hayrul
Aku hanya menurut. Dua minit berlalu lelaki yang membawa minyak itu pun pergi dan tinggallah aku dengan Hayrul.
"Terima kasih en Hayrul tolong saya." Aku membongkokkan badan tanda terima kasih. Bersyukur sangat sebab Allah dah datangkan dia orang yang baik untuk menolong.
"Eh tak apa. Benda kecil je. Lagi satu just call me Hayrul. I don't like to be too formal." Hayrul gelak kecil. Aku hanya senyum meleret.
" Okay I got to go. See you when i see you." Sempat dia mengenyitkan mata kearah aku sebelum berlalu.
Senyuman aku masih lagi seperti tadi. Siapa je tak cair kalau orang handsome baik macam tu. Aku juga seorang perempuan yang mempunyai naluri hendak menggatal walaupun sedikit. Haha!
Berani sebab tau takkan jumpa lagi. KL besar. Terjumpa ni pun hanya sebuah kebetulan.
*******************************
"Senyum sorang sorang dari tadi dah kenapa?" Aku menyergah Hayrul yang sedari tadi senyum tak ingat dunia. Nak kata tengah pegang telefon. Ada je kat atas meja tu."Kau tau tak. Tadi aku jumpa perempuan baik punya. Cun ooo!" Bersinar mata Hayrul dibuatnya.
"Pernah ke kau tak bahagia kalau jumpa perempuan cantik?" Aku ketawa mengejek.
"Ehh kalini lain. Jarang jantung aku dup dap. Kalini sampai sekarang aku terkenang kenang. Suara dia, senyuman dia. Boleh angau aku macam ni."
"Eh kejap kejap. Kau tertinggal satu ayat ni."
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Kısa Hikaye[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...