NISHA menekan loceng berkali kali. Tiada langsung tanda tanda pintu pagar besar itu akan terbuka secara automatik. Tangan dikipas-kipas kearah muka. Panas seperti hatinya yang panas sekarang ni. Matahari yang terpacak diatas kepala dibuat tidak kisah walaupun mukanya sudah semakin membahang.
"Mana orang dalam rumah ni. Dah mati ke semua!" Bebel Nisha sendiri.
Tidak lama kemudian, seorang perempuan sedang berjalan menuju kearahnya dengan riak tidak puas hati.
"Apa masalah kau ni? Tak boleh ke tekan loceng elok-elok? Kau ingat ni tadika ke?" Sergah Qalisha yang terang-terang sedang mamai.
Qalisha merupakan adik bongsu Adrian. Baru sahaja tamat belajar di US. Sebabtu mereka tak pernah kenal.
"Kau pula siapa? Kenapa kau boleh ada dalam rumah Ryan? Uncle, aunt dengan Ryan mana?"
Qalisha senyum sinis. Sedar akan tujuan wanita itu di sini.
"Haah eh kenapa aku boleh ada dalam rumah ni eh?"
Nisha ketap bibir.
"Kau jangan main-main dengan aku eh. Kau ni siapa sebenarnya." Qalisha gelak kuat. Suka pula dapat kenakan Nisha.
Walaupun baru sahaja berjumpa harini, tetapi menyakitkan hati Nisha bagaikan satu kepuasan. Macam mana lah Abang Ad boleh suka dekat si Nisha ni. Betullah orang kata cinta itu buta.
"Qal buat apa kat luar ni? Nisha? You buat apa kat sini?" Aku baru sahaja pulang daripada berjumpa Hayrul terkejut dengan kehadiran Nisha tiba tiba. Dah lama tak datang rumah, tau-tau muncul.
"Ryan siapa perempuan ni? Kenapa dia boleh ada dalam rumah you?!" Suara Nisha naik satu oktaf. Berdesing telinga dibuatnya.
"Qal adik I, So memang patutlah dia ada dalam rumah ni. Yang tak patut ada sekarang ni you. Bukan adik I."
Qalisha agak terkejut mendengar ayat yang keluar daripada mulut abangnya. Syok sendiri rupanya.
"Perempuan ni adik you? Sejak bila? Kenapa I tak pernah tahu?"
"You bukan sesiapa untuk I share hal peribadi I."
"How dare you Ryan!" Nisha ketap bibir. Aku mengeluh. Penat dah ulang benda sama. Tapi tetap tak faham bahasa.
Belum sempat aku membalas, sebuah kereta mercedes benz hitam elok terparkir di hadapan kami. Pn Emilda yang keluar daripada perut kereta terus mendekati Nisha.
"Ni kenapa borak kat luar? Kenapa tak masuk? Malu jiran tengok."
"Ops Sorry mama. Qal ingat ada orang nak jual jamu tadi. Tu Qal tak bagi masuk. Tak tahu pula dia kawan abang Ad."
Terbuntang mata Pn Emilda apabila mendengar jawapan daripada anak gadisnya. Haih, siapalah yang mengajar layan tetamu macam ni. Pn Emilda geleng kepala.
"Qalisha, tak baik buat tetamu macam ni!"
"Dah Jom masuk. Apa apa hal bincang kat dalam je."
Tegas Pn Emilda. Dia memang malas nak campur hal anak-anak. Selagi boleh dibawa berbincang, selagi tu dia tak akan kacau. Anak-anaknya dah besar. Pandailah beza mana baik dan mana buruknya.******************************
KAMI berdua senyap. Tiada suara walaupun sudah sepuluh minit kami berada di taman bunga kecil milik Pn Emilda."Kenapa you tak angkat call I? Penat I call semalam. Banyak kali." Nisha memecahkan kesunyian antara mereka.
"Penting ke? I gues not." Jawab aku hambar
"Ryan, sampai bila you nak layan I macam ni? I baik dengan you, macam ni you balas dekat I?"

ANDA SEDANG MEMBACA
My Sweet Husband
Cerita Pendek[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...