Minggu ini aku pulang lagi kampung halaman aku. Disebabkan ummi beriya-iya suruh aku balik lagi minggu ni, terpaksalah aku apply cuti tahun. Iyelah, nak balik kampung kan, mana cukup sehari je. Penat hadap jem tak habis lagi kalau sehari je. Walaupun Kajang dengan Sabak Bernam hanya 155km, tetapi kalau ditambah dengan kesesakan lalu lintas boleh jadi 155km jadi 300km.
Tiba sahaja di rumah, terus dipaksa untuk bersiap. Katanya kawan ummi ada buat makan-makan kat rumah dia. Tapi aku musykil kenapa aku kena balik sebab kawan ummi yang buat makan makan sedangkan bukan kawan aku.
"Ummi tu kan kawan ummi. Kenapa Ara kena ada." Keluh aku sambil bermalas-balasan diatas sofa. Ni kalau tidur memang enak.
"Ara lupa ke yang Ara cakap nak jumpa dengan si Adrian tu? Ni la kawan yang ummi cakap tu. Aunt Emilda tu. Lagipun dia nak jumpa dengan Ara. Dah lama tak jumpa katanya." Terang ummi.
Aku hanya menangguk. Ha menantu pilihan ummi.
Sejak aku putus dengan Haziq minggu lepas, semua benda aku lupa. Padahal baru buat beberapa saat yang lepas pun boleh lupa. Tapi yang peliknya kenapa nama Haziq aku tak lupa? Kenangan aku dengan dia juga elok je tersemat dalam otak. Bila difikirkan balik memang rasa nak menangis lagi.
"Termenung apa lagi tu. Cepat siap. Ayah balik dari masjid nanti kita terus pergi."
"Abang tak ikut ke?" Aku bertanya sambil memandang kearah Abang Ash yang sedang membaca majalah.
"Tak ada function pun abang ikut. Bukannya kawan ummi ada anak perempuan." Abang Ash gelak kecil. Aku buat muka. Suka la tu tengok aku dipaksa dengan ummi.
"Dah cepat siap budak. Nanti ummi jadi singa abang tak tahu."
Aku mengeluh perlahan sebelum menuju ke bilik mandi. Haziq hilang, dengan semangat semangat aku sekali hilang. Walaupun aku yang minta tapi tetap terasa sakitnya.
****************************
Kami tiba tepat jam lapan malam. Pintu pagar sudah tersedia terbuka seakan menunggu kedatangan kami sekeluarga. Rumah agam yang tersergam indah diatas bukit aku pandang penuh kagum. Besarnya. 'Orang kaya rupanya aunt ni.' Gumam aku sendiri."Ehh Ana dengan Nasrul dah sampai lah. Abang, Ad sini." Laung aunt Emilda dari luar rumah. Aku gelak kecil melihat gelagat aunt Emilda. Betul betul menyambut kedatangan kami iye.
Dari jauh kelihatan kelibat dua orang lelaki yang sedang memandang kearah kami di luar rumah. Seorang lelaki berkaca mata dalam lingkungan umur 50-an dan juga seorang lelaki dalam lingkungan umurnya berdiri sebelah menyebelah. Dan yang pasti dua dua nampak kacak.
Dah macam vibes family detective conan pula.
"Ya Allah rindunya aku dengan kau Ana." Puan Emilda dan ummi berpeluk cium seakan tidak berjumpa bertahun tahun walaupun hakikatnya memang begitu. Manakala ayah aku pula hanya bersalam ramah dengan encik Haizat sambil bertanya khabar.
Aku? Aku hanya memandang sekeliling. Takkan nak beramah dengan anak dia pula. Kalau masa kecil tu lain lah. Aku pun tak tahu kenapa duluu ku terlebih gula sampai tergila gilakan anak dia orang. Tapi bila dah besar ni, baru sedar yang itu cuma cinta monyet. Perasaan suka aku pada Adrian beransur ansur hilang seiring dengan peredaran waktu.
"Ni ke Ara nya? Masa kecil comel, dah besar cantik pula." Kembang kempis hidung aku dibuatnya apabila dipuji. Aku sengih sebelum bersalam dengan aunt Emilda.
"Aunt sihat ke?" Ramah aku bertanya.
"Alhamdulillah. Eh Jomlah masuk. Apa berbual kat luar." Pelawa encik Haizat pula.
