Aku mendail nombor Salmah berkali-kali. Tapi tetap sama masuk peti simpanan suara juga. Sejak kedatangan Salmah beberapa minggu lepas, bayang Salmah langsung aku tak nampak, apalagi sebarang panggilan telefon. Niat di hati memang hendak mencari Salmah, tapi disebabkan insiden tidak dijangka terjadi membuatkan aku lupa terus pada Salmah.
"Kenapa muka macam tertelan biawak nyah? Tak sihat lagi ke?" Sergah Iman yang tiba-tiba sahaja masuk ke backroom.
Aku jeling tajam. Kes pagi tadi aku tak hilang marah lagi tau!
"Marah aku lagi ke? Maaf la. Aku ingat kalau dengan aku kau okay. Aku kan tak berapa lelaki nyah." Iman mencebik.
"Tapi kau tetap lelaki Iman Hafizi." Aku jeling tajam sekali lagi. Iman gelak
"Dah lama aku tak dengar orang panggil nama aku panjang-panjang. Sampai hampir lupa nama sendiri."
"Ha ha kelakar sangat." Aku juling mata keatas.
"Ish kau ni, aku tak boleh la kau merajuk dengan aku. Kau nak aku buat apa biar kau boleh maafkan aku yang lemah ni ha?" Iman
"Tu customer. Pergi serve." Iman buat muka sebelum berlalu.
Beberapa minit kemudian, Iman datang semula ke sini.
"Kau nak apa lagi?"
"Aku nak kau maafkan aku je. Ish tu pun susah. Aku tahu aku terlebih gurau tadi. Sorry lah." Nampak lah struggle dia tu.
Aku mengeluh perlahan.
"Iyelah iyelah. Aku maafkan kau iye Iman."
Iman sengih lebar.
"Kau tu kenapa? Okay tak?" Iman.
"Salmah. Puas aku telefon dia. Tapi tak berjawab langsung sejak jumpa dia kat airport masa tu. Takkan dah balik Sabah tak bagitau aku."
"Minah kampung yang tukar nama tu ke?"
"Ish kau ni, tak baiklah!"
"Betul apa."
"Tak kisah lah betul ke tak. Aku risau ni tau tak?"
"Ala dia dah besarlah. Pandailah dia jaga diri. Kau tu kan nak kahwin. Tak payah fikir sangat hal orang lain."
Aku diam. Begitu juga Iman sebelum dia kembali ke kaunter.
*******************************
Dia berlari seakan tidak cukup tanah. Tercungap-cungap bagai hilang nyawa. Tetapi itu lebih baik daripada terus tertangkap dengan orang yang entah siapa-siapa.Disebabkan terlalu cemas berlari, tanpa sedar kakinya tersadung dan membuatkan dia kehilangan keseimbangan dan terjatuh.
Mata dipejam. Sesaat terasa diawang-awangan. Perlahan-lahan dia membuka mata. Terkejut dia dibuatnya melihat lelaki itu sedang memandang sinis kearahnya.
"Kau nak pergi mana?" Kolar bajunya ditekup membuatkan dia seperti diawang-awangan.
"Lepaskan aku la syaitan! Kau ingat kau boleh lepas ke bila dah buat kerja terkutuk macam ni ha?!" Jerkahnya. Seminggu menjadi tahanan lelaki itu sudah cukup membuatkan dia semakin berani bertentang mata dengan lelaki itu.
Lelaki itu gelak kuat.
"Tapi buktinya aku ada kat sini. Depan kau! Jadi aku selamat. Apa tak cukup bukti ke?" Sinis lelaki itu berkata.
"Kau selamat harini, belum tentu kau selamat nanti!"
"Aku tunggu juga ada orang datang tangkap aku ke, selamatkan kau ke. Tapi macam tak ada je. Hmm."
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Short Story[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...