Aku mendepakan tangan setelah tibanya di tanah tinggi Cameron Highland. Terasa segar je badan melihat keindahan alam sekeliling. Lake house resort menjadi tempat penginapan kami.
Rumah yang diinspirasikan warisan Inggeris ini sangat menarik untuk dipandang. Terasa vibes kampung tetapi sangat elegent. Bunga yang berada di sekeliling rumah juga kelihatannya dijaga dengan sangat rapi. Nampak sangat cantik dan teratur. Pandai Adrian pilih tempat.
Aku menarik nafas panjang sambil tersenyum. Tiba-tiba terasa diri aku dipeluk daripada belakang. Hampir sahaja aku meloncat akibat terkejut.
"Abang, orang nampak nanti." Bisik aku perlahan.
"Tak apalah. Sayang kan isteri abang." Jawabnya bersahaja. Aku hanya mengiyakan. Ikut awaklah Adrian.
"Adrian?" Lamunan kami terhenti. Kami berpaling kearah tersebut. Tangan lembut Adrian yang memeluk aku kini dileraikan.
"Mel buat apa kat sini?" Adrian kerut dahi. Tak sangka pula dapat jumpa kat sini.
"Oh, kebetulan Mel tengah solo vacation sekarang. Tak sangka pula jumpa kat sini. Check in dekat sini juga ke?"
"Haah."
"Such a coincident!" Amelia ketawa kecil. Aku buat muka.
Pasti ke kebetulan? Tak boleh ke kalau aku nak bercuti dengan tenang dengan suami aku ha?
"Abang jom. Sayang nak rehat kejap." Aku lunakkan suara sambil tangan menjalar memeluk tangan sasa Adrian.
"Okay jom. Mel saya gerak dulu." Aku terus menarik tangan Adrian sebelum menunggu balasan daripada Amelia. Kat mana mana mesti ada dia.
"Sayang cemburu ke?" Pertanyaan Adrian membuatkan aku juling mata keatas. Dah tau pun tanya.
"Mestilah. Awak tu suami saya tau!"
"Kan abang cakap Mel tu kawan abang je."
Aku diam. Malas nak bangkitkan hal lama. Elok-elok mood baik, terus balik KL malam ni juga sebab gaduh. Membazir cuti aku je nanti.
"Sayanggg." Adrian
"Iye, Ara okay jelah. Jom rehat kejap. Malam nanti nak jalan-jalan." Aku senyum lebar. Cuba menutup perasaan gusar di hati. Jangan dia kacau date aku dengan Adrian sudah lah.
*****************************
Steamboat menjadi menu pilihan kami malam ini. Terasa hendak makan-makanan berat pula malam ni. Adrian hanya mengikut tanpa sebarang bantahan."Sayang marah lagi ke?" Adrian kerut dahi.
Iye aku tengah marah. Sebab apa? Sebab sebelah bilik kami ialah bilik Amelia. Tapi kenapa? Kebetulan? Huh! Sangat.
"Betul betul kebetulan ni Ad, bilik kita pun sebelah-sebelah iye."
"Tulah. Saya pun tak sangka."
"Sesekali boleh la saya ikut Ad jalan kan?"
"Oh sure." Jawab Adrian laju
Aku pandang Adrian dengan pandangan tajam.
"But i'm strictly say no!" Bantah aku tiba tiba.
"Ara, jangan macam ni."
"Kenapa? Kenapa tak boleh? Ni honeymoon kita tau. Saya tak perlukan orang ketiga." Tegas aku.
"Kita bincang kat dalam. Sorry Mel." Adrian menarik tangan aku untuk mengikutinya. Apabila pintu sudah ditutup, dia memandang tepat kearah anak mata aku sebelum mengeluh.
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Short Story[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...