Kami beriringan masuk bersam menuju ke ruang makan. Aku semakin teruja apabila melihat hiasan dalaman rumah itu. Nampak agak estetik dan teratur. Walaupun tidak banyak perabot kelihatan tetapi tetap nampak kemas dan cantik!
**********************
Aku memandang langit yang dipenuhi bintang malam itu. Nampak cantik sangat! Sekarang aku berada di luar rumah sambil menikmati pandangan diatas bukit. Untung rumah atas bukit boleh nampak jelas bintang di langit. Walaupun duduk di bandar tapi tak nampak crowd dan bising. Lebih tepat nampak tenang.Nak join sekaki dengan borak mak mak macam tak menarik pula. Lagipun sejak tadi aku mendapat panggilan daripada Haziq. Sebabtu aku meminta diri untuk keluar. Apabila selesai berbincang itu ini, aku terus mengambil keputusan untuk duduk di luar.
Kepala yang agak serabut disebabkan Haziq kembali tenang setelah melihat bintang di langit. Indahnya ciptaan Tuhan, hanya melihat sudah buat hati menjadi tenang.
"Cry baby?" Aku tersentak dengan sergahan tiba tiba daripada seseorang. Mata melihat kearah figura di depan mata dengan pandangan pelik.
"Remember me cry baby?" Adrian bertanya mengejek. Aku pandang lama wajah Adrian sebelum membuntangkan mata akibat terkejut.
Tak mungkin!
"Dah ingat?" Adrian senyum sinis.
"IOI!"
"Yes I am. You know what, you're such a good one to put dirt on my shirt." Sambung Adrian lagi. Aku blur.
"Jangan cakap kau lupa yang kau pernah kotorkan baju aku masa dekat Airport beberapa minggu lepas." Aku tutup mulut dengan tangan. Terkesima seketika.
How small world!
"Dan sekarang ni aku nak tuntut hak aku."
"Ha?"
"Aku nak kau minta maaf untuk kedua dua kejadian itu."
"Kalau hal dekat IOI tu saya dah minta maaf rasanya. Tapi kalau hal dekat airport, memang taklah. Awak yang mula biadab dengan saya, jadi saya tak ada sebab nak minta maaf." Terang aku yakin.
"Oh pendendam rupanya." Adrian cebir bibir.
"Aduh nak apa lagi ni." Bebel aku sendiri apabila melihat nama di skrin. Tak puas agaknya kena maki dengan aku tadi.
"Siapa?"
"Kenapa nak tahu?"
"Sebab bising. Kalau tak nak angkat sila silent."
"Yang awak kat sini kenapa? Kalau awak tak ada kat sini, awak takkan dengar."
Telefon aku dirampas secara tiba-tiba. Aku terkesima seketika dengan rampasan secara mengejut itu.
"She's with me now, So please keep your phone far away from her. It's so annoying!" Adrian terus mematikan panggilan telefon sebelum menekan butang power off.
Aku merampas semula telefon di tangannya. Pandangan tajam aku hadiahkan buat Adrian.
"Apa awak buat ni? Awak ingat ni telefon awak ke?"
"Dah bising sangat. Siapa suruh."
"Eeee awak ni." Aku membuka semula telefon yang dimatikan Adrian. Baru beberapa saat sudah ada tiga panggilan terlepas dan mesej daripada Haziq.
'Siapa laki tu? Sebab ni ke awak nak putus dengan saya? Patutlah senang je cakap perkataan putus. Rupanya dah ada lelaki lainn. Apa kurangnya saya Ara? Kenapa awak pilih dia daripada saya?'
Aku mengeluh perlahan. Makin lama makin rimas pula. Dia yang buat hal, lepastu play victim. Alahai.
"Why don't you just click 'block contact' when you don't like being bothered?"
"Are you someone who likes to be busy with other people's affairs?" Aku buat muka. Daripada tadi sibuk nak tahu. Ish!
"Why not if it's because of you." Tiba tiba aura sekeliling berubah. Sunyi sepi. Bunyi cengkerik juga hilang. Aku diam seketika.
"Gila!" Aku terus masuk ke dalam rumah. Malas nak layan lelaki gila.
"Well, I think people do change!" Adrian senyum sekilas sebelum masuk ke dalam rumah. Sejuk pula duduk luar lama-lama.
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Short Story[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